Adsense

Selasa, 3 April 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Aku terima nikahnya Azzarima

Posted:

Aku terima nikahnya Azzarima

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Fauzi Baharudin


KEMATANGAN Azlan menambat hati Azza.


KEMATANGAN dirinya memberi ruang buat wanita ini untuk tidak terlalu tergesa-gesa memilih semula teman hidup barunya. Mengambil masa selama enam tahun, Azzarima Zawari (Azza Elite) cukup yakin akan keputusannya untuk sekali lagi bergelar isteri. Dia sudi mengabdikan diri buat Azlan Zulaily,25 sekaligus membuka lembaran baru kehidupan dengan memegang status sebagai isteri semula.

Tarikh 1 April lalu dipilih Azza untuk disatukan dengan Azlan yang dikenalinya hanya setahun. Benarlah kata pujangga, cinta tak pernah mengenal usia, baik atau buruknya rupa. Bagi pasangan ini berbeza umur sembilan tahun itu bukanlah penghalang buat cinta mereka untuk terus mekar selamanya.

Mencari kelainan dengan tidak mengadakan majlis pertunangan , menurut Azza dia dan suami hanya mahukan yang terbaik sahaja untuk hubungan mereka ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Carrie tidak mahu minyak wangi

Posted:

Carrie tidak mahu minyak wangi

Hollywood

JIKA bintang Hollywood lain begitu ghairah mahu menghasilkan minyak wangi mereka sendiri, namun berlainan pula dengan juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood.

Bukan mahu mendabik dada tapi bagi Underwood, dia berasa pelik jika ramai yang mempunyai dan memakai haruman yang sama.

"Saya tidak kisah untuk memulakan perniagaan berasaskan fesyen dan mempunyai pakaian atas jenama sendiri.

"Malah, saya berasa seronok jika diberi peluang menghasilkan pakaian untuk orang ramai memakainya seperti mana yang dilakukan oleh Madonna dan Jessica Simpson.

"Tetapi untuk mempunyai minyak wangi sendiri, itu tidak mungkin akan terjadi. Ini adalah pendapat saya sendiri. Bagi mana-mana artis yang telah mempunyai minyak wangi mereka sendiri, itu hak mereka. Masing-masing ada cita rasa sendiri," jelas pelantun lagu Jesus, Take The Wheel dan Temporary Home itu kepada contactmusic.com baru-baru ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.