Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Peraduan Makan Malam Bersama Kumpulan SMASH Posted: 12 Mar 2012 08:07 PM PDT Hey, sekalian peminat fanatik SMASH… Mahu tak kalau Budiey ajak korang makan malam bersama dengan kumpulan K-Pop dari Indonesia, SMASH? Fuh… giler! Siapa tak nak kan? Kata minat SMASH! Heh! Bukan sekadar dapat makan malam bersama pasangan anda, malah sekiranya terpilih, anda juga dapat beramah mesra secara eksklusif dengan semua anggota kumpulan SMASH yang hebat menari dan menyanyi ini! Tarikh: 15 Mac 2012 Kali ini, Budiey ingin menjemput 3 pasang couple… untuk makan malam bersama SMASH. Caranya senang sahaja… anda perlu menjawab 3 soalan berkenaan dengan SMASH
Sebagai pemutus seri, sila penuhkan slogan ini. Saya ingin makan malam bersama SMASH kerana… (tidak lebih 20 patah perkataan) Sertakan juga maklumat peribadi: Alamat surat menyurat: Hantarkan jawapan anda kepada: Tarikh tutup peraduan: Tajuk Email: Peraduan Makan Malam Bersama Kumpulan SMASH SYARAT & PERATURAN:
Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang. Budiey tinggalkan korang dengan video muzik SMASH – Ada Cinta. Layaannnn! Tags: BlogClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Malek Nor & Dr Wan Asma Kahwin Posted: 12 Mar 2012 07:13 PM PDT Selamat pengantin baru buat Datuk Malek Nor & isteri yang baru sahaja selamat disatukan menjadi suami isteri semalam. Semoga kalian terus bahagia selamanya ya. Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail. Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin. Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading. Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan. Malek Noor berharap agar perkahwinan pertamanya ini kekal sehingga ke akhir hayat. Dr Wan Asma memberitahu beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki. Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. "Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu," katanya. Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur. "Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula," ujarnya. Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang. Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun. Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas. Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin. Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992). Tags: Artis BerkahwinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |