Adsense

Selasa, 22 Mei 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan

Transformasi Tomok

Posted:

Transformasi Tomok

Transformasi Tomok

SEBELUM ini, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail dikenali sebagai seorang penyanyi. Pembabitan awal dirinya dalam industri muzik tempatan menyaksikan dia membina reputasi bersama sebuah kumpulan remaja yang diberi nama, New Boyz.

New Boyz ketika itu telah mencetus fenomena tersendiri, malah Tomok yang berada pada posisi vokalis menjadi kegilaan remaja.

Fenomena New Boyz bagaimanapun akhirnya tenggelam perlahan-lahan, lantas nama Tomok turut dipandang sepi. Namun jejaka itu nekad menyertai program realiti One In A Million dua tahun lalu. Percubaannya mencapai sukses apabila dinobatkan sebagai juara.

Sejak itu, Tomok kembali menjadi perhatian, sementelah dia juga muncul dengan transformasi yang dilakukan. Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Berkat daripada usahanya, Tomok meniti kejayaan satu demi satu.

Kini, Tomok bukan sahaja bergelar penyanyi, tetapi juga seorang pelakon dan percubaan sulungnya dalam bidang lakonan juga bukan calang-calang. Dia menerima tawaran sebagai 'manusia jentera' dalam filem terbaharu berjudul Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam.

Namun sebagai pelakon yang sangat baharu dalam industri, pastinya dia mempunyai pengalaman sukar untuk tampil berlakon dalam filem sains fiksyen yang banyak menggunakan teknologi imej janaan komputer (CGI) itu.

"Mantera merupakan filem pertama saya, jadi memang banyak yang saya belajar. Sebagai pelakon baharu, saya akui Mantera banyak mengajar saya untuk menjadi seorang pelakon yang baik. Sehingga sekarang, saya masih lagi dalam proses pembelajaran.

TOMOK muncul dengan gimik khas pada majlis pratonton filem Mantera di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Sepanjang penggambaran filem, pelakon yang lain dan pihak produksi banyak membantu saya. Bagi saya walaupun ia merupakan watak yang agak berat dan sukar memandangkan ia percubaan pertama saya sebagai pelakon, tapi saya sahut cabaran ini.

"Sebab itu, setiap perkara atau lakonan yang diperlukan, saya cuba buat yang terbaik, walaupun tiada pengalaman," ujar Tomok ketika ditemui semasa majlis pratonton di pawagam Golden Screen Cinema (GSC), The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, sebagai pelakon baharu juga, dia sudah bersedia menerima kritikan. "Saya terima semua kritikan yang diberi dengan positif dan menganggapnya sebagai satu proses pembelajaran untuk memantapkan ilmu lakonan saya lagi pada masa akan datang," tambahnya lagi.

Berbeza

Bicara anak jati Kuala Lumpur ini, ketika pertama kali ditawarkan skrip filem tersebut, memang hatinya sudah tertarik dengan jalan cerita dan konsep yang ditonjolkan. Ini kerana, baginya, selama ini, jarang sekali masyarakat atau penonton filem tempatan dihidangkan dengan genre sedemikian rupa.

"Jika mahu diikutkan dari segi penyampaian filem itu sendiri, lokasi penggambaran dan konsepnya, semua memang berbeza. Selama ini, filem-filem yang ada lebih menjurus kepada genre komedi, romantik dan aksi, sebaliknya Mantera tampil sebagai filem Malaysia pertama dengan genre filem sains fiksyen berunsur robotik.

"Sebab itu saya teruja sangat untuk menerima tawaran yang diberikan. Selain itu, saya juga berkesempatan untuk berlakon dengan pelakon luar negara seperti Mikail Dorojlin (Rusia), Natalya Shamrenkova (Ukraine) dan Wael Al-Masri (Dubai), sekali gus membawa nama Malaysia ke mata dunia," jelas Tomok mengenai keputusannya untuk terjun sebagai pelakon.

Tutur lelaki berusia 28 tahun itu lagi, pertama kali melihat dirinya dalam layar besar, secara peribadi, dia berpuas hati dengan lakonan sulungnya. Akuinya, melakukan kesilapan merupakan perkara normal bagi orang baharu sepertinya.

Nyanyian

Sebagai seorang penyanyi, ujar Tomok, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan. Bagaimanapun, seperti banyak alasan yang diberikan anak seni, dia juga memilih untuk tidak mahu mengehadkan bakat diri hanya dalam satu bidang sahaja.

TOMOK di samping model yang manyarung kostum Mantera.

