Adsense

Selasa, 7 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Gambar Peluk Anjing, Adira Mohon Maaf

Posted: 07 Feb 2012 02:10 AM PST

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING

Ekoran tersebarnya sekeping gambar yang menunjukkan Adira sedang memeluk seekor anjing dan kami ada paparkannya DI SINI, Adira mengakui kesilapannya itu dan tidak menafikan bahawa apa yang dipegangnya itu adalah seekor anjing dan bukannya patung.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, anjing yang dipeluk olehnya dalam gambar itu bukanlah anjing miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah. Seperti kata Adira kepada mStar:-

"Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.

"Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.

"Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,"

GAMBAR ADIRA PEGANG ANJING

Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.

"Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu. Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,"

Adira yang sedang popular dengan lagu Sakura itu menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.

"Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.

"Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.

"Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,"

Psstt: Padah letupkan mercun dalam lubang berpenutup

Related Posts with Thumbnails

Saya Bukan Kekasih Apek – Leuniey Natasha

Posted: 06 Feb 2012 07:22 PM PST

LEUNIEY NATASHA BUKAN KEKASIH APEK
Leuniey (tengah) bersama ibu dan bapanya.

Kontroversi demi kontroversi melanda penjaga gawang nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih familiar dengan nama Apek. Terbaru, dia dikaitkan dengan seorang pemilik butik dari Kelantan yang dikenali dengan nama Lueniey Natasha atau nama sebenarnya Nur Eilunie Natasha Nazri.

Seperti khabar angin yang bertebaran sejak beberapa hari lalu, Apek dikatakan mempunyai kekasih baru dan kekasih baru yang dimaksudkan itu ialah Lueniey. Dari khabar angin itu jugalah Apek didakwa menjadi punca mengapa Lueniey sanggup memutuskan ikatan pertunangannya dengan anak seorang usahawan batik di negeri itu, Kelantan.

Tidak mahu dakwaan itu berlanjutan dan demi menjaga nama kedua-dua pihak memandangkan perkara tersebut melibatkan maruah dan kredibiliti, Leuniey tampil memberi penjelasan tentang situasi sebenar dimana menurutnya ikatan pertunangan tersebut diputuskan atas sebab masalah peribadi dan bukannya kehadiran orang ketiga.

"Saya terima berita ini (putus tunang) sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu.

"Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena mengena dengan Apek,"

Dengan penjelasan daripada Leuniey ini, jelaslah yang dia dan Apek tiada apa-apa hubungan apatah lagi sebagai kekasih seperti khabar angin yang tersebar dan gossip yang mengatakan Apek menjadi punca terputusnya ikatan pertunangan Leuniey dengan anak seorang usahawan batik di negeri itu juga sama sekali tidak benar.

Related Posts with Thumbnails