Adsense

Isnin, 12 Mac 2012

Sensasi

Sensasi


Kekasih baru Fahrin ,anak produser besar,Datin Zaiton

Posted: 12 Mar 2012 08:36 AM PDT

Apa yang Sensasi boleh katakan,Fahrin dan Adila memang sama cantik dan sama padan gitu..

Sebelum nie Fahrin pernah menjalin hubungan cinta dengan Linda Onn dan Scha Al Yahya..


l



Bertemu pasangan yang sedang bercinta ini dalam satu majlis memperkenalkan pelakon drama-drama terbaharu TV3 baru-baru ini, pintu hati Fahrin dan Adila sekali lagi diketuk. Jika pada awal dahulu mereka pantas membuat penafian, kali ini berlainan sedikit.

Mereka mengaku selesa dan tidak menafikan tarikan pada diri masing-masing menjadi antara faktor kelangsungan persahabatan yang semakin intim. Mereka sudah betah duduk berdua di hadapan media. Adila yang juga anak kepada pemilik rumah produksi Global Station, Zaiton Mohd. Jiwa itu menyifatkan Fahrin sebagai lelaki budiman.

Ramai yang melihat kalian keluar berdua berpegangan tangan, anda bercinta?

FAHRIN: (Senyum panjang) Buat masa sekarang, memang kami rapat. Ya, kami keluar bersama tapi kenyataan yang kami berpegangan tangan itu tidak benar. Mengenali seseorang (Adila) itu menjadi tanggungjawab saya, lagipun kami dalam industri yang sama tapi memang hubungan kami sangat rapat.

Jadi apa nama status hubungan itu?

Untuk mengesahkan status, itulah yang merumitkan saya. Saya harus menangani perkara itu dengan cermat. Komitmen kami berdua lebih kepada persahabatan dan rakan dan industri.

Umur makin meningkat, kerjaya sudah stabil, bila agaknya Fahrin nak mengakhiri zaman bujang?

Betul, umur saya sudah 33 tahun tapi mujurnya keluarga tidak mendesak. Saya tak boleh nak fikir pasal kahwin sebab komitmen saya dengan karier sangat besar. Lagipun, selama ini saya penat melayan gosip dan masalah dalam perhubungan. Sekarang saya tengah 'bayar hutang' untuk diri sendiri. Dalam setahun setengah ini, saya rasa sangat tenang.

Tenang dengan Adila?

Saya selesa dengan dia.


Berkawan dengan anak produser besar, tentu memberi ruang selesa, bukankah ia memberi zon selesa untuk anda mendapat tawaran lakonan?

Eh, taklah. Sekarang saya tengah buat penggambaran drama bersiri Seindah Sakura terbitan Temenggung Picture, bukan dengan Global. Pemilihan pelakon juga ditentukan oleh stesen televisyen.

Impak Fahrin tidak sehebat dahulu, sekarang kemunculan anda seperti mendatar sahaja, kenapa?

Populariti itu bonus tapi saya juga manusia yang mencari kualiti, bukan sahaja lakonan tapi juga untuk sisi hidup yang lain. Saya akui belum pernah dapat anugerah, tapi terbaik dalam industri ini bukan ditentukan oleh seorang pelakon sahaja, kena disokong oleh semua sudut.

Ada tawaran filem?

Saya sedang dalam perbincangan yang serius untuk terlibat dengan sebuah filem aksi. Kalau jadi itulah filem aksi pertama saya. Harap penonton boleh tengok saya beraksi, lawan bertumbuk dalam filem suatu hari nanti.

Zed Zaidi Malu Dimaki Depan Isteri

Posted: 12 Mar 2012 08:29 AM PDT

Perjuangan Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Rozaidi Abdul Jamil, 32, atau Zed Zaidi untuk membantu golongan artis berubah menjadi insiden memalukan apabila dirinya dimaki oleh sekumpulan lelaki di hadapan isterinya pagi semalam ketika mahu bersarapan di sebuah kedai.

Peristiwa memalukan ini tercetus gara-gara pihak berkenaan , salah faham dengan menyangka, cadangan memberikan keizinan kepada artis untuk memasang cermin gelap merupakan usul ketiga yang dikatakan bakal dikemukakan Seniman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menerusi laporan media sebelum ini.

