Zon Artis |
Nadia Mustafar Disamun Dan Mengalami Kerugian RM20,000 Posted: 03 Apr 2012 04:29 AM PDT Nadia Mustafar atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa telah kerugian RM20,000 selepas dia disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur kelmarin (2 April 2012). Akhbar tabloid Harian Metro hari ini melaporkan, dalam kejadian yang berlaku pada pukul 1 petang itu, Nadia berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki tidak dikenali dan masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan Nadia yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan. Nadia yang ditemui oleh pihak media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong. Walau bagaimanapun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
Menurut Nadia, dia terkilan dengan kejadian yang menimpanya itu kerana wang yang dilarikan perompak itu adalah hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
Kepada Nadia Mustafar, kami tumpang simpati atas apa yang berlaku ini terhadap anda ini dan syukur anda tidak diapa-apakan. Kepada anda, jadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam apa juga keadaan lebih-lebih lagi sewaktu membawa banyak duit kerana anda pastinya diperhatikan. OMG: Koleksi gambar mayat para pendaki Gunung Everest yang dibiarkan~ |
You are subscribed to email updates from Zon Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |