Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Astro Oasis Anjur Majlis Tahlil & Qiamullail Posted: 22 May 2012 07:43 PM PDT ASTRO OASIS ANJUR MAJLIS TAHLIL & QIAMULLAIL Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah Sempena memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah, pihak Astro Oasis dengan berbesar hati bakal menganjurkan sebuah majlis tahlil dan disusuli dengan majlis qiamullail yang mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk turut serta pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 jam 7.00 malam bertempat di Masjid As-Syakirin, KLCC. Majlis Tahlil dan Qiamulail ini akan dimulakan dengan solat maghrib secara berjemaah yang diimankan oleh Imam Masjid Asy-Syakirin dan disusuli dengan majlis tahlil dan bacaan surah yassin. Selepas sudah solat Isyak secara jemaah, sebuah sesi tazkirah oleh Imam Muda Arrazi akan diadakan. Kemuncak program ini adalah sekitar jam tiga pagi untuk jemaah bangun dan melaksanakan solat tahajud yang dipimpin oleh Imam Muda Aran dan Imam Muda Hassan. Program ini akan berakhir selepas solat subuh. Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis; Hj Izelan Basar berkata, "Astro sentiasa gigih dalam menyusun pelbagai program khusus untuk mendekati masyarakat termasuklah yang berbentuk kerohanian. Melihat kepada sambutan yang diterima terhadap beberapa siri majlis qiamullail yang dianjurkan sebelum ini, kami dapat melihat kesungguhan masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti keagamaan dan kerohaniaan seumpama ini. Dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, kami berharap penyertaan orang ramai akan bertambah pada kali ini. Selain itu, penekanan masjid sebagai tempat iktikaf turut menjadi objektif penganjuran majlis ini. Usaha positif ini diharapkan mampu memupuk semangat mencintai masjid dikalangan masyarakat terutama golongan muda. Di samping memperingati pemergian insan-insan seni yang telah kembali ke Rahmatullah sebelum ini, kami juga berharap agar usaha murni yang dianjurkan ini mampu memberikan kesedaran kepada anggota masyarakat tentang iktikaf di masjid dan qiamluallail yang boleh diteruskan secara individu dan istiqamah selepas ini," jelas Hj Izelan lagi. Kesemua kaum muslimim dan muslimat dijemput untuk hadir beramai-ramai ke Majlis Tahlil & Qiamullail pada 25 Mei ini (Jumaat), jam 7.00 malam di Masjid As-Syakirin, KLCC. Jumpa anda di sana! Agenda Majlis Tahlil dan Qiamullail adalah seperti berikut; Jumaat, 25 Mei 2012 8.30 malam Azan Isyak oleh Imam Muda Jabar Sabtu, 26 Mei 2012 Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi Posted: 22 May 2012 07:40 PM PDT Drama Inang Di Bumi Kerbau Arahan Pelakon Zulhuzaimi Temui Penonton TV1 Keberkesanan pelakon Zulhuzaimi membawakan watak dalam drama dan filem memang tidak dapat dinafikan. Namun percubaannya mengarahkan drama sememangnya wajar disokong semua peminat industri seni tanah air. Menampilkan pelakon terkenal Maria Farida, Nasha Aziz, Eman Manan dan Dato Tarmimi Saregar, drama arahan dan lakonan Zulhuzaimi bertajuk Inang di Bumi Kerbau bakal menemui penonton TVI mengisi slot Panggung Seri pada 26 Mei ini, jam 9.00 malam. Nasha Aziz Ia berlatarkan sebuah kampung di Bahau, Negeri Sembilan berkongsi kisah dilema seorang duda, Tapik yang sudah menceraikan isterinya berasa tidak senang bilamana melihat seorang pemuda bernama Buyung begitu mesra melayan Inang, bekas isterinya. Inang mengambil keputusan untuk tinggal bersama Uteh, kakak kepada Buyung. Namun sebelum itu, Tapik menjalinkan hubungan dengan Uteh tanpa disedari oleh Inang dan Buyung. Uteh berasa tidak puas hati dengan sikap Tapik untuk merujuk semula pada Inang. Uteh tanpa berfikir panjang mengambil keputusan untuk meracun Inang. Namun segalanya menjadi tragedi yang tak disangka-sangka bilamana cubaan Uteh meracun Inang terkena pula pada Buyung yang teracun oleh Uteh setelah memakan masakan beracun yang disediakan oleh Uteh untuk Inang. Konflik berada di kemuncak apabila Uteh bertindak hilang kawalan menembak Tapik dengan senapang patah milik Tapik. Racun di pembuluh darah Buyung semakin menjalar laju dan akhirnya merebahkan Buyung tanpa nyawa di sisi Inang. Dua nyawa terkorban, Uteh mengalami sakit jiwa dan Inang pula mengambil keputusan untuk menjaga Uteh. Adakah pengorbanan Inang menjaga Uteh berbaloi atau sebaliknya? Saksikan kesudahan drama menarik sarat dengan konflik kekeluargaan dan kasih sayang ini hanya di TV1. Zulhuzaimi Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |