Adsense

Khamis, 14 Jun 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Osman Kering Meninggal Dunia Palsu?

Posted: 14 Jun 2012 11:04 AM PDT


Kecoh apabila dimaklumkan Osman Kering meninggal DUnia pada 11/Jun/2012 seperti di nyatakan dilaman website Sinemamalaysia.com

Isteri Osman Kering, Puan Che Norhayati Che Omar, 48 mengakui akibat berada di'dalam keadaan panik, anak perempuan mereka, Eiby, 16 tersilap membuat kenyataan kepada pihak media tentang status kesihatan ayahnya.

Status terkini Osman Kering kritikal di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Pelakon dan pelawak, Osman Kering berada dalam keadaan kritikal akibat penyakit komplikasi paru-paru dan sedang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim yang kini berusia 58 tahun,dimasukkan ke hospital itu pada pukul 6.45 petang semalam dikhabarkan rebah di rumah beliau di Bandar Seri Permaisuri, Cheras berpunca daripada sesak nafas dan batuk kering

Terdahulu tersebar berita yang mengatakan beliau meninggal dunia menerusi blog-blog tertentu,Ekoran itu Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan menafikan dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam

Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini

Berikut adalah Profil Osman Kering sepanjang ia bergelar Artis Malaysia

Lakonan
2012:      Kantoi - (Pelakon Pembantu)
2008:      Antoo Fighter - (Artis Jemputan)
2008:      Senario The Movie: Episode 1 - (Artis Jemputan)
2007:      9 September - (Pelakon Pembantu)
2006:      Tentang Bulan - (Pelakon Pembantu)
2006:      Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2005:      Kemarau Cinta - (Pelakon Tambahan)
2005:      Pontianak Menjerit - (Pelakon Pembantu)
2003:      MX3 - (Artis Jemputan)
2003:      Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002:      Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2001:      Lagi-Lagi Senario - (Pelakon Tambahan)
2000:      Soal Hati - (Pelakon Pembantu)
1998:      Raja Melewar - (Pelakon Pembantu)
1996:      Superstar - (Pelakon Pembantu)
1995:      XX Ray 2 - (Pelakon Pembantu)
1995:      Cinta Rosevilla - (Pelakon Pembantu)
1995:      Ringgit Kasorrga - (Pelakon Tambahan)
1992:      XX-Ray - (Pelakon Pembantu)
1990:      Adik - (Pelakon Pembantu)
1986:      Si Jantung - (Pelakon Pembantu)


Jika dilihat Artis ini banyak melakonkan watak yang pelbagai adegan, tetapi mengapakah sehingga sekarang ia tidak diberikan gelaran DATUK ataupun memberikan apa apa pingat sebagai keperihatinan dan penghargaan kepada beliau. 

Rozita Che Wan Dan Beego Hangat Bercinta?

Posted: 14 Jun 2012 10:45 AM PDT


Berita Sensasi tentang aktres hot yang bernama Rozita Che Wan sering kali dikaitakan mempunyai hubungan dengan lelaki yang lebih muda darinya seperti Shahir, Zain Saidin dan terkini di KOSMO pula memberitahu ada seseorang melihat Rozita Che Wan berjalan berpimpinan tangan dengan Beego di Pavillion dan The Curve baru baru ini.

Pengakuan dari Pelakon Zain Saidin tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa kecewa apabila artis yang sering dikaitkan dengannya iaitu Rozita Che Wan dikaitkan pula dengan pelakon Beego.

Zain sebaliknya memberitahu, jika benar gosip tersebut, ia adalah satu berita baik dan dia tumpang gembira untuk Rozita.

Kalau itu pilihan Che Ta (Rozita) saya doakan dia bahagia dan gembira dengan pilihannya dan saya yakin dia tahu apa yang terbaik buat dirinya.

Saya langsung tiada masalah dengan perkara itu kerana itu adalah urusan peribadi Cik Ta, ujarnya selepas ditemui pada majlis pelancaran drama Naziha dan Bukan Bidadari di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Zain berkata, perkhabaran terbaru itu sekali gus telah melenyapkan semua khabar angin mengaitkan dirinya dengan pelakon jelita itu.

Zain memberitahu, dia sudah penat menjelaskan kepada media mengenai statusnya dengan ibu tunggal beranak dua itu dan berharap ia tidak dibangkitkan lagi selepas ini.

