Adsense

Khamis, 14 Jun 2012

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Anzalna Nasir Tidak Takut Dengan Tindakan Neelofa

Posted: 13 Jun 2012 11:27 PM PDT

Anzalna Tak Berniat Nak Aibkan Neelofa
Anzalna Nasir yang di beri notis 7 hari untuk mengemukakan penjelasan beserta bukti oleh Neelofa mengakui yang beliau tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadap dirinya.. Pada masa yang sama Anzalna juga sedang memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi yang tercetus dalam tempoh 7 hari yang diberikan itu..

Anzalna juga turut merasa hairan kenapa dirinya sahaja yang ingin disaman dan kenapa tidak akhbar yang mengeluarkan cerita itu diheret sama ke dalam kes ini.. Walau bagaimanapun Anzalna sanggup bersemuka dengan Neelofa dan memohon maaf secara terbuka jika itu dapat menamatkan kontroversi ini…

"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman."

"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?"

"Industri ini tidak besar mana pun. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengan Lofa, memberi penjelasan dan meminta maaf untuk tidak memanjangkan cerita. Saya terima dengan hati yang terbuka untuk berbincang secara terbuka." (Utusan Malaysia)

Bagi MyGosip ada betul juga kata Anzalna ni.. Jika benda boleh diselesaikan dengan cara baik, kenapa tidak kan?.. Apa-apa pun MyGosip harap kontroversi ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik..

Neelofa Beri 7 Hari Notis Tuntutan Kepada Anzalna

Posted: 13 Jun 2012 10:33 AM PDT

Neelofa Beri 7 Hari Notis Tuntutan Kepada Anzalna
Neelofa yang berdiam diri sebelum ini akhirnya membuat satu sidang media yang diadakan di Pusat Perniagaan, Hotel One World, Petaling Jaya petang tadi.. Pada sidang media tersebut Neelofa telah melantik peguam untuk mengambil tindakan seterusnya kepada Anzalna Nasir gara-gara kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzalna di sebuah akhbar baru-baru ini..

Menurut Neelofa, satu notis tuntutan telah pun di hantar kepada Anzalna hari ini dimana tuntutan tersebut meminta Anzalna memberikan penjelasan terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan berserta bukti yang kukuh.. Pihak Anzalna mempunyai masa 7 hari untuk membalas tuntutan tersebut, Jika Anzalna gagal membalas tuntutan tersebut pihak Neelofa akan meminta satu permohonan maaf secara terbuka dan kemungkinan tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak Neelofa..

Tambah Neelofa lagi tindakan ini terpaksa diambil kerana kenyataan Anzalna itu semuanya sama sekali tidak benar dan berunsur fitnah, Malah ianya membabitkan nama baik keluarga Neelofa sendiri dan akan menjejaskan reputasinya untuk satu jangka masa yang panjang..

Neelofa juga akan memaafkan Anzalna jika dia berpuas hati dengan penjelasan dan bukti jika dikemukakan oleh pihak Anzalna nanti…

di sidang media neelofa