"Saya tidak mahu dikenali sebagai seorang penyanyi sahaja. Saya ingin jadi seperti idola saya iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana beliau merupakan seorang penyanyi, pelakon, penulis lirik dan pengarah. Jadi, inspirasi itu banyak hadir dari penggiat seni sepertinya.

"Jika ada tawaran dalam bidang lakonan datang lagi pada masa akan datang, dan ia kena dengan watak dan cara, apa salahnya jika saya mencuba lagi," akuinya yang kini dalam proses mengeluarkan album solo kedua.

Ketika sibuk menyiapkan album kedua itu, Tomok telah pun mengeluarkan single pertamanya yang berjudul Aku Datang. Single tersebut juga digunakan sebagai runut bunyi dalam filem terbaharu, Istanbul Aku Datang yang juga akan menampilkan dirinya sebagai pelakon utama.

Pendengar Suria FM kini 2.9 juta

Posted:

Pendengar Suria FM kini 2.9 juta

Pendengar Suria FM kini 2.9 juta

BARISAN warga Suria FM yang hadir pada majlis kesyukuran meraikan kejayaan stesen radio itu yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BARU lima tahun ke udara, stesen radio Suria FM berjaya mencatat peningkatan jumlah pendengar daripada 2.3 juta tahun lalu kepada 2.9 juta pendengar melalui kaji selidik radio pertama oleh AC Nielsen tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah, kejayaan itu diperoleh berkat formula stesen itu memutarkan lagu-lagu terbaik era 90-an di samping mengekalkan konsep ceria bagi dua tahun berturut-turut.

"Nampaknya, konsep yang Suria FM ketengahkan ini mendapat tempat di hati semua. Dari semasa ke semasa, Suria FM akan sentiasa memberikan yang terbaik buat para pendengar. Ini termasuklah aktiviti, siri jelajah dan konsert yang lebih giat bakal diadakan," ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar sempena majlis kesyukuran yang meraikan kejayaan stesen radio itu di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai segmen yang mendapat tempat di hati pendengar sekali gus menyumbang kepada kenaikan pendengar stesen itu, dedah Yusry lagi, untuk segmen Ceria Pagi di Suria bersama Halim Othman, Nabil dan Kenchana, jumlah pendengar telah meningkat sebanyak 25 peratus iaitu daripada satu juta pendengar tahun lepas kepada 1.3 juta pendengar tahun ini.

Tambahnya, bagi segmen Ceria Petang di Suria bersama Linda Onn, ia telah menjadi segmen nombor satu dari segi peratusan peningkatan jumlah pendengar dalam kalangan radio swasta berbahasa Melayu dengan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu 1.5 juta pendengar.

Bagaimanapun, ulas Yusry, bukan mudah untuk Suria FM memperoleh kejayaan seperti itu kerana banyak rintangan terpaksa ditempuhi sebelum berada di tahap sekarang.

Awal bulan Mei lalu, stesen radio itu dituduh cuba menipu pendengar menerusi penganjuran peraduan Ketawa & Ceria. Ia berikutan aduan daripada seorang pendengar yang meluahkan rasa tidak puas hatinya dalam sepucuk surat dengan mendakwa Suria FM cuba mengelirukan pendengar dengan prosedur peraduan yang dianggapnya tidak berasas.

Peraduan yang berlangsung pada Mac lalu itu juga dikatakan tidak menawarkan hadiah wang tunai RM250,000 seperti yang dinyatakan sebaliknya pemenang utama hanya menerima RM32,400.

"Ia hanya salah faham. Pendengar tersebut tidak membaca terma dan syarat peraduan dengan betul. Mungkin dia sekadar meluahkan perasaan kecewa dan bagi saya, setiap pertandingan pasti akan ada rasa tidak puas hati. Begitupun, perkara ini tidak menjejaskan serta tidak sedikitpun mencalar imej Suria FM. Malah, pendengar kami semakin bertambah," jelasnya lagi.

Biarpun dugaan melanda, Suria FM kini berjaya meraih kejayaan apabila mencatatkan jumlah kenaikan pendengar sehingga 2.9 juta pendengar pada tahun ini. Stesen radio swasta itu juga mempunyai peratusan kenaikan jumlah pendengar nombor satu yang tertinggi sebanyak dua tahun berturut-turut iaitu sebanyak 44 peratus.

Deepika jual hadiah Siddharth

Posted:

Deepika jual hadiah Siddharth

Deepika jual hadiah Siddharth

SIDDHARTH dan Deepika.