Adsense

Selasa, 22 Mei 2012

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Live Streaming Debat PTPTN Khairy vs Rafizi 22 Mei 2012

Posted: 22 May 2012 08:43 AM PDT


Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.

Debat ini juga disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau. Jom Layan

Sokongan : Admin akan cuba untuk upload full version debat ni di Youtube selepas semuanya berakhir.

Video Ayah Membunuh Anak Dalam Mesin Basuh

Posted: 22 May 2012 07:52 AM PDT


Gempar apabila seorang bapa yang mahu bergurau dengan anaknya dengan cara meletakkan anaknya didalam mesin basuh dan berlakon kononnya tidak boleh membuka berakhir dengan peristiwa hitam setelah mesin tersebut secara automatik beroperasi dan membunuh anaknya sendiri.

Bayangkan seorang ayah sangguh menjadikan nyawa anak sebagai gurauan. Inilah maksud pepatah orang melayu, nak bergurau biarlah mengikut tempat.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube.

Ikuti Video dan Penjelasan Menyusul

Will Smith Tampar Wartawan - Isu Cium Mulut

Posted: 22 May 2012 12:00 AM PDT

Video - Pelakon Popular Hollywood, Will Smith telah menampar seorang wartawan televisyen yang dikata mencuba untuk mencium bibirnya pada upacara permaidani merah untuk tayangan perdana, Men in Black III, di Moscow.

Lelaki bernama Vitalii Sediuk, iaitu seorang wartawan lelaki dari saluran televisyen Ukraine 1+1, sebelum ini pernah menjadi tajuk utama ketika dahulu apabila dia menyampaikan sejambak bunga yang didakwa untuk menghina MADONNA, di Festival Filem Venice tahun lalu.

Smith bagaimanapun yang kurang selesa dengan kelakuan wartawan tersebut mula mendekatinya dan cuba untuk mencium beliau dan Smith menegaskan dengan kenyataan berikut.

"C'mon man, what the hell is your problem buddy?" kata Smith sambil menolak Sediuk dan menampar perlahan pipi dengan tangan kirinya.

"Dia beruntung saya tidak menumbuknya," kata Smith kepada wartawan dan peminat yang ramai.

"Oh, saya berkata ini di hadapan kamera. Ia bagus sekali."

Smith berkata beliau menganggap Sediuk cuba mencium mulut, tetapi ia tidak jelas sama ada wartawan itu berniat berbuat demikian atau hanya mahu mencium pipinya kerana beliau segera berpaling untuk mengelak.

Smith telah menolak Vitalli dan menampar muka wartawan itu dengan belakang tangan kirinya.

Awal Ashaari dan Zizan Razak Pengacara Melodi 2012

Posted: 21 May 2012 08:57 PM PDT


Akhirnya teka teki yang bermain di minda anda semua siapakah yang bakal menggantikan dira kini telah terjawab. Sebelum ini desas desus mengatakankan Fauziah Ahmad Daud atau OGY dan Sarimah bakal mengantikan Dira sama sekali tidak benar. Mungkin ini adalah provoke sahaja bertujuan untuk mendapat rating di Rancangan Melodi.

Rezeki Orang Berkahwin, Awal seringkali mengacarakan Melodi sebagai pengacara jemputan. Mungkin ini sudah tanda tanda bahawa Awal bakal mengantikan Dira. Tahniah kepada Awal atas berita gembira ini.


Zizan tidak lagi bergandingan dengan Dira dalam 'Melodi'.

Berbalik pada Kisah Dira, ia telah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada Melodi bagi menumpukan perhatian kepada pelajaran dan juga perniagaannya.

Semoga Awal Ashaari dan Zizan Razak mampu untuk meningkatkan semula Melodi seperti tahun tahun sebelumnya. Pada G.A.M mereka berdua mempunyai kekuatan masing masing untuk menarik anak anak muda menonton rancangan Melodi.

Paling best bila seorang bercakap, seorang lagi diam sehingga menunggu sesuatu topik itu dibincangkan tidak seperti dira dan zizan kelihatan kelang kabut seolah oleh berebut rebut untuk menyuarakan pendapat.