Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tutup buku lamaMENGIMBAS kembali beberapa bulan terkebelakang, kisah percintaan bekas juara Akademi Fantasia 7, Hafiz, dan salah seorang finalis Akademi Fantasia 8, Adira menyusup sayup perlahan ke telinga ramai. Sehingga sampai satu masa isu Hafiz bertumbuk dengan seorang pengkid kecoh disebut-sebut dan kemudiannya pasangan Hafiz dan Adira akhirnya berpisah. Timbul spekulasi ada individu ketiga dalam hubungan cinta Hafiz-Adira yang didakwa seorang pengkid sekali gus menjadikan punca perpisahan. Kesal dan terkilan dengan kisah yang dijaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, Adira menegaskan perkara itu merepek dan buang masa. "Rasanya isu ini nothing! Saya tak tahu orang dengki atau apa tapi setiap individu ada pendapat masing-masing. "Saya berkawan dengan semua orang dan bagi saya perkara utama adalah kita sendiri tahu batasan dalam berkawan. "Siapa yang cakap saya tak lurus itu melampau! Saya masih straight! (meminati kaum lelaki). Saya mahu lupakan perkara itu dan fokus kepada perjalanan karier saya yang masih jauh lagi," kata Adira ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Tambah Siti Adira Suhaimi, 21, hubungan antara dia, Hafiz dan pengkid yang bernama Zack itu sekarang kembali seperti sediakala. "Saya tak nak ungkit benda lepas, perkara itu pun sudah selesai. Pasal pergaduhan itu tiada kaitan dengan saya. Mungkin mereka ada perselisihan faham sesama mereka. "Buat masa sekarang tak ada masalah antara kami bertiga dan perkenalan saya dengan Zack cuma atas dasar kerja. "Lagipun dia floor manager kepada banyak program yang saya dan Hafiz sertai. Berjumpa pun cuma ketika di set. Adalah tidak adil untuk menghukum saya atas sebab yang tidak munasabah," tegas Adira yang mahu isu itu tidak dibicarakan lagi. Hafiz Baru dinobatkan sebagai juara untuk anugerah muzik yang paling berprestij negara, Anugerah Juara Lagu, Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 20, mungkin membuka peluang kedua untuk menyulam cinta kembali bersama Adira. Biar sebelum ini mereka menoktahkan perjalanan kasih dan sayang demi mengejar karier masing-masing, mungkin setelah kemenangan itu. Adira merasakan ada peluang yang lebih cerah untuk bersama. "Kalau nak cakap pasal peluang, ada jodoh, adalah. Banyak yang belum dicapai dan sejujurnya kami masih mahu berusaha dengan lebih keras. "Sebenarnya macam-macam boleh jadi, kalau ditakdirkan jodoh saya dengan orang lain, apa boleh buat?" ujarnya yang kini sudah mengenali keluarga masing-masing. Sepanjang mengenali Hafiz sebagai seorang kekasih lebih setengah tahun, Adira menyifatkan jejaka itu seorang yang sangat baik, saling bersefahaman dan bukan insan panas baran. Malah sehingga kini, Adira dan Hafiz masih berkawan cuma sedikit terbatas hanya atas dasar kerja. "Tak ada apa yang berubah, kami masih rapat dan kami berhubungan atas dasar kerja. Setakat ini semua berjalan dengan lancar," noktah diletakkan mengenai hubungan cintanya. Penangan Ombak Rindu Sebagaimana sambutan peminat terhadap keunggulan naskhah filem Ombak Rindu, begitu jua tempias yang terkena kepada pelantun lagu runut bunyi filem itu, Hafiz mahupun Adira sendiri.
"Ramai peminat saya apabila berjumpa panggil saya Adira Ombak Rindu, sama macam Hafiz. Kadangkala kalau jumpa di luar pun mereka suruh saya nyanyikan lagu itu," cerita gadis berketurunan Dusun itu. Baginya, kekuatan dan keunikan lagu Ombak Rindu yang membuai-buai seperti mana filemnya merupakan rezeki baginya. "Alhamdulillah, lagu Ombak Rindu merupakan rezeki bagi saya, apabila lagu itu keluar, ramai yang suka dan sering mendapat respons positif," katanya yang mula merakam lagu itu pada bulan Januari tahun lalu. Selesa digandingkan dengan Hafiz, Adira mengakui bekas kekasihnya itu seorang penghibur berbakat dan mempunyai teknik nyanyian serta penghayatan yang terbaik. Malah, Adira tidak menolak jika diberikan peluang untuk berduet sekali lagi. Sakura single ketiga Sakura, predikat yang amat sinonim dengan negara matahari terbit iaitu Jepun, begitu juga ciri-ciri utama dalam lagu ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Omar K itu. Single ketiga Adira selepas Ilusi dan Ku Ada Kamu benar-benar mencirikan gubahan muzik berasaskan petikan peralatan muzik Jepun, koto. "Lagu balada ini unik dari segi susunan muziknya. Berbeza daripada single pertama dan kedua, Sakura menceritakan sebuah kisah sedih mengenai seorang insan yang mendakwa kekasihnya yang sebenarnya mati itu curang kepadanya," singkap si gadis manis yang sekali sekala melatah apabila diusik itu. Sakura yang dikeluarkan pada bulan Januari lalu dihidangkan bersama klip videonya yang berpakaian kimono. Sementara itu, Adira juga kini sedang dalam proses mengumpul material untuk album pertamanya. Konsep album danjumlah lagu termuat masih dalam peringkat perbincangan. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Cabaran Chef Cilik VanidaOleh HARYATI KARIM BERGABUNG TENAGA. Dari kiri: Vanida Imran bersama Chef Andri Abdul Hadi (tengah) dan pakar nutrisi dari Danone Dumex (M) Sdn. Bhd. Nor Azah Mohd. Sidi menunjukkan jus buah-buahan yang menggunakan susu Dumex pada majlis pelancaran rancangan Chef Cilik di restoran The Bee, Solari Dutamas, Publica, Petaling Jaya pada minggu lalu. SELEPAS meninggalkan program Nona, aktres terkenal Vanida Imran kembali ke lapangan pengacaraan. Kali ini, Vanida menjadi pengacara untuk program masakan keluarga Dumex Chef Cilik Komplete Nutri yang akan mula bersiaran pada 13 Februari depan. Meskipun program Nona dan Chef Cilik merupakan program yang berbeza, namun menurut isteri kepada aktor Rashidi Ishak itu, kedua-dua program itu memberi satu pengalaman baharu kepadanya. "Saya sangat seronok mengacarakan program Chef Cilik, ia sangat berbeza dengan Nona kerana program ini melibatkan kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka. "Kalau untuk Nona saya kena kawal diri dan nada suara juga dijaga tetapi dalam program ini, adakalanya saya harus menjerit kerana ia sebuah pertandingan masakan," katanya yang memotong rambut sebaik sahaja menamatkan tugas bersama Nona. Vanida yang juga duta kepada produk Dumex memberitahu, cabaran utama yang harus ditanganinya dan juga pihak produksi adalah kanak-kanak. Katanya bukan mudah untuk mengawal kanak-kanak yang berusia enam hingga 11 tahun ketika rakaman program dijalankan selama dua minggu. "Biasalah kanak-kanak, mereka cepat bosan dan tidak boleh duduk diam. Sebab itu setiap kali rakaman, harus dilakukan dengan cepat jika tidak ada yang mata mula kuyu dan mula mengusik semua benda di sekeliling mereka. "Ada masanya saya layan dan marah mereka seperti anak sendiri untuk memastikan mereka kekalkan mood untuk memasak," balasnya. Uniknya ujar Vanida, daripada 27 pasukan yang berentap, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat adalah kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. "Siapa kata kanak-kanak lelaki tidak boleh memasak kerana kebanyakan mereka yang menyertai program ini adalah lelaki, saya sendiri terkejut," ungkapnya. Bercerita lanjut mengenai program Chef Cilik, Ketua Kandungan Jenama, Jualan Media Astro, Haris Ismail berkata, peserta program sebanyak 13 episod itu dipilih berdasarkan uji bakat yang dijalankan secara tertutup oleh pihak produksi. Apabila ditanya, mungkinkah program ini diwujudkan kerana populariti program Junior Masterchef yang turut ditayangkan di Astro, kata Haris, Chef Cilik merupakan program yang berbeza sama sekali. "Memang kedua-duanya program masakan tetapi, Chef Cilik menggabungkan tenaga, ibu, bapa atau abang bersama seorang kanak-kanak yang akan melalui cabaran menerusi empat segmen. "Malah, selain sebuah pertandingan masakan, program ini amat menitikberatkan kandungan nutrisi yang terkandung dalam masakan mereka, secara tidak langsung ia dapat mendidik ibu bapa di rumah untuk memasak secara sihat buat anak-anak mereka," ujar Haris. Masakan peserta akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada Chef Andri, pakar pemakanan Dumex, Nor'azah Mohd. Sidi dan tetamu selebriti seperti Dynas Mokhtar, Ako Mustapha dan Maria Farida. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM20,000, kedua RM 15,000, manakala tempat ketiga RM10,000. Program Chef Cilik akan bersiaran setiap Isnin, pada pukul 10 malam di Astro Ria. Full content generated by Get Full RSS. | ||
Posted: Anupama rugi RM1.7 jutaANUPAMA VERMA AKTRES Anupama Verma memberitahu dia kerugian sebanyak Rs17 lakh (RM1.7 juta) selepas duitnya dilesapkan oleh dua orang kakitangan bank ICICI di India. Bagaimanapun dua orang kakitangan tersebut kini telah diberkas polis. Menceritakan kejadian tersebut, Anupama memberitahu, selepas menyimpan wang di dalam akaunnya pada Jun tahun lalu, dia kemudian keluar dari India dan tidak pernah memeriksa akaunnya itu. Namun dia terkejut apabila menyedari duit simpananya sudah lesap selepas cek yang mahu diberikan kepada seseorang didapati adalah cek tendang. "Saya ada memberi cek dalam jumlah yang agak banyak kepada seseorang namun cek tersebut didapati cek tendang dan ia terjadi sebanyak dua kali. "Saya terkejut sebelum membuat laporan kepada pihak bank dan selepas disiasat, duit simpanan saya sudah kosong!,"ujarnya. Kes tersebut kini masih berjalan dan tindakan akan diambil oleh pihak polis terhadap dua kakitangan bank ICICI yang terlibat melesapkan kesemua duit simpanan aktres tersebut. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |