Zon Artis |
Tidak Jadi Cerai, Adi Putra Anggapnya Satu Keajaiban Posted: 22 May 2012 06:34 PM PDT Semalam, Adi Putra dan isterinya telah mengadakan satu sidang media di sebuah kafe di Hotel Park Royal, Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 malam bagi menjelaskan status perkahwinan mereka selepas timbul kontroversi kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak lagi sehaluan. Dalam sidang media tersebut, Adi Putra yang semua orang tahu merupakan seorang pelakon menyifatkan masalah rumah tangga yang melanda dalam kehidupannya dan isteri, Zuhaida Yusof (Aida) seperti sebuah drama yang sering dilakonkannya tetapi ia adalah realiti kehidupan sebenar. Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 31, berkata, dia bersyukur kerana cepat menyedari tentang kesan yang akan berlaku sekiranya tidak menarik balik kes cerai yang difailkannya pada 11 Mei lalu. Menurut Adi Putra yang dilaporkan di mStar Online:-
Tambah Adi Putra, peluang selama sembilan hari yang diberikan oleh pihak mahkamah sebelum meneruskan kes benar-benar membantu dirinya dan isteri untuk berfikir kembali mengenai hubungan mereka. Malah Adi Putra menyifatkannya sebagai satu pengajaran berguna bagi dirinya.
Sementara itu, isteri Adi Putra berkata, dia dan suami telah mengambil iktibar terhadap masalah rumah tangga mereka dan berharap perkara sebegitu tidak lagi berulang.
Psstt: Nanti nak buat rumah unik macam ni ler~ |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |