Adsense

Selasa, 7 Februari 2012

borak kosong

borak kosong


Mary Carey lelong payudara

Posted: 07 Feb 2012 09:00 PM PST


LOS ANGELES - Ada banyak cara menggumpul dana. Tengok saja, Mary Carey (27), bintang porno yang namanya tersohor setelah sama-sama bertarung menjadi Gubernor California dengan Arnold Schwarzenegger dan juga kerana namanya yang dianggap meniru artis Mariah Carey itu. Demi mengumpulkan dana untuk penderita kanser, ia memilih melelong payudara implannya, yang baru  dua minggu lalu.


 Sebagai bukti kepemilikan atas payudara tersebut, Carey meletakkan tandatangannya di atas payudara implan berukuran 36-D itu. Sebagai penggantinya, Carey menggantikan payudara implannya dengan ukuran yang lebih besar, yakni 36-DDDs.


 "Ketika doktor bertanya kepada saya hendak diapakan payudara implannya itu, saya berkata saya akan menyimpannya dan mencuba menjualnya," kata Carey dalam sebuah wawancara dengan Reuters.


 Penderitaan yang pernah dirasakan sang nenek akibat kanker payudara, memberi inspirasinya untuk melakukan aksi lelangnya itu. Bekas implan payudaranya itu, kata Carey, telah diiklankan di eBay.




 Jika laku terjual, sembilan puluh peratus hasil penjualan akan disumbangkan kepada the Susan G. Komen Breast Cancer Foundation. Sisanya, akan ia gunakan untuk membiaya perawatan ibunya yang terjatuh dari tingkat empat hingga mengalami luka serius sejak beberapa waktu lalu.








sumber:

Pengantin becerai sebelum sanding

Posted: 07 Feb 2012 08:45 PM PST


Majlis persandingan sepasang pengantin baru di sebuah dewan kecoh apabila keluarga perempuan menolak hantaran pulut kuning yang di bawa rombongan pengantin lelaki.Akibatnya,pasangan yang baru diijabkabulkan itu tidak sempat menikmati malam pertama mereka kerana mengambil keputusan bercerai pada hari persandingan.
Ini semua terjadi kerana pihak pengantin lelaki melanggar perjanjian supaya tidak membawa pulut kuning sebagai hantaran yang di anggap khurafat oleh pihak keluarga perempuan.Pihak lelaki pula mengatakan bahawa itu tradisi turun temurun keluarga mereka.Akibat hendak menjaga maruah kelurga pengantin lelaki menceraikan isterinya tanpa sempat menaiki pelamin.

Wanita 'buat kejutan' ketuk kepala suami

Posted: 07 Feb 2012 08:30 PM PST


Seorang wanita di Salt Lake mengaku memukul kepala suaminya dengan tukul tiga tahun lalu selepas menutup mata dan menjanjikan satu 'kejutan'.Amy Teresa Ricks didakwa di makhamah dan memberitahu dia dan suaminya Joel Ricks keluar untuk temu janji tetapi dia membawa suaminya ke kondo ibunya.
Dia menutup mata suaminya dengan alasan ada 'kejutan' untuknya dan membawa suaminya ke tempat letak kereta.Dia meminta suaminya mengira hingga 100 lalu memukul kepala suaminya.Selepas beberapa kali pukulan Joe membuka mata dan cuba merampas tukul tetapi tidak berjaya kerana isterinya terus menyerang.

Suami biarkan anak isteri buka aurat

Posted: 07 Feb 2012 08:15 PM PST


Suami adalah pemimpin dalam keluarga.Suami mempunyai hak yang cukup besar untuk mentadbir rumahtangganya sendiri.Baik buruknya rumahtangga itu adalah datang dari keupayaan  suami memerintahnya.Sebagai ketua keluarga di dalam rumahtangga,segala prosuder dan perundangan terletak pada suami.
Bagi yang beragama Islam,seharusnya lah si suami memerintah keluarganya mengikut undang -undang Islam.Undang -undang yang telah termaktub sejak zaman Rasulullah lagi.Si suami hendaklah menetapkan perkara dasar kepada ahli keluarganya seperti memerintah isteri dan anak-anak perempuannya menutup aurat,mengajar solat kepada semua ahli keluarganya dan memberi makan yang secukupnya.Sekiranya si suami gagal untuk memerintah isteri dan anak-anaknya menutup aurat,maka kredibiliti si suami sebagai ketua keluarga cukup tergugat dan lemah.
Jadi sekiranya hal itu pun gagal dilaksana oleh suami maka kehidupan sehariannya di luar gagal,Bagaimana mungkin si suami boleh menjadi pemimpin  di luar sekiranya di dalam rumah tangga sendiri itu dia gagal.

Cincin Sangkut di Kemaluan Gara-gara Takut Dicuri

Posted: 07 Feb 2012 08:00 PM PST


Kerana takut cincinnya hilang dicuri, seorang laki-laki malah harus dilarikan ke rumah hospital. Cincin yang dipasangnya di kemaluan supaya lebih aman, malah tidak boleh dilepas dan harus dicongkel dengan peralatan medik.


 Ke yang terbilang unik ini menimpa seorang laki-laki paruh baya di  Hunan, China bahagian tengah. Bagaimana tidak unik, laki-laki malang yang tidak disebutkan namanya ini sempat dibantu pemadam kebakaran sebelum dirujuk ke hospital.


 Awalnya, laki-laki ini ingin mengamankan cincin berharganya saat menempuh perjalanan jauh pada perayaan Tahun Baru China yang lalu. Agar tidak dirompak atau dicuri orang, ia memasang cincin itu di kemaluannya yang mungkin ukurannya tidak lebih besar dari jari manis.


 Malangnya saat terjadi ereksi, cincin itu jadi tidak muat lagi dan malah terjebak di kemaluan. Darah yang memenuhi batang kemaluan tidak boleh mengalir ke tempat lain kerana pembuluh darahnya terhimpit cincin, sehingga cincin itu makin tidak boleh dilepas.


Petugas pemadam kebakaran Kota Changde yang menerima laporan itu langsung bergerak cepat. Dikutip dari Shanghaidaily, Selasa (7/2/2012), para petugas berusaha menolong laki-laki itu meski akhirnya menyerah kerana tidak ingin ambil risiko.


 Demi menyelamatkan alat vital dari kemungkinan cedera saat cincin itu dilepas, pemadam kebakaran merujuknya ke hospital. Namun penanganan di hospitaljuga sama brutalnya, yakni kemaluannya dicongkel dengan forceps hingga ada sedikit celah lalu cincin dipotong dengan playa.


 Tindakan yang dilakukan para doktor memakan waktu kurang lebih 1 jam dan akhirnya laki-laki itu bersyukur sebab kemaluannya boleh diselamatkan, meski harus merelakan cincinnya rosak kerana dipotong.


Kes cincin terjebak di kemaluan juga pernah terjadi di Queen Elizabeth Hospital, London. Ketika itu, hospital tersebut justru minta tolong petugas pemadam kebakaran kerana tidak sanggup melepas cincin dari kemaluan dengan memakai peralatan medis yang tersedia.


sumber

Melihat Rumah Avril Lavigne di Beverly Hills

Posted: 07 Feb 2012 07:45 PM PST

Baru-baru ini Avril Lavigne menjual rumah mewahnya ke bintang basketball Los Angeles Clippers seharga US$ 8,5 juta .

 Rumah yang dibeli pada tahun 2006 ini berlokasi di jalan Beverly Hills, rumah itu adalah milik Avril dan bekas suaminya Deryck Whibley.

 Avril Lavigne dan Deryck Whibley berpisah pada 2010 setelah empat tahun menikah. Meski sudah bercerai, keduanya masih berhubungan baik.

 Bahkan Deryck Whibley ikut terlibat dalam penggarapan album baru Avril, "Ia (Deryck) tetap menghormati saya. Ia adalah pemuzik yang sangat berbakat, keraa telah banyak memberi lagu dalam album terbaruku," ujar Avril Lavigne.

 Rumah mewah Avril Lavigne ini cukup luas dan dilengkapi berbagai fasiliti terbaik, seperti lapan tempat tidur, bilik tidur utama (dilengkapi dapur, perapian, teras, dan bilik mandi ganda), sepuluh bilik mandi, dua pejabat  peribadi, garaj berkapasitas sepuluh kereta wine cellar, tempat gym yang besar dengan bak mandi dan tempat sauna, binatu dan halaman peribadi yang mewah.

 Berikut ini video suasana kenyamanan dan kemewahan rumah Avril Lavigne di Beverly Hills


Pakai Topeng Obama, Lelaki Ini Rompak Restoran

Posted: 07 Feb 2012 07:30 PM PST


FLORIDA - Entah kerana kagum atau justru sebaliknya, seorang lelaki memilih untuk mengenakan topeng Presiden Barack Obama dalam menjalankan aksi perompakan.

Polis Florida mengatakan, saat ini pihaknya tengah bekerja keras untuk memburu seorang perompak yang mengenakan topeng unik itu ketika merompak sebuah restoran cepat saji di Broadway, Amerika Syarikat.

"Kami sedang melakukan penyelidikan terhadap seorang lelaki yang mengenakan topeng Presiden Obama saat tengah merompak restoran cepat saji McDonald," ujar polis setempat seperti dikutip upi.com Selasa, (7/2/2012).

Lelaki yang mengenakan topeng Obama itu masuk kedalam restoran cepat saji McDonald dan memaksa manager untuk membuka  almari  penyimpanan wang dan meletakkanya ke dalam beg kain yang dibawanya.

Takut aksinya itu dilaporkan ke polisi, lelaki itu pun sempat menodongkan senjata ke arah pekerja restoran lainnya.

Aksi lelaki yang sempat tertangkap CCTV itu memiliki tinggi 182 cm dan berat tubuh 77 kg. Dengan senjata ditangannya, lelaki  itu dapat dengan mudah membawa lari wang sebesar USD1000 .

Wow..dapat lebih 1 juta komen di Facebook

Posted: 07 Feb 2012 07:15 PM PST




INILAH.COM, Washington – Wanita inisangat mendedikasikan dirinya untuk memecahkan rekod dunia ini. Cathy Mattews bersama 106 orang lainnya akan bersaing.


Dalam upayanya memecahkan rekod Guinness World Record (GWR), wanita ini mengunggah 1.001.291 komen pada satu posting Facebook. Matthews dan teman-temannya telah mengajukan posting ke GWR dan kini sedang menunggu khabar dari lembaga rekod dunia itu.


Posting asli wanita ini yang dipostkan pada 30 Oktober 2011 itu terus dibanjiri kome setelah ia mengajukannya ke GWR. Terdapat 100 orang yang mengikutinya, tiap orang mengirim komen pad posting itu dengan rata-rata komen 9.300 kali.


Rekor komen terbanyak saat ini hanya memiliki 529.335 komen yang dipegang Roberto Esposito pada 29 Jun 2011. Demikian seperti dikutip HuffPost.

Latihan Para Ninja Wanita di Iran [Video]

Posted: 07 Feb 2012 07:00 PM PST

Seni beladiri ninjutsu, meskipun hebat, bukan termasuk beladiri yang secara umum dipelajari. Bahkan di negara asalnya sendiri, orang Jepun lebih memilih mempelajari karate atau judo. Tapi kita tak perlu khuatir ninjutsu bakal punah, kerana setidaknya sudah ada 24.000 ninja dan calon ninja di Iran.



Sekolah ninjutsu di Iran pertama kali dibuka oleh Sensei Akbar Faraji pada tahun 1989. Menurut sang Sensei, hingga detik ini sudah ada sekitar 24.000 murid ninja dan kunoichi (ninja wanita) yang berlatih di sekolah miliknya tersebut.  Dan jumlah ini terus meningkat pelan namun pasti.
Iran memang terkenal kerana memiliki beberapa wanita muslim yang tangguh. Tahun 2005 lalu, dua wanita Iran berhasil menjadi wanita muslim pertama yang berhasil menaklukan puncak gunung Everest. Wanita-wanita muslim Iran lainnya juga memiliki prestasi bagus di berbagai gelanggang olahraga, seperti bolasepak dan rugby.

Seakan sebiji bola ping pong

Posted: 07 Feb 2012 06:45 PM PST

TUNJANG - Pasangan suami isteri dari Kampung Teluk Keluang di sini bimbang dengan bonjol di belakang kepala anak bongsu mereka, Muhammad Aidil Afifi Othman yang dipercayai mempunyai kandungan air dalam otak sejak dilahirkan.

Keadaan bonjolan di kepala bayi berusia enam bulan itu semakin hari semakin membesar seakan-akan sebiji bola ping pong.

Ibunya, Norain Ridzuan, 25, berkata, pada mulanya mereka tidak menyedari mengenai bonjolan itu namun selepas seminggu kepala anaknya itu mula membengkak.

Menurutnya, mereka segera membawa Muhammad Aidil Afifi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan selepas pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kandungan air dalam otak anaknya itu.

"Bagaimanapun doktor tidak boleh berbuat apa-apa kepada Muhammad Aidil Afifi memandangkan usianya yang masih kecil dan ia perlu menunggu kira-kira setahun lagi untuk mengambil keputusan sama ada ia perlu dibedah atau sebaliknya.

"Kini setiap bulan kami terpaksa berulang-alik ke HSB bagi menjalani pemeriksaan untuk melihat perkembangannya kerana doktor juga masih belum pasti sama ada ia benar-benar kandungan air atau nanah,"katanya.

Bapanya, Othman Ahmad,32, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di sini berkata, selain itu doktor memberitahu lekuk yang terdapat di pipi bersebelahan telinga kanan anaknya itu juga berkemungkinan memberi kesan kepada buah pinggang bayinya itu.

Menurutnya, mereka semakin bimbang dengan keadaan bayi mereka yang sering kali menangis kerana bonjolan belakang kepala itu bukan sahaja lembik namun menyukarkan anaknya itu untuk tidur.

"Buat masa ini kami memberikannya ubat untuk saraf otak yang dibeli di farmasi selain mendapatkan khidmat rawatan tradisional namun setakat ini tiada lagi perkembangan positif mengenai keadaan kepala anak saya itu," katanya.

Othman berkata, pada masa sama dia berhasrat memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memandangkan pendapatannya antara RM500 hingga RM550 sebulan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan ubat-ubatan untuk anaknya itu.

Sementara itu, Pegawai JKM Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu dan permohonan bantuan akan dipertimbangkan sekiranya layak.



sumber : sinar harian

Jururawat dapat kembar empat

Posted: 07 Feb 2012 06:30 PM PST


MUAR - Penantian sepasang suami isteri untuk menimbang cahaya mata sejak tiga tahun lalu berbaloi apabila mereka tanpa dijangka dikurniakan bayi kembar empat.
Norbazilah Amin, 27, dan suami, Mohd. Sazalee Mohd. Hilal, 35, mendapat kembar empat tidak seiras itu yang dilahirkan pada 14 Oktober tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Bayi kembar empat itu terdiri daripada tiga perempuan iaitu Sherlea, Seliesha, Shazrica dan seorang lelaki Shazrick, yang semuanya dilahirkan tidak cukup bulan.
Menceritakan pengalaman mengandung dan melahirkan keempat-empat bayinya, Norbazilah yang bekerja sebagai jururawat di PPUM berkata, dia terpaksa mengambil cuti setahun sepanjang tempoh itu.
"Ia berikutan keadaan kesihatan saya yang tidak menentu dan dalam tempoh itu saya terpaksa berulang-alik ke PPUM serta mendapat pengawasan rapi daripada doktor.
"Saya juga tidak boleh makan dan hanya boleh minum untuk mengalas perut yang lapar, akhirnya saya bersalin menerusi pembedahan pada usia kandungan mencecah tujuh bulan empat hari," katanya ketika ditemui pada majlis cukur jambul bayi kembar itu di rumah ibu bapanya di Taman Sri Mas di sini semalam.
Norbazilah yang tinggal di Petaling Jaya berkata, kesukaran itu bermula pada minggu ke-10 kehamilan sehingga saat untuk bersalin dan selepas itu melalui pula pengalaman baru menguruskan empat bayi sekali gus.
"Pada mulanya saya agak kelam kabut kerana anak-anak saya akan terjaga bergilir-gilir selang 10 minit setiap seorang untuk minum susu," katanya.
Mereka memperoleh bayi kembar empat itu selepas menjalani rawatan permanian berhadas (IUI) di PPUM selepas tiga tahun tidak dikurniakan cahaya mata.
Katanya, doktor sebelum itu memberitahu potensi untuk hamil melalui IUI hanya 10 peratus tetapi amat terkejut apabila dia dimaklumkan mengandung bayi kembar empat.
sumber : kosmo online

Nora Danish simpati nasib Apek

Posted: 07 Feb 2012 06:15 PM PST


KUALA LUMPUR - Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.
Nora ketika dihubungi Kosmo! semalam juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.
"Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.
"Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia," katanya ketika dihubungi Kosmo!semalam.
Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.
Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.
"Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus," ujarnya.
sumber : kosmo online

Pawang minum darah ayam jantan

Posted: 07 Feb 2012 06:00 PM PST


JAKARTA - Seorang pawang tempatan bernama Rusdi Jam Toni dari Sambas menghirup darah seekor ayam jantan semasa festival Cap Goh Meh di sini kelmarin.
Seorang lagi pawang yang dikenali sebagai Fasidami menyemburkan darah ayam jantan selepas dia menghirupnya daripada haiwan itu.
Cap Goh Meh merupakan hari penutup sambutan Tahun Baru Cina. - AFP
sumber : kosmo online

Ayah pilu tergilis anak bongsu

Posted: 07 Feb 2012 05:45 PM PST


KUALA LIPIS: "Maafkan ayah nak... ayah tak sengaja," hanya itu yang mampu diluahkan Jais Selamad, 45, selepas terlanggar anak bongsunya menyebabkan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Kejadian berlaku ketika Jais mengundurkan pacuan empat roda miliknya di rumahnya di Kampung Dusun, dekat sini, jam 6.05 petang kelmarin, tanpa menyedari mangsa, Nurfazliyana berada di belakang kenderaan itu. Mengimbas detik menyedihkan itu, Jais berkata, sebelum kejadian dia bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, serta empat anak mereka termasuk Allahyarham Nurfazliyana menikmati juadah bubur sebagai hidangan minum petang.

"Selepas selesai, saya memaklumkan isteri mahu ke kebun. Selepas menghidupkan enjin pacuan empat roda di depan rumah, saya mengundurkan kenderaan itu.


"Tiba-tiba saya terasa seperti melanggar sesuatu dan belum pun sempat berbuat apa-apa, isteri menjerit memberitahu saya terlanggar anak di belakang kenderaan," katanya.

Jais berkata, dia segera keluar dan memeriksa bawah kenderaannya dan ketika itu sukar digambarkan kesedihan apabila melihat mangsa terbaring tidak sedarkan diri."Hanya Allah yang tahu perasaan saya, sedihnya sukar untuk diceritakan. Saya segera memangkunya di riba saya dan ketika itu kepalanya berlumuran darah.


"Selepas saya periksa, sah dia meninggal dunia. Saya rasa sangat bersalah, tapi apa yang saya mampu katakan kerana saya tak sengaja dan tak akan maafkan diri atas apa yang berlaku," katanya.




Jais membawa mayat anaknya itu ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum membuat laporan polis dan jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Dusun, jam 11 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, polis mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



sumber : myMetro

Terdesak demi anak dalam perut

Posted: 07 Feb 2012 05:30 PM PST


SEGAMAT: Akibat terdesak membesarkan dua anak dan bakal melahirkan anak ketiga selepas ditinggalkan suami beberapa bulan lalu, seorang wanita bertindak nekad melarikan beberapa keperluan bayi, kanak-kanak dan barang dapur bernilai RM855 dari sebuah pasar raya besar di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, wanita berusia 37 tahun itu hampir berjaya meloloskan diri dan menuju ke tempat letak motosikal dengan troli penuh barangan berkenaan, namun tindakannya disedari kakitangan pasar raya berkenaan sebelum ditahan pengawal keselamatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail, (gambar), berkata kejadian berlaku di sebuah pasar raya besar di Jalan Syed Abdul Kadir di sini, apabila seorang pekerja menjual peralatan hiasan diri memberitahu pengawal keselamatan dia melihat seorang wanita sarat mengandung menolak troli penuh pelbagai keperluan harian tanpa membayar di kaunter dan menuju ke parkir di luar bangunan. "Pengawal keselamatan bertugas bergegas ke kawasan parkir dan melihat wanita itu menolak troli sejauh kira-kira 50 meter dari bangunan dan menghala di tempat letak motosikal berhampiran sebuah hotel.


"Bagaimanapun, wanita itu sedar dia diekori sebelum menukar arah ke parkir kereta di kawasan berhampiran sebelum ditahan anggota pengawal keselamatan terbabit.

"Apabila ditanya, wanita itu pada mulanya memberitahu barang di dalam troli itu bukan miliknya bagaimanapun, apabila diberitahu pasar raya diawasi kamera litar tertutup (CCTV), barulah wanita itu akur.


"Wanita itu kemudian memberi kerjasama dan mengikut pengawal keselamatan berkenaan ke pejabat pasar raya itu untuk memberi keterangan," katanya.




Menurutnya, hasil soal siasat akhirnya wanita berkenaan mengaku mengambil 58 pelbagai barangan keperluan harian seperti ikan bilis, minyak masak, tepung gandum, kacang, garam halus, ubat gigi, bawang, telur dan kayu manis.

Selain itu, katanya, wanita berkenaan mengaku mengambil keperluan bayi seperti mandian bayi, syampu, lampin, bedak dan tuala wanita dewasa dengan jumlah keseluruhan RM855.


"Wanita itu mendakwa terpaksa berbuat demikian kerana terdesak dan terpaksa menanggung beban menyara dua anaknya yang masih kecil selepas ditinggalkan suami beberapa bulan lalu.

"Dia mengakui tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pada masa sama, perlu membayar sewa rumah di Bandar Putra Segamat.


"Pengurusan pasar raya itu kemudian menghubungi polis dan kami menahan wanita berkenaan untuk mengambil keterangannya sebelum dibebaskan atas jaminan polis.


"Kes akan diteruskan selepas wanita berkenaan melahirkan bayinya dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.



sumber : myMetro

Profesor auta

Posted: 07 Feb 2012 05:15 PM PST


KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberapa pengusaha produk kosmetik untuk mendapatkan keuntungan.
Selain mendakwa dia saintis berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lelaki itu juga memberitahu di dalam tubuhnya tertanam cip khas menyebabkan dia sentiasa menjadi buruan banyak pihak yang ingin menggunakan kepakarannya.
Berbekalkan semua dakwaan palsu itu, lelaki terbabit yang berusia 60 tahun meyakinkan mangsa untuk membeli secara pukal produk kosmetik yang kononnya dihasilkan daripada formula istimewa ciptaannya.

Akibatnya, seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, dia kerugian RM300,000 selepas bersetuju membeli produk daripada lelaki terbabit yang mereka gelar Profesor B.



Menurutnya, lebih mengejutkan, selepas aduan polis dibuat, Profesor B disahkan memiliki rekod jenayah dan namanya berada dalam senarai individu dikehendaki kerana terbabit kes tipu.


sumber : myMetro

Isteri lari ikut pengkid

Posted: 07 Feb 2012 05:00 PM PST


PORT DICKSON: Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesap dari rumah keluarganya di bandar ini dipercayai dilarikan kekasihnya, seorang pengkid sejak lebih empat bulan lalu.
Badariah Abd Karim, 29, yang baru dua minggu bergelar isteri dikatakan gagal dikesan hingga kini selepas dikatakan keluar bertemu rakan di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 6 Oktober tahun lalu.


Suami wanita terbabit, Mohd Izhammuddin Alias, 29, berkata, isteri yang baru dikahwininya selepas berkenalan setahun lalu mula berubah sikap selepas menerima panggilan telefon daripada pengkid berkenaan yang juga anggota pasukan keselamatan bertugas di ibu negara.

"Selepas tiga hari bersanding di rumah keluarga saya pada September lalu, isteri menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang mahu menemuinya di Stesen KL Sentral. Saya tidak membenarkannya dan memberitahunya jika mahu berjumpa, biar saya hantarkan.



"Isteri bersetuju sebelum saya menghantarnya ke KL Sentral untuk menemui rakannya itu. Pada hari kejadian, isteri meminta saya menunggu sebentar dalam kereta manakala dia keluar menemui seseorang di seberang jalan di situ," katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Taman Setia, Pasir Panjang, di sini, semalam




sumber : myMetro

Wanita diserang anak tiri

Posted: 07 Feb 2012 04:45 PM PST


GOMBAK: Tragedi di pagi Thaipusam. Itu dilalui seorang wanita apabila diserang anak tiri bersama rakannya di Batu Caves, kelmarin gara-gara berang selepas wanita itu mengahwini lelaki lain kerana beranggapan mangsa mengkhianati cinta bapanya yang meninggal dunia, lima tahun lalu.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, wanita terbabit yang berusia 33 tahun baru bangun dari tidur dan ingin bersiap ke kuil untuk menyambut Thaipusam apabila tiba-tiba anak tirinya berusia 20-an bersama rakan dan saudaranya datang memarahi mangsa.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya meminta anak tirinya itu bertenang dan meminta penjelasan namun tidak diendahkan sebaliknya dihamburkan kata-kata kesat.


"Tidak cukup dengan itu, mangsa ditumbuk beberapa kali di muka hingga hidungnya berdarah.

"Terkejut dengan tindakan anak tirinya itu, mangsa cuba masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan diri namun gagal sebaliknya dikepung rakan anak tirinya itu," katanya.


Sumber berkata, mangsa merayu supaya dilepaskan dan memaklumkan jika ada perkara yang tidak disenanginya, mereka boleh berbincang tambahan pula akan menyambut Thaipusam.




"Namun, rayuan itu langsung tidak dipedulikan sebaliknya anak tiri mangsa terus menampar muka dan menarik rambut mangsa sebelum menendangnya beberapa kali.

"Ketika kejadian, rakan mangsa yang kebetulan turut bersiap untuk di kuil datang membantu namun dia pula menjadi sasaran apabila diugut dicederakan jika mencampuri urusan keluarga mereka," katanya.


Menurutnya, selepas hampir 10 minit, mereka semua beredar dan meninggalkan mangsa yang cedera di muka dan badan sebelum dibantu rakan ke klinik untuk menerima rawatan.

"Bimbang dengan keselamatan diri selepas melihat sikap panas baran anak tirinya yang tidak dapat menerima hakikat perkahwinan barunya itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Selayang.


"Difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku sebaliknya sebelum ini anak tirinya beberapa kali mengganggunya dengan menuduhnya melupai bapanya sehingga sanggup menikahi lelaki lain," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan kejadian.



sumber : myMetro

‘Semua itu fitnah’,Rozita Che Wan

Posted: 07 Feb 2012 04:30 PM PST


PERAI: Pelakon Rozita Che Wan kesal apabila ada pihak cuba mengaibkannya apabila mendakwa dia merancang melancong ke Eropah bersama teman lelaki.
Malah, dakwaan disiarkan beberapa blog itu membuatkannya menjadi lebih tidak selesa apabila menuduh dia sengaja tidak membawa dua anak lelakinya semata-mata mahu meluangkan masa bersama pasangannya itu. 
"Sampai begitu sekali fitnah dilemparkan kepada saya. Semua itu tidak benar sama sekali dan saya tidak tahu apa tujuan sebenar tuduhan sebegitu dibuat kepada saya.

"Tidak terfikir pun saya untuk berbuat demikian, terutama meninggalkan anak semata-mata mahu bersama lelaki lain. Anak menjadi keutamaan saya," katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi melalui Blackberry Messenger (BBM), semalam.



Bagaimanapun, pelakon jelita itu mengaku dia memang merancang bercuti ke luar negara tidak lama lagi, terutama sekitar Eropah termasuk Monte Carlo, Monaco, Florence, Nice, Milan dan Switzerland.


sumber : myMetro

Benarkah Highland Tower Berhantu?

Posted: 07 Feb 2012 04:15 PM PST


Tragedi runtuhnya 2 dari empat blok pangsapuri kondominium Highland Tower menjadi kenagan pahit yang mungkin tidak akan dilupakan.Semenjak kejadian itu banyak kejadian -kejadian aneh di laporkan disitu seperti mendengar raungan,terjumpa orang-orang yang tiada kepala,tangan,mahupun kaki dan pelbagai cerita seram yang diceritakan oleh pemandu teksi serta mereka yang biasa melewati kawasan itu selepas tengah malam
Ada pemandu teksi yang disuruh oleh penumpang wanita untuk dihantar ke kawasan berkenaan,kemudian hilang bila sampai ke tempat tujuan.Namun sejauh mana dakwaan itu tiada siapa yang dapat mengesahkan dan yang lebih menyedihkan ada yang sanggup menjadiakan salah satu bangunan itu sebagai tempat maksiat dan tempat penagihan.

Mahu Lihat 'Burungku'? Bayar dulu £ 5

Posted: 07 Feb 2012 04:00 PM PST

Ratusan orang sudah berbaris sejak pukul 06:30 pagi di depan sebuah rumah yang berlokasi di Chipping Norton, Oxfordshire - England. Mereka semua berbaris untuk melihat 'burung' si pemilik rumah, Steve Akers (56 th)

Tulisan ini mengundang para pengamat burung langka yang bersenjatakan kamera terkini untuk datang dan mengambil gambar 'burung' yang kebetulan ada di belakang rumah Steve.


Mahu Lihat 'Burungku'? Bayar dulu £ 5

Burung apa yang ditawarkan untuk dilihat?

Adalah jenis burung 'oriental turtle dove' yang biasanya banyak ditemukan di daerah Russia dan Siberia. Ini merupakan yang kedua kalinya di mana jenis burung  ini muncul di England.



Setelah membayar £ 5 per orang, setiap kelompok kecil 10 orang dipersilakan masuk ke dapur dan  hanya 5 minit saja diberikan untuk mengambil gambar burung ini.

"Ini suatu pengalaman sekali untuk seumur hidup saya," kata Steve, yang merencanakan untuk menyumbangkan semua hasil dari tiket masuk ini ke yayasan perlindungan burung RSPB (Royal Society of Protection of Birds).

"Ketika (Sabtu 12Feb) itu kami sekeluarga sedang menikmati sarapan sekeluarga di belakang rumah," ayah kepada dua anak ini bercerita. "Tiba-tiba datang seekor burung bermata merah dan memakan sisa roti di bawah meja. Saya langsung menelpon RSPB."


Burung Oriental Turtle Dove, juga dikenal sebagai Rufous Turtle Dove, ini  sering ditemukan di negara-negara seperti Russia, Siberia dan Afghanistan. Di musim dingin burung-burung bermigrasi menyeberang ke Pakistan dan India, Asia Tenggara dan Jepun di bahagian selatan.

Peluklah setiap hari..

Posted: 07 Feb 2012 03:45 PM PST


Berikan anak anda pelukan setiap hari.Ada kajian yang menunjukkan anak yang di peluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
Apabila dipeluk setiap hari terutamanya seorang ibu,anak tahu kita sayang dia.Dia akan tahu kita menjadi penyokong paling kuat.Anak akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya.Emosinya akan terbela.

sumber : Pa&ma

Kisah Beruang (Mencari Sahabat Sejati)

Posted: 07 Feb 2012 03:30 PM PST


Dua orang sahabat memasuki sebuah hutan untuk berkhemah.Tanpa mereka sedari,tiba-tiba seekor beruang keluar daiprada belukar di hadapan mereka.Reaksi keduanya amat berbeza.
Lantaran ketakutan seorang melarikan diri dengan segera memanjat pokok tanpa mempedulikan nasib sahabatnya yang seorang lagi.Yang seorang berasa ditinggalkan dan terpaksa menghadapi haiwan buas itu seorang diri tanpa senjata.Apa yang dilakukannya? Ia menjatuhkan dirinya diatas tanah dengan menahan nafas berpura-pura mati.Kononnya beruang tidak tertarik pada orang yang sudah mati.Setelah si beruang menghidu kepala ,telinga,hidung dan dadanya ,beruang itu terus pergi menyangka dia sudah mati.
Ketika haiwan tersebut hilang dari pandangan sahabat yang bersembunyi di atas pokok turun dan mendekati rakannya yang masih tergolek di bawah.Dia bertanya apa yang dikatakan beruang kepadanya dan kenapa haiawan itu pergi?
"Dari atas tadi aku lihat beruang itu membisikkan sesuatu ke telingamu cukup lama."tanya sahabatnya.
"Oh itu tidak penting.Ia hanya membisikkan kepada ku agar berhati-hati memilih teman.Beruang itu mersa hairan kenapa aku mempunyai sahabat yang meninggalkan aku sendirian ketika mendapat kesusahan."jawabnya.

p/s Anda termasuk dalam golongan yang mana?Sipura-pura mati atau si pemanjat pokok?

Cemburu baik atau tidak ?

Posted: 07 Feb 2012 03:15 PM PST


CEMBURU ? Ada cemburu yang mendatangkan kebaikan dan ada cemburu yang mendatangkan keburukkan.Jadi kita seharusnya pandai untuk mengawal perasaan cemburu.
Sekiranya kita cemburu dengan kejayaan orang lain dan kita berusaha untuk sampai kejayaan seperti orang yang kita cemburukan itu dengan menggunakan cara yang betul,cemburu itu bagus kerana membawa kita  ke arah kebaikan buat diri kita.Menjadikan kita lebih kuat berusaha untuk mencapai kejayaan.
Tetapi  sekiranya cemburu pada seseorang dengan kelebihan yang mereka ada atau dengan apa yang mereka ada,seterusnya bertindak menzaliminya,itu dikira sebagai cemburu yang tidak baik dan mendatangkan keburukan.

Kisah Haiwan

Posted: 07 Feb 2012 03:00 PM PST


Pada suatu hari, ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik -manik yang berkilauan pada sertiap helaian bulunya.Tajinya diasah hingga berkilauan dan berjalanlah dia ke kediaman kambing.Tiba di kediaman kambing,ayam pun menyapa sahabatnya itu 

Ayam : Kambing ,pekabo?

Kambing : Baik.WaH !Ayam bukan main lagikau.Kau nak ke mana hensem -hensem ni ?

Ayam : Tak de kemana,Sesajalah nak tengok reaksi kau.

Kambing : Tapi kan  ayam ,macammana pun kau berhias,ko jalan tetap kaki ayam,kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye..kau pun ape kurangnya.....

Kambing : Pe pasal lak..?

Ayam : Nampak macam alim,Bela janggut....Tapi telur nampak...