Penat dah asyik nak jelaskan perkara sama, jadi harap-harap jika benar apa yang dikatakan mengenai hubungan Che Ta dengan Beego, kuranglah sikit orang kaitkan saya dengan dia," katanya.

Sementara itu, Zain berkata, dia kini masih solo dan tidak terlalu memikirkan mengenai soal cinta kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya sebagai pelakon.

Menurut Zain, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta tambahan pula dia sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti lakonan.

Sekarang masa untuk kumpul wang dan aset untuk masa depan namun tidak dinafikan saya banyak berkawan dengan orang tetapi bukan untuk bercinta, ujarnya.

Jika betul, elok benarlah jikalau Rozita dan Beego benar-benar bercinta. Rozita Che Wan sudah lama bersendirian manakala si Beego pula adalah seorang duda. Jadi kedua-duanya memang sangat sesuai.

Gambar Fazurina Bertudung

Posted: 13 Jun 2012 06:44 PM PDT

Fazurina adalah pelakon dalam Dunia Anita dan Trilogi Cinta, kini telah menukar image baru dengan gaya bertudung. Mengapa Bertudung? Kata Fazurina dia mengambil keputusan untuk bertudung datang ikhlas dari hatinya dan bukannya sekadar menunjuk nunjuk atau dipaksa mana mana pihak.


Katanya lagi

Saya tiada apa-apa alasan kenapa perlu ambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke-30, kata Fazurina.

Walaupun sedar kemungkinan tawaran berlakon bakal berkurangan, namun Fazurina tetap optimis dan menganggap setiap orang mempunyai rezeki masing-masing yang datang daripada Allah.

Kalau Fazurina tidak bertudung pun kata rezeki itu bukan milik saya, ia tetap tidak akan menjadi hak saya. Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak berbuat apa-apa mengenainya. Usaha itu lebih penting," kata Fazurina.
Dalam pada itu, Fazurina memberitahu bahawa dia ada mendapat tawaran untuk berlakon sebagai watak utama untuk siaran TV3 namun dia terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.

Niat saya bertudung bukan sementara, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya percaya dengan rezeki dari Allah," ujar beliau.

Alhamdulilah Fazurina kini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama "Trilogi Cinta" musim terbaru untuk RTM sebanyak 40 episod yang bakal ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. - mstar-

G.A.M berharap perubahan ini akan senantiasa kekal sehingga ke akhir hayat..

Samsung Galaxy S III / IPhone 4s hanya RM599

Posted: 13 Jun 2012 06:15 PM PDT

Baru baru ini Maxis telah membuat promosi hebat berkenaan Samsung Galaxy S III / Iphone 4s hanya RM 599, sudah pasti ramai yang ingin memilikinya.



Apa tunggu lagi ternyata Promosi SAMSUNG GALAXY S III DAN IPhone 4s hanya RM 599 sahaja
Khususnya mereka yang telah menjadi ahli Ekslusif untuk Ahli Maxis One Club.



IPhone 4S 16GB (RRP RM 2190)

Pay only RM599 when you sign up for the iValue 2 plan at RM155/month for 24 months

Upgrade to an iPhone 4S 64GB (RRP: RM2,890) for an additional RM400 only.

Advance payment of RM 1,250 is waived.

Terms and Conditions:

  •     Offer is valid from 9 to 24 June 2012
  •     Limited to one phone per Maxis One Club member
  •     Offer is non-transferable

  •     While stocks last
  •     Each customer is entitled to one (1) device only
  •     Other terms and conditions apply

===============================================================

Samsung Galaxy SIII (RRP RM 2199)

Pay only RM599 when you sign up for VALUE PLUS 150 plan (RM150/month) together with1GB Data Plan (RM48/month) for 24 months.

FREE 25GB cloud storage with Maxis Loker.

Advance payment of RM 1,250 is waived.

Terms and Conditions:

  •     Offer is valid from 9 to 24 June 2012
  •     Limited to one phone per Maxis One Club member
  •     Offer is non-transferable

  •     While stocks last
  •     Each customer is entitled to one (1) device only
  •     Other terms and conditions apply

p/s :Tawaran yang ditawarkan cukup menarik teruja saya ingin membelinya dan bakal untuk booking akhir bulan ini.