Adsense

Isnin, 12 Mac 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Datuk Malek Noor Bernikah Hari Ini

Posted: 11 Mar 2012 10:30 PM PDT

Datuk Malek Noor, penyandang Juara Bina Badan Heavyweight Asia sebanyak 6 kali dikhabarkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang pakar kanak-kanak, juga ibu kepada 5 anak, hari ini. Tarikh 12 Mac ini dipilih kerana ia memberikan makna tersirat buat Datuk Malek Noor, dimana dia pernah mengerjakan umrah dan berdoa agar dipertemukan jodoh, tahun lepas.

Wanita berumur 52 tahun yang dikenali sebagai Dr. Wan Asma Wan Ismail akan bergelar isteri kepada Malek Noor dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di kediamannya, Kelantan. Majlis resepsi pula dijangkakan akan berlangsung di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) pada keesokan harinya.

Sebelum ini, kisah hidup Datuk Malek Noor menarik perhatian ramai pembaca apabila secara peribadinya dia telah berubah daripada kehidupan masa lampau. Antara kata-katanya yang menyebakkan hati  ialah, "Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting. Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh."

Semoga apa yang dihajatkan oleh Datuk Malek Noor dimakbulkan Allah.

Irma Hasmie Bakal Bertunang?

Posted: 11 Mar 2012 10:18 PM PDT

Jika benar khabar angin ini, tahniah OHBULAN! ucapkan kepada Irma Hasmie atas berita gembira ini. Menurut sumber di sebuah forum hiburan, pelakon berusia 30 tahun ini bakal melangsungkan majlis pertunangannya di Sungai Buloh pada 27 Mac ini.

Kata sumber lagi, bakal tunangnya yang masih belum dikenalpasti identitinya telah berkenalan dengan Irma Hasmie ketika berada di Tanah Suci Mekah sempena mengerjakan ibadah umrah, Ramadhan tahun lalu.

Mengimbas kembali, Irma Hasmie pernah mempunyai hubungan bersama pelawak popular, Nabil Raja Lawak yang kini sudah mendirikan rumahtangga, tahun lepas.