Adsense

Selasa, 22 Mei 2012

Celebrity News

Celebrity News


[ Berita Sukan ] Nazmi Faiz Sah Bermain di Eropah, Kontrak tiga Musim Bersama Beira-Mar

Posted: 21 May 2012 10:43 PM PDT

PEMAIN bola sepak negara, Nazmi Faiz Mansor, 17, dilaporkan telah menandatangani kontrak bersama kelab Portugal, Beira-Mar sehingga Jun 2015.

Nazmi Faiz melalui Twiter rasminya, NazmiFaiz2112 berkata:
"Insya-Allah saya akan melalukan yang terbaik dan saya akan menjadikan rakyat Malaysia bangga dan syukur alhamdulillah... saya mahu ucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat-peminat saya yang terus menyokong saya."

Nazmi Faiz sebelum ini bersama empat pemain dari negara  lain menjalani ujian pemilihan sebelum dipilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu itu. Nazmi Faiz mencipta sejarah apabila menjadi pemain Malaysia yang pertama bermain di Eropah. Pemain muda ini telah menandatangani kontrak bersama Beira-Mar untuk tiga musim yang akan datang.

Nazmi hadir untuk sesi pemilihan minggu lepas telah berjaya menambat hari pihak pengurusan kelab tersebut yang merasakannya mempunyai potensi yang amat besar di Eropah.

Pada usia yang begitu muda, pemain kebangsaan Malaysia bawah 21 tahun dan 23 tahun ini telah menjadi pemain pertama yang berhijrah ke kelab itu.

"Sukar saya nak gambarkan perasaan ini. Ini adalah peluang terbaik saya dan saya telah berjaya.
Bermain di Eropah adalah impian saya selama ini. Saya berasa amat gembira dan berkeyakinan tinggi untuk terus maju ke hadapan. Saya sukakan Beira-Mar semenjak pertama kali menjejakkan kaki di sini. kata pemain Malaysia itu."

"Saya berasa amat lega diterima bermain dan akan sentiasa mematuhi arahan pengurus, Ulisses Morais dan Kapten Pasukan, Hugo. Teguran dan didikan mereka amat berharga buat saya."

"Saya juga akan bermain sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik dan membanggakan negara saya, Malaysia." kata Nazmi.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!