Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tak dibayar RM500,000BUKAN mudah buat figura Datuk Siti Nurhaliza menempa kejayaan seperti yang diraih sekarang. Banyak cabaran dan rintangan yang harus dilalui dalam usaha untuk meletakkan dirinya sebagai penyanyi pujaan ramai. Menariknya, dia bukan sahaja telah berhasil mencipta nama dalam dunia nyanyian. Kini, dia sudah melangkah setapak lagi apabila sudah bergelar sebagai seorang ahli perniagaan menerusi produk kecantikan SimplySiti. Menurut penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu berjudul Jerat Percintaan itu, segala kejayaan yang diraih hasil usaha kerasnya selama ini semata-mata mahu mengejar impian untuk menjadi penyanyi yang berjaya. "Saya sangat bersyukur kerana segala penat lelah untuk berada pada kedudukan sekarang ini ternyata berbaloi. Selama 17 tahun membabitkan diri dalam dunia muzik saya berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi sekarang. "Bagi saya, kejayaan yang diraih ini bukan hasil usaha saya seorang, tetapi tidak lupa juga kepada para peminat yang telah banyak memberikan sokongan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Minggu Setiausaha di Johor Bahru baru-baru ini. Sesuai dengan kedudukannya pada hari ini, tiba-tiba ada khabar angin yang mengatakan penyanyi berkenaan telah mendapat bayaran yang mencecah RM500,000 ketika menjayakan sebuah persembahan di Singapura pada akhir tahun lalu. Bagaimanapun, penyanyi berkenaan pantas menafikan dia menerima jumlah bayaran yang sangat lumayan sebaliknya menegaskan bahawa bayaran yang diterima untuk menjayakan acara tersebut adalah setimpal dengan persembahan yang dilakukan. "Saya sendiri hairan dengan dakwaan yang mengatakan saya telah dibayar dengan jumlah yang sangat lumayan sehingga mencecah angka setengah juta ringgit untuk persembahan selama 30 minit di Singapura dan sudah tentu ia tidak benar sama sekali. "Tidak semestinya dengan kedudukan sekarang ini, saya sewenang-wenangnya meletakkan harga yang terlalu tinggi. Saya bersyukur kerana bayaran yang diterima sepanjang membuat persembahan di merata-rata tempat sudah berbaloi, walaupun tidak terlalu lumayan seperti yang diperkatakan," ujarnya.
Menurut Siti, sebagai membalas jasa para peminat yang sentiasa memberikan sokongan, dia juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali mengadakan persembahan di pentas terbuka secara percuma seperti siri konsert jelajah Malaysia yang pernah dilakukannya 11 tahun yang lalu. Sementara itu, ketika ditanya tentang perkembangan album Inggeris sulungnya yang berjudul All Your Love, Siti memberitahu dia sangat berpuas hati kerana album tersebut mendapat sambutan yang hangat daripada peminat. Bercerita lebih lanjut tentang salah sebuah lagu yang terkandung di dalam album berkenaan berjudul Remember You yang dinyanyikan secara duet bersama Sean Kingston, dia sudah merancang untuk menghasilkan klip video lagu tersebut. "Buat masa ini saya sedang mencari masa yang sesuai dan tidak mustahil klip video ini akan dihasilkan di Amerika Syarikat kerana kalau boleh saya ingin Sean Kingston turut terlibat dalam pembikinannya nanti," ujarnya. Pangsapuri mewah Mengenai pembelian pangsapuri mewah berharga kira-kira RM1 juta seunit yang terletak di Melbourne, Australia itu, penyanyi berkenaan memberitahu dia sudah pun membelinya setelah mendapat harga yang istimewa daripada pihak pemaju. "Memang saya ada menghadiri majlis pelancaran projek pembangunan pangsapuri The Istana baru-baru ini di Kuala Lumpur. Malah, saya telah berminat untuk membeli salah sebuah unit kediaman di pangsapuri tersebut. "Tujuan saya membeli unit kediaman berkenaan lebih kepada satu pelaburan untuk jangka masa panjang memandangkan lokasinya yang sangat strategik iaitu di kawasan pusat perniagaan di Melbourne," ujarnya. Menurutnya lagi, selain untuk pelaburan, ia juga boleh dijadikan sebagai satu kemudahan untuk anak-anak tirinya yang menyambung pelajaran di Australia dapat menetap di kediaman sendiri berbanding menyewa rumah dengan kadar sewa yang tinggi. Minggu Setiausaha Boleh dikatakan Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi yang kerap mendapat tawaran membuat persembahan pada Minggu Setiausaha yang selalu berlangsung pada bulan April setiap tahun. Jika sebelum ini penyanyi berkenaan lebih kerap menghiburkan para setiausaha di sekitar Kuala Lumpur, pada kali ini, buat julung-julung kalinya Siti akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Johor Bahru pada bulan hadapan. Dianjurkan oleh Persada Johor, persembahan yang akan berlangsung pada 10 April ini akan diadakan di Dewan Tanjung Puteri, Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula pada pukul 12.30 tengah hari. "Ini merupakan kali pertama saya bakal menjayakan sebuah persembahan sempena Minggu Setiausaha di Johor dan pastinya saya sangat teruja untuk menghiburkan setiausaha yang bekerja di negeri itu.
