Utusan Online - Hiburan |
Posted: Buka ruang pada semuaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL SEBAGAI Pengarah Eksekutif mobTV, Abdul Hamid Mohamed sentiasa memastikan kelengkapan untuk penggambaran berada dalam keadaan baik. TIADA siapa mampu menidakkan perkembangan teknologi moden yang telah mendominasi kehidupan harian masyarakat hari ini. Media sosial terutamanya dilihat sebagai satu senjata baru yang sangat berkuasa dalam menyebarkan maklumat terutama kepada generasi muda. Bukan mahu bersaing dengan media arus perdana yang menjadi santapan masyarakat sejak sekian lama, tetapi kehadiran media baru adalah alternatif dalam memperolehi berita terkini. Dalam konteks itu, sebuah saluran televisyen internet percuma, The Malaysian OBserver atau lebih dikenali sebagai mobTV merupakan wadah baru untuk masyarakat yang mahu mendapat gambaran jelas tentang sesebuah isu. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
Posted: Cabaran penerbit mudaOleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL BARISAN penerbit dan wartawan muda yang menggerakkan mobTV. MEMANG bukan mudah untuk mana-mana penerbit menyediakan kandungan terbaik bagi memastikan program terbitan mereka diterima. Apatah lagi jika ia melibatkan isu politik dan semasa yang sering kali dipandang enteng oleh golongan muda hari ini. Pada mereka, isu seperti itu terlalu berat untuk ditelan dan dihadam dengan cepat jika hendak dibandingkan dengan program hiburan yang lebih menarik untuk ditonton. Biarpun begitu, bagi penerbit di mobTV, tidak melihat tanggungjawab dan tugas mereka sebagai satu bebanan yang tidak mampu dipikul dengan baik. Sebaliknya mereka menganggap semua itu sebagai satu cabaran untuk memastikan matlamat dan sasaran tercapai dalam mengubah pandangan orang muda. Salah seorang penerbit perintis mobTV, Ahmad Fazlan Shah Abd. Rahman mengakui tugasnya di stesen televisyen Internet percuma itu bukan sesuatu yang mudah. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |