Berita Harian: Hip |
Posted: 11 Mar 2012 05:00 PM PDT Hip Siri jelajah ABPBH 2011 digamatkan oleh sketsa arahan SyamsulSKETSA Melaka Gangster arahan Syamsul Yusof antara segmen yang paling mencuit hati lebih 5,000 peminat yang membanjiri Dataran Pahlawan Melaka Megamall sempena siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Hariah (ABPBH) 2011 di sini, semalam. Jika sebelum ini sketsa Ombak Rindu cukup popular di kalangan peminat di dua siri jelajah terdahulu iaitu Shah Alam dan Kuantan, nampaknya kali ini keseronokan mereka berganda dengan lakonan spontan Syamsul sendiri di samping peminat dan dua pengacara, Along Cham dan Didie Alias. Lebih istimewa apabila sketsa berkenaan menampilkan gangster perempuan yang nyata meriuhkan lagi suasana di pusat beli-belah berkenaan.Sikap sporting peminat membuatkan acara lebih meriah, apatah lagi dengan kemunculan barisan finalis ABPBH kali ini yang rata-rata teruja dengan sambutan hebat diberikan peminat di bumi Hang Tuah. Selain Syamsul turut menjayakan siri jelajah di Melaka ialah Shaheizy Sam, Adi Putra, Maya Karin, Yana, Zizan, Diana Danielle, Krill, Kenchana Dewi dan Aznil Nawawi. Manakala penyanyi seperti Alyah, Awi Rafael, Jaclyn Victor, Faizal Tahir, Kumpulan Forteen dan Bunkface pula menghiburkan peminat dengan dendangan popular masing-masing. Acara yang bermula jam 2.30 petang itu bukan sekadar menyaksikan kemunculan barisan artis terkenal, malah ia turut dimeriahkan dengan acara pameran dan permainan yang menawarkan hadiah berupa barangan eksklusif ABPBH. Pengunjung juga berpeluang merakam gambar kenangan berlatarkan back-drop ABPBH2011, mendapatkan cenderamata eksklusif, serta melawat gerai penaja yang disediakan di lokasi acara. Antara acara sampingan, penganjur turut menyediakan hadiah khas buat pembaca bertuah yang hadir dengan busana menepati tema, selain pertandingan membuat kek sempena edisi ke-25 ABPBH. Sebelum menghiburkan peminat di pusat beli-belah terkemuka itu, finalis terlebih dulu dibawa menaiki River Cruise menyusuri Sungai Melaka dan berarak menaiki 25 beca di Jonker Street. Sebelum itu, pada sebelah pagi, peminat dihiburkan dengan pertandingan akhir Bintang Idola Berita Harian (BIBH) peringkat mall. Selepas ini, siri jelajah ABPBH2011 akan singgah ke utara, iaitu Village Mall, Sungai Petani, Kedah, pada 16 dan 17 Mac, sebelum lokasi terakhir di Kompleks Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor, pada 23 hingga 25 Mac. |
Dengarnya...: TV3 saluran eksklusif perkahwinan Fasha? Posted: 11 Mar 2012 04:50 PM PDT Hip Fasha Sandha Cik Normah pun tumpang sekaki jugalah memperkatakannya. Maklumlah, yang hendak kahwin bukan calang-calang orang. Jadi, kalau Cik Normah tak masuk campur sama, nanti ada pula peminat cakap Cik Normah ketinggalan kereta kuda. Alang-alang dah sentuh topik Fasha nak kahwin, yang dikatakan bakal berlangsung pada April ini, Cik Normah pun ada juga terdengar cerita yang perkahwinannya itu akan disiar secara eksklusif oleh stesen penyiaran terkemuka, TV3. Sebagai penulis ruangan gosip yang prihatin, Cik Normah pun ada juga bertanya pada beberapa teman di stesen TV terkenal itu. Yalah, kalau-kalau mereka ada membuat perancangan istimewa sempena perkahwinan yang menjadi sebutan ramai berkenaan. Apatah lagi Fasha pun bukannya orang lain dengan TV3. Banyak drama lakonannya disiarkan TV terbabit, dan semuanya meletup kababom semuanya.Tetapi yang Cik Normah dengar setakat ini, sama ada ia disiarkan secara langsung seperti perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dulu, belumlah lagi ada hitam putihnya. Namun kata beberapa teman di Sri Pentas, tak mungkinlah siaran langsung seperti itu diulang semula. Ia hanya berlaku sekali dalam sedekad, adanya. Paling besar kemungkinannya ialah rakaman eksklusif oleh program berkonsep kewanitaan keluaran stesen TV berkenaan. Itu pun sudah kira hebat sangat. Yalah, bukannya semua majlis kahwin akan dirakam secara eksklusif oleh penerbitan TV3. Oh ya, khabarnya, kalau ada siaran langsung pula, ia hanyalah membabitkan acara yang diadakan di ibu kota. Untuk kenduri, resepsi, atau majlis lain di luar ibu kota dan di luar negara tu, rasanya mereka tak adalah ikut sama. Mungkin jauh sangat kot, tak larat nanti nak pikul kamera. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |