Adsense

Selasa, 3 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Apabila Artis Jahil Agama

Posted: 03 Apr 2012 09:49 PM PDT

Tak kisah apa jenis kerjaya yang anda ceburi, ilmu serta didikan asas agama merupakan perkara yang wajib dijadikan pegangan bagi setiap umat Islam. Cuma, apabila seseorang itu menjadi artis, segala tindak tanduknya akan menjadi perhatian orang ramai pula.

Akur dengan situasi sebegini, artis sepatutnya lebih sensitif dengan isu berkaitan agama, atau kalau kurang pandai, sepatutnya dia mencari seseorang yang arif bagi mendapatkan khidmat nasihat.

Apa yang terjadi di sebuah majlis pernikahan seorang artis baru-baru ini menyentuh sensitiviti segelintir orang yang perasan dengan kejahilan artis ini. Sebenarnya, niat artis itu untuk mendirikan rumah tangga memang dialu-alukan dan menjadi berita gembira bagi seluruh peminat. Tetapi, sayang 1000 kali sayang apabila artis ini tidak menutup aurat ketika melangsungkan majlis pernikahannya di sebuah masjid yang bertempat di sebuah bukit.

Lagipun, majlis pernikahan tempoh hari merupakan pengalaman kali kedua buat artis ini. Dah tua sangat sampai boleh terlupa ke? Yang peliknya, tiada ke ahli jawatawankuasa masjid yang menegur pemakaian artis ini, atau malu nak tegur sampai biarkan je perkara sebegini terjadi?

OHBULAN! membelek beberapa lagi keping gambar pernikahan artis itu dan mendapati kesemua rakan artis yang hadir pada majlis pernikahannya menutup aurat. Nasib baik mereka tahu menghormati kesucian rumah ibadah!

Foto Sekadar Hiasan.

Laporan Polis: Isu Pukul Pengunjung Pub, Pengacara Rancangan Hiburan Dituduh!

Posted: 03 Apr 2012 03:29 PM PDT

Kecoh di sebuah blog gosip tempatan apabila 2 keping foto bukti laporan polis mangsa terhadap seorang wanita dipercayai pengacara sebuah rancangan hiburan dituduh mengasarinya di sebuah pub di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pengacara tersebut telah menafikan mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya namun 2 keping bukti yang dipercayai laporan mangsa kepada polis telah menunjukkan cerita yang berlainan. Dalam laporan tersebut, tertulis kenyataan berbunyi "rupa-rupanya perempuan yang menyepak saya adalah D*** pengacara M****i".

Beberapa komen pengunjung blog hiburan tersebut juga telah membuat spekulasi mengatakan bahawa pengacara rancangan hiburan yang dipercayai terlibat ialah Dira.

Apa pun, selagi polis belum mengesahkan laporan tersebut, kita jangan tuduh sembarangan ya. Mari kita tunggu dan lihat! Dibawah ialah 2 keping foto bukti dipercayai laporan polis mangsa.