Adsense

Selasa, 3 April 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Nadia Mustafar Disamun RM20,000

Posted: 02 Apr 2012 10:54 PM PDT

Nadia Mustafar
PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Isnin.
Akhbar tabloid Harian Metro pada Selasa melaporkan, dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.
Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong.
Namun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.
"Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya.
"Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya.
Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.
"Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja," katanya.

----

Nama saya Aaron bukan Mat Haron

Posted: 02 Apr 2012 08:31 PM PDT

Klik untuk imej besar.

KUALA LUMPUR: "Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa."Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet," kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan 'permainan' individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan 'buatan sendiri' didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam. 

 Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya 'Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa' dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan. 

Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.----