"Memang benar saya dimaki pagi semalam. Takkanlah pula saya mahu menipu masyarakat. Sebenarnya, usul untuk minta izin artis pasang cermin gelap bukanlah usul yang sepatutnya saya kemukakan.

"Usul ini terbit tatkala beberapa media bertanyakan akan hal tersebut. Saya hanya menjawab berkemungkinan besar tetapi ia belum ada dalam bentuk bertulis lagi. Apatah lagi, ia bukanlah usul sah yang akan saya bentangkan kepada Kementerian Dalam Negeri ((KDN).

"Insya-Allah, mengikut perancangan, esok saya akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membentangkan usul yang ketiga berkenaan. Apakah usul berkenaan, ada baiknya pihak KDN yang mengumumkannya nanti," katanya.

Mengulas lanjut mengenai insiden memalukan itu, Zed menegaskan tidak hairan dengan gertakan yang ditujukan terhadap dirinya itu. Namun, jauh disudut hatinya terdetik rasa malu kerana perkara tersebut, berlaku di hadapan isterinya yang sedang mengandung cahaya mata sulung.

"Saya tidak hairan dengan apa yang terjadi. Saya sudah lali dengan kutukan sebegini kerana saya tahu sebagai artis tidak semua orang senang dengan gerak-geri kita. Sejujurnya, sebaik saja diberikan amanah untuk menjawat jawatan ini, saya sudah tanam pada diri saya bahawa kemungkinan yang bakal saya lalui.

"Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai. Inilah asam garam yang perlu saya lalui sebagai pejuang nasib anak seni tempatan melalui persatuan. Sa­ya berani menanggungnya.

"Tiada masalah bagi saya untuk mereka gertak sebegitu asalkan dia tidak sentuh saya atau memukul saya. Kalau mereka sentuh saya, mungkin perkara lain akan terjadi. Namun, saya kurang selesa kerana ianya berlaku dihadapan isteri saya," jelasnya.



Dalam pada itu, Zed Zaidi, memberitahu selepas insiden itu, dia dan isteri terus berpindah ke restoran lain untuk bersarapan kerana tidak mahu perkara lain berbangkit.

"Mereka yang mengutuk saya adalah sekumpulan pemuda. Bermacam-macam tuduhan dan makian yang dilontarkan terhadap saya. Mungkin kalau mereka pukul saya, barulah saya akan membuat laporan polis.

"Apapun, pagi tadi, saya ada menerima panggilan daripada pegawai polis yang merupakan teman saya bertanyakan tentang kejadian ini. Namun, saya menegaskan ia adalah perkara biasa. Mujurlah juga pengunjung restoran berkenaan juga buat tidak tahu saja," ujarnya.

Berikut adalah usul yang dikemukan pihak seniman.

1. Kuota khas untuk artis dalam skim rumah rakyat 1Malaysia di Putrajaya.

2. Insurans untuk golongan artis.

3. Usul yang ketiga masih lagi belum dibentangkan lagi.

Gambar anak lelaki Harith Iskandar ,Zander Xayne Iskander

Posted: 12 Mar 2012 08:21 AM PDT

Wajah comel bayi sulung Harith dan Jezamine Lim persis wajah ibunya,tapi bila tengok dua kali mcm wajah Harith Iskandar jugak kan..

"Zander Xayne Iskander. He has my head ... with more hair. And he already has more google search results than me!" Ujar Harith berseloroh..





Irma bakal bertunang 27 Mac dengan siapa?

Posted: 12 Mar 2012 08:17 AM PDT


Irma didakwa bakal bertunang pada 27 Mac dalam satu majlis di kediaman keluarganya di Sungai Buloh, Selangor.

Bakal tunang Irma dikatakan berjaya memikat hatinya ketika bersama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci, Mekah tidak lama dulu.

Walaubagaimanapun aktres berusia 30 tahun ini masih belum mengesahkan berita tersebut.

Selepas tampil dengan imej bertudung, Irma pernah memberitahu ciri-ciri lelaki pilihannya untuk dijadikan teman hidup.

"Seperti yang digalakkan dalam agama Islam, calon pasangan hidup mesti dipilih berdasarkan agama, keturunan, harta dan rupanya. Namun saya hanya inginkan seorang lelaki yang beriman, bertanggungjawab dan boleh membimbing keluarga ke arah kebaikan."