"Bagaimanapun, saya juga berharap agar kehadiran saya di negeri Johor akan turut menarik minat warga Singapura untuk bersama-sama memeriahkan lagi persembahan yang akan diadakan nanti," ujarnya. Mengenai konsep persembahan pula, Siti menjelaskan setakat ini belum ada keputusan muktamad yang dibuat, tetapi berkemungkinan besar persembahannya nanti akan diiringi oleh pemuzik Aubrey Suwito. Menurutnya, dengan tema Black And Red yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, penyanyi tersebut akan cuba memikirkan konsep persembahan yang lebih elegan dan menarik. Sementara itu, Timbalan Ketua Eksekutif Johor Corporatian (Jcorp) Hotel dan Resort, Mohamad Mazlan Ali berkata, dewan tempat berlangsung persembahan nanti mampu memuatkan kira-kira 1,500 tetamu atau 150 meja dan tetamu akan disajikan dengan hidangan makanan Barat. "Para tetamu yang hadir nanti bukan sahaja dihiburkan dengan persembahan oleh Siti Nurhaliza, malah mereka berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik untuk dibawa pulang menerusi cabutan bertuah," ujarnya. Bagi yang berminat untuk hadir pada persembahan Minggu Setiausaha Bersama Datuk Siti Nurhaliza, mereka boleh melayari laman sesawang www.persadajohor.com atau menghubungi talian 013-777 8048 dan 019-756 6905 untuk membuat tempahan meja. | ||||
Ella hormat permintaan bakal suami Posted: Ella hormat permintaan bakal suamiOleh KHAIRUL AMRI HASSAN
KECOH baru-baru ini apabila ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin, 46, dilaporkan bakal bernikah menjelang hujung tahun ini. Jejaka yang dikenali sebagai A itu juga dikatakan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah itu suatu ketika dahulu namun putus di tengah jalan. Gosip mula bertiup setelah pasangan itu dikesan menghadiri kursus kahwin di lokasi yang sama dengan pasangan Yusri dan Lisa pernah ikuti iaitu di Pusat Bandar Damansara, Petaling Jaya pada awal bulan ini. Kesempatan bertemu dengan penyanyi itu sewaktu Hot FM Big Jam 2012 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu hujung minggu lalu, Kosmo! cuba mendapatkan kepastian lanjut. Bagaimanapun kali ini, Ella memilih untuk mengunci mulut dan banyak memberi jawapan tidak mahu komen. Dia menjadi begitu berhati-hati untuk menjawab soalan yang dilontarkan kepada pihak media. Kosmo!: Benarkah gosip yang mengatakan Ella bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi? ELLA: Saya enggan komen. Saya harus menghormati permintaan pihak lelaki. Semakin dibiarkan perkara ini tidak berjawab bermakna bakal memberikan seribu satu spekulasi orang ramai. Komen Ella? Oleh sebab itulah saya enggan komen. Sebab nanti orang akan menyalahtafsir dan membuat pelbagai andaian. Sebelum ini pun khabar yang keluar menyimpang daripada perkara sebenar. Hal ini bermakna berita yang dilaporkan sebelum ini tidak benar? Jangan percaya gosip-gosip di internet. Sebagai seorang penyanyi terkenal dan selebriti, bagaimana Ella melihat sebuah institusi perkahwinan itu sendiri? Saya tidak boleh komen lanjut sebab saya belum berkahwin. Berkahwin itu wajib bagi setiap orang Ella percaya pada kuasa cinta? Perlukah cinta dalam diri seorang Ella? Saya tak tahu. Mungkin perasaan yang sama dirasa oleh semua insan yang bercinta. Sepanjang tahun ini, selain sibuk dengan program Mentor, apa agenda kerjaya Ella? Tahun ini sibuk bagi saya. Pada 25 Mac ini saya akan ke Singapura untuk konsert Ella dan Awie. Pada bulan April pula saya akan ke Surabaya seterusnya ke Jakarta, Indonesia dan Brunei untuk membuat persembahan di sana. Menjelang hujung tahun selepas Hari Raya Aidilfitri pula, barangkali bakal berangkat ke Dublin, Ireland dan Amsterdam. Nampak gaya sepanjang tahun Ella sibuk dengan karier dan hal ini bermakna Ella tidak akan ada waktu untuk diri sendiri? Nampaknya begitulah (ketawa). | ||||
Posted: Klum mahu hidup baharuHEIDI KLUM SELEPAS berpisah dengan suaminya Seal, beberapa bulan lalu, model Heidi Klum belum memberi sebarang kenyataan kepada media mengenai keruntuhan rumah tangga yang mereka bina selama tujuh tahun itu. Bagaimanapun, baru-baru ini Klum yang juga merupakan hos program realiti Project Runway akhirnya membuka mulut. Wanita berusia 38 tahun itu memberitahu majalah Elle bahawa dia sekarang mahu menjalani sebuah kehidupan baharu. Katanya lagi, sepanjang berkahwin dengan penyanyi tersebut dan memiliki empat cahaya mata, mereka memang ada berhadapan dengan masalah dan bergaduh, namun ia bukan hal yang elok untuk diceritakan kepada umum, walaupun selepas mereka kini sah bercerai. "Saya tidak mahu bercakap tentang siapa yang lukakan siapa. Saya juga tak mahu bercakap tentang sisi negatif atau positif sepanjang kami hidup bersama sebab saya percaya semua pasangan yang berkahwin melalui situasi yang serupa. Malangnya, kami tidak berjaya dan lebih malang kami menjadi perhatian kerana kami merupakan selebriti," ujar Klum yang juga memberitahu, dia tidak mampu menghalang Seal untuk terus bercerita tentang masalah rumah tangga mereka kepada umum. Klum bagaimanapun berkata, apa yang lebih penting dalam kehidupannya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Sebagai ibu kepada empat orang anak, dengan tegas dia berkata: "Saya hanya mahu memulakan hidup baharu dan tidak akan bercakap tentang dia (Seal) lagi." Biar nampak begitu tegas menyembunyikan kisah rumah tangga mereka, Klum tetap mengakui bahawa dia sangat terluka dengan perceraian tersebut. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |