Adsense

Selasa, 7 Februari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Hafiz Nafi Sudah Menemui Penganti Adira

Posted: 07 Feb 2012 07:56 AM PST

Belum pun habis kisah putus cinta dengan Adira, Juara AJL26 ini sekali lagi dihimpit gossip panas kerana gambar yang tersebar di Internet dengan seorang gadis comel diatas. Namun anak muda yang berada dipersada seni suara di Malaysia akhirnya tampil menjawap gossip panas ini. Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan :
"Gadis dalam gambar tersebut adalah kawan saya dan kami saling mengenali hati budi masing-masing, tetapi belum sampi ke tahap bercinta lagi. 
"Saya harap orang tidak membuat sebarang spekulasi lagi berkaitan tentang hal cinta. Lagipun saya agak fobialah nak bercinta,"
"Jujur saya katakan, saya tak berani nak bercakap tentang soal cinta apatah lagi mahu dedahkan namanya.
 
"Nanti orang ingat saya sengaja mahu cari publisiti memandangkan ABPBH2011 (Anugerah Bintang Popular Berita Harian) dah nak dekat. Macam-macam pula pandangan negatif yang bakal saya terima nanti. 
"Berkenaan dengan gambar itu, saya tahu ada yang tidak senang dengan saya dan cuba menyebarkannya kepada umum. Bukan apa, saya tidak pernah meletakkan gambar-gambar sebegitu dalam akaun laman sosial milik saya," ujarnya.


ZoOM : Comel juga gadis ni ye :)..kalau betul pun apa salahnya...

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Najua Nasir Cucu Arwah P.Ramlee Hasilkan Single Terbaru

Posted: 07 Feb 2012 07:43 AM PST

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Najua P.Ramlee akan meneruskan legasi datuknya, Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan kemunculan single terbaru yang masih lagi dalam pembikinan.

Najua atau nama sebenarnya, Najua Nasir berkata, dia ingin membawakan muzik berkonsepkan broadway, sama seperti lagu-lagu yang sering dibawakan dalam pementasan teater.

"Sebelum ini saya biasa dengan kerjaya berbentuk pementasan seni teater, muzikal terutamanya. Jadi saya fikir, lebih elok jika lagu single pertama saya berbentuk broadway.

"Saya harap kelainan itu dapat diterima peminat-peminat muzik tempatan. Andai kata ia menjadi tarikan, saya akan meneruskan usaha penghasilan single kedua dan seterusnya muncul dengan sebuah album," katanya.

Najua adalah anak kepada Nasir iaitu anak tunggal P.Ramlee hasil perkahwinannya dengan Junaidah Daeng Harris.

Tambah graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini, dia berharap kemunculannya dengan lagu terbaru ini tidak mendapat kritikan kononnya dia ingin menumpang populariti P.Ramlee.

Sementara itu, dia bersyukur kerana mendapat pembiayaan penuh daripada Indonesian Arts And Culture Scholarship untuk menyambung pengajian kursus jangka pendek di negara itu dalam masa terdekat.

"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mengambil kursus jangka pendek dalam bidang seni ini dan akan mengaplikasikannya dalam kerjaya seni saya nanti.

"Selain itu, saya juga ingin membuktikan mampu berjaya dengan usaha sendiri tanpa membabitkan nama keluarga," ujarnya ringkas.

Info: Mstar Online


ZOoM :Semoga perjuangan Najua Nasir akan berjaya sebagaimana yang dikecapi dan ditonton oleh anda diluar sana, walaupun sudah berdekad ia masih diminati dan ditonton oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia khasnya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

8 Cara Menjadi Suami Yang Hebat

Posted: 07 Feb 2012 07:08 AM PST

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk korang wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang

Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai MemasakSuami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang 'independent'
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, korang pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa korang suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah korang.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang korang berikan.


8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Drama Tanah Kubur Musim Ketiga Akan Ke Udara di Astro Oasis

Posted: 07 Feb 2012 12:22 AM PST

SETELAH mencatat kejayaan melalui jumlah penonton yang mencapai 4.5 juta sepanjang drama Tanah Kubur ditayangkan selama dua musim, kini rancangan tersebut akan kembali untuk musim ketiga. Ia akan bermula pada 24 Februari nanti, pukul 7.30 malam, di saluran Astro Oasis.

Menurut Pengurus Saluran Oasis, Izelan Basar, drama berbentuk keagamaan tersebut mendapat reaksi positif daripada penonton.

"Alhamdulillah, setakat ini, reaksi yang kami terima daripada penonton adalah sangat memberangsangkan.

"Selain itu, drama ini juga turut mencatat jumlah penonton yang tinggi walau pun ketika siaran ulang tayang.

"Perkara ini sebenarnya menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin menggemari rancangan yang bercorak keagamaan," jelasnya ketika ditemui pada sidang akhbar baru-baru ini.

Sementara itu, bagi pengarah drama tersebut, Rashid Sibir, dengan kejayaan drama bersiri tersebut, ia sememangnya memberi satu kepuasan kepadanya kerana dapat mengangkat sesuatu yang menginsafkan kepada penonton.

"Saya sangat bersyukur kerana drama Tanah Kubur ini dapat diterima baik.

"Bila difikirkan kembali, terasa berbaloi dengan setiap usaha dan titik peluh kami dalam mengangkat karya ini ke kaca televisyen.

"Bayangkanlah, setiap jenazah yang kami kebumikan dalam drama tersebut adalah menggunakan pelakon sebenar. Adegan mereka diletakkan di liang lahad dapat dirasai oleh mereka sendiri.

"Jadi apabila siri ini mula diperkatakan ramai dan mendapat tindak balas yang positif, kami semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik dalam musim yang terbaru ini," jelasnya lagi.

Tidak menafikan terpaksa berhadapan dengan kerenah beberapa stesen televisyen yang meragui konsep drama bersiri itu, Rashid tidak menjadikan perkara tersebut sebagai batu halangan.

"Apa yang lebih penting sekarang ialah kami dapat memberikan kesedaran.

"Malah saya percaya, topik mengenai dosa dan pahala, hidup dan seksa diambang maut akibat dosa-dosa lepas sememangnya akan digemari penonton Melayu.

"Lagi pun apa yang kami bawakan ini adalah sebagai peringatan dan bukanlah hanya sekadar hiburan semata-mata," kata Rashid lagi.

Masih mengekalkan watak utama, Tok Adi, lakonan Nasir Bilal Khan, rancangan tersebut juga bakal menampilkan pelakon-pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Hamidah Wahab, Talha Harith, Johan As'ari, Liza Abdullah dan Jimmy Shanley.

info :Utusan Online

ZoOM : Tidak dinafikan drama Tanah kubur ini semakin menarik perhatian penonton di saluran Astro, tidak terkecuali ZoOM turut mengikuti perkembangan drama lakonan Nasib Bilal Khan dan beberapa pelakon lain yang menjadi undangan dalam drama ini.

Drama musim ke 3 ini sudah pasti ditunggu oleh peminat program keagamaan ini. Dengan skrip dan perjalanan cerita yang teratur menjadikan ia lebih menarik.

Apa kata anda mengenai Drama ini ?Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Pelakon Ajak Lelaki Lakukan Maksiat Di Hotel

Posted: 06 Feb 2012 11:54 PM PST

Sekadar Hiasan

SS sebenarnya malas nak ungkit-ungkit kisah lama artis di Malaysia ini terutama sekali yang baru nak menempa nama dan masih lagi berada di tahap 'suam-suam kuku'.

Bukan apa, mereka ini sudah buat sehabis mampu untuk meletakkan nama mereka sebaris selebriti popular dan sedang menikmati waktu kegemilangan mereka.

Macam seorang pelakon jelita ini, sekian lama berada di layar seni, namun jelas namanya belum cukup kukuh walaupun lakonannya SS akui bagus dan berkesan.

Sama ada hal ini disebabkan dirinya yang tidak habis-habis dihambat kontroversi atau pun kerana dia memang tidak menjadi pilihan produser, tetapi SS puji dengan kesungguhannya terus menjual bakat walaupun namanya masih belum hebat di persada.

Tapi yang SS tak berkenan, apabila seorang teman memaklumkan satu berita yang tidak kurang agak memanaskan telinga juga berkenaan pelakon ini.

Katanya, sewaktu berkunjung ke satu pusat hiburan di sebuah negeri di utara, dia terserempak dengan aktres berkenaan sedang bersuka ria dan tidak ketinggalan menggenggam minuman keras di tangannya.

Mulanya dia biarkan saja kerana tidak mahu menjaga tepi kain, namun tiba-tiba ketika berada di bar, pelakon berkenaan datang kepadanya dan menghulurkan salam perkenalan.

Mungkin terpikat dengan rupa teman SS yang kacak itu, pelakon terbabit mula mengajaknya berbual dan sempat menanyakan teman SS tadi sama ada dia mengenali pelakon itu atau tidak.

Teman SS pun buat-buatlah tak kenal dan mereka mula berbual rancak sebelum pelakon berkenaan menyatakan dia sedang menjalani penggambaran di situ.

Teman SS pun layankan sajalah namun tiba-tiba si pelakon tadi bertindak luar batasan dengan mengajaknya datang ke bilik hotelnya pada malam itu.

Tersentak dengan ajakan itu, teman SS pun cuba mencari helah untuk melarikan dirinya daripada pelakon berkenaan dan tidak mahu berputus asa, pelakon itu kemudian menghulurkan nombor biliknya.


Akhirnya teman SS berjaya juga melepaskan diri daripada pelakon tadi dan bersyukur kerana masih waras untuk menepis godaan nafsu dengan tidak menghiraukan perbuatan pelakon tadi.

SS nasihatkan kepada pelakon itu, janganlah menggunakan status selebriti itu untuk memancing 'mangsa' kerana bukan semua manusia mudah tergugat imannya. 

Info :Hmetro Online


ZoOM : Siapalah betina yang kemaruk nak melakukan S*** tu memang bertuah sunggu dan tak tau salah dan betul. Kalau dah teguk arak macam tu lah jadinya, kalau dia nak...dia buat je. Memang pelakon murahan sana sini melakukan maksiat, dia fikir hanya kesenangan hidup didunia je, kepada pelakon tersebut bertaubatlah sebelym terlambat.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Faralyna Idris Tidak Mahu Dilabel Artis Majalah

Posted: 06 Feb 2012 11:40 PM PST



KEMATANGANNYA cukup terserlah walaupun usianya baru meniti 21 tahun. Namun, ramai tidak tahu, pada usia remaja juga, Faralyna Idris sudah memikul tanggung-jawab berat menyara keluarganya.

Kata Faralyna yang lebih mesra disapa Fa dan dikenali melalui drama bersiri Asmara, Kali Kedua dan Dingin Lagenda, selepas ibunya meninggal dunia, empat tahun lalu, dialah kini menjadi harapan keluarganya.

"Ayah saya pula sudah berusia 67 tahun, uzur dan tidak mampu untuk bekerja lagi. Maklumlah, abang saya sudah berkeluarga dan ada tanggungannya sendiri.

"Sekarang, sayalah yang menyara ayah dan adik yang baru lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Saya perlu membiayai pengajiannya kalau dia ingin masuk universiti nanti.

"Kalau sebulan saya tak ada tawaran berlakon, maka sebulan jugalah saya terpaksa 'ikat perut'. Takkanlah saya sanggup nak melihat ayah dan adik pula berlapar di rumah," katanya.

Bagi Faralyna, usia muda juga adalah masa untuknya bekerja keras dan membina nama dalam bidang seni.

"Saya berlakon bukan untuk main-main atau mengejar glamor sebaliknya bidang seni adalah

periuk nasi untuk menyara keluarga. Pada masa sama, saya tidak kejar populariti kerana percaya perjalanan karier seni saya masih terlalu jauh lagi," katanya.    
Justeru kata Faralyna, dia tidak kisah andai orang berkata dia tidak popular seperti mana rakan seperjuangan lain.

"Apa yang penting, sejauh mana bakat saya dalam lakonan kerana tidak mahu dilabel sebagai artis majalah. Saya akur semuanya bergantung pada rezeki.
Setiap pelakon ada cara mereka sendiri dan saya pula masih belajar ilmu lakonan," katanya.

Faralyna akui terhutang budi dengan ibu kepada bintang muda Diana Danielle iaitu Mama Norsiah.

 

"Saya memang berkawan rapat dengan Diana dan ibunya sejak dulu. Mama Di yang mencadangkan kepada saya untuk menceburi bidang lakonan apabila ibu saya meninggal dunia.

"Ketika itu Diana juga mula berjinak-jinak dalam bidang komersial dan lakonan.
Alhamdulillah, sudah empat tahun saya terbabit dalam bidang lakonan dan tawaran berlakon tidak pernah putus," katanya.

Sesi fotografi dengan Faralyna hari itu diatur 'publisist' popular, Bill Bora bertempat di Rafflesia The Pearl Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
 

Faralyna yang muncul tepat pada waktunya dengan wajah yang sudah siap disolek dan rambut yang didandan kemas memberitahu dia baru selesai penggambaran drama bersiri 13 episod, Prosa Cinta Embun yang berlangsung selama sebulan di Kuching, Sarawak. Ia juga diterajui tiga lagi watak utamanya yang juga bakat baru termasuk Nat Zainat.

"Saya bawa watak gadis lasak, Elly yang kasar. Memang sukar bawa watak Elly tapi selepas bimbingan pengarah, barulah saya dapat menjiwai dengan sebaik mungkin," katanya yang turut berlakon dalam drama Durja Ningsun.

Ditanya watak diimpikan selepas ini, Faralyna yang mengagumi Ellie Suriaty juga menanti watak antagonis yang lebih mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Kalau penonton perasan, saya sering diberikan watak gadis baik dan pelajar kolej. Sampai masanya saya bawa watak jahat seperti dalam filem KL Gangster sebagai kelainan.

"Saya juga ingin perbaiki prestasi sedia ada. Kalau pelakon lain beri 100 peratus, saya akan beri 200 peratus komitmen pada watak diserahkan.

"Selain mahu bekerja dengan pelakon hebat seperti Eja, Vanidah Imran dan Maya Karin, saya juga ingin menimba ilmu dengan pengarah yang hebat juga seperti Ellie," katanya.

Selain itu, Faralyna bakal terbabit dalam slot seram Amukan Pucong untuk TV3. Tidak ketinggalan, dia bakal terbabit dengan dua projek telemovie di Paris, tahun ini.


Info : Hmetro Online

ZoOM : Tahniah dik, semoga usaha yang keras akan membawa kejayaan, jika Fara berniat ingin membantu keluarga teruskanlah, namun dalam dunia hiburan ini ZoOM walaupun tidak terlibat secara langsung tetapi dalam beberapa tahun ramai artis perempuan kecundang dek kerana godaan "Glamour dan kekayaan". Semoga niat murni dan ikhlas anda akan dibalas dengan kejayaan.Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video Pengakuan Mak Berzina Dengan Anak Sendiri

Posted: 06 Feb 2012 08:48 PM PST

Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang sampaikan anak dan mak berkahwin dan ia sudah pasti melanggar peraturan kita sebagai umatnya dan dilarang dalam mana-mana agama sekali pun .


Berikut saksikan video pengakuan pasangan sudah pasti mengemparkan ini :



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Gambar Pertunangan Leuniey atau Nur Eilunie Natasha Dengan Hisham Bekas Tunang Beliau

Posted: 06 Feb 2012 08:31 PM PST

Inilah gambar pertunangan gadis bernama Leuniey dan bekas tunang beliau bernama Hisham yang telah berakhir kerana sesuatu yang menjadi rahsia diantara mereka. Namun apa yang ingin ZoOM katakan sekali lagi Jodoh dan pertemua sudah ditentukan olehnya. Dan berikut beberapa gambar pertunangan pasangan ini yang hancur berkecai ditengah jalan untuk tatapan anda semua di ZoOMartis.

Lagi Gambar di bawah 

















Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Nur Eilunie Natasha atau Leuniey Menafikan Apek Punca Beliau Putus Tunang

Posted: 06 Feb 2012 08:12 PM PST

KOTA BHARU - Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, yang sebelum ini didakwa ada hubungan dengan Khairul Fatmi Che Mat, menafikan pertunganannya terputus bulan lalu kerana penjaga gol kebangsaan itu.

Sebaliknya, Leuniey, 21, berkata, pertunangannya dengan pasangannya, yang juga anak usahawan terkenal di Kelantan, terputus kerana tidak ada persefahaman dan masalah peribadi.
"Saya terima ini sebagai satu dugaan, mungkin telah tersurat jodoh kami telah tiada. Perkara ini telah diselesaikan dengan baik dan keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga bekas tunang saya itu. 
"Kedua-dua pihak menerima keputusan ini dengan sebaiknya. Saya ingin tegaskan perkara ini tidak ada kena-mengena dengan Apex," katanya pada sidang media di butik pengantin milikibunya di sini, semalam.
 

Menurutnya, hanya rakan terdekat dan keluarga yang tahu mengenai kisah putus tunang antara dia dan pasangan, dan isu mengaitkan Apex amat memeranjatkan dia dan keluarga.

"Saya agak terkilan dengan isu yang ditimbulkan ini, apa yang disebarkan tidak benar, dan saya minta pihak yang menyebarkan berita mengatakan saya pernah keluar bersama Apex tampil menunjukkan bukti," katanya.

Dia yang bertunang pada 16 Disember lalu dan terputus sebulan kemudian berharap, penjelasannya akan menamatkan isu berkenaan dan tidak ada lagi dakwaan yang mengaitkan Apex dengannya.
 

Leuniey juga menolak dakwaan bahawa dia menjadi punca tercetusnya masalah dalam perhubungan Apex dan Dahlia.
 

"Saya menolak seratus peratus. Apa yang terjadi pada hubungan Apex sebelum ini, ia tidak ada kena-mengena dengan saya, malah kes putus tunang Apex juga tidak ada kaitan dengan saya," katanya, yang turut mengakui tidak meminati sukan bola sepak termasuk pemain kebangsaan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan Apex yang kini berada di Bahrain menjadi punca keretakan
hubungan Leuniey dan pasangannya.

Susulan itu, ayah Apex, Che Mat Hussin melahirkan kekecewaan dengan tuduhan terbaru terhadap anaknya itu dan tidak menolak kemungkinan untuk mengupah pengawal keselamatan untuk mengawasinya, yang dikatakan berada dalam situasi terancam.

Info : Sinar Harian Online


ZOoM : Huh...panjang ceritanya, tetapi gadis bernama Nur Eilunie atau Leuniey ini memang cantik dan comel. Sabar la yer dik, siapalah yang menabur fitnah sampai mengaitkan Apek atau Khairul Fahmi punca putus cinta...ZoOM fikir dah lama bertunang rupa-rupanya baru je (Dec 2011) ...tak pe dik jodoh pertemuan ditentukan olehnya. Insyallah ada hikmah disebalik kejadian ini.

Apa pula kata anda ? Jangan kutuk Malaysia tak layak tau...cite bab ni je :)



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!