Adsense

Selasa, 7 Februari 2012

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Sari dan Muniff, teman tapi mesra

Posted:

Sari dan Muniff, teman tapi mesra

Sari dan Muniff, teman tapi mesra

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF



MEREKA tidak pernah bertemu, namun tetap mesra dek tuntutan kerja. Kemesraan yang terjalin antara pelakon Sari Yanti Mohamad Nazari, 28 dengan Muniff Md. Isa, 29, selari dengan jangka waktu penggambaran drama bersiri BFF...Teman Tapi Mesra.

Malah sewaktu sesi foto yang diadakan baru-baru ini, kemesraan antara mereka jelas kelihatan. Saling usik mengusik tapi tetap sopan.

Maklumlah sepanjang tempoh Sari dan Muniff membabitkan diri dalam bidang lakonan, mereka bersih daripada kontroversi berbanding artis lain.

Artis residen TV Alhijrah?

BAGI yang sering menonton saluran TV Alhijrah, pasti tidak lepas pandang kemunculan Muniff sebagai hos dalam program Ejen Halal dan Assalamualiakum, setiap Sabtu.

Program Ejen Halal yang dihos oleh Muniff sudah pun memasuki musim keempat dan sekarang ini dia sibuk dengan sebuah lagi program dokumentari terbitan stesen tv yang sama.

Kata Muniff, dia tidak terikat dengan mana-mana stesen tv, kebetulan sahaja TV Alhijrah mengundangnya untuk beberapa program mereka.

"Saya bebas dan boleh berlakon atau bekerja dengan sesiapa sahaja, selagi jadual kerja tidak bertindan.

"Banyak pengalaman yang saya timba sepanjang mengendali program Ejen Halal. Sejak bekerja dalam lingkungan kakitangan TV Alhijrah, sedikit sebanyak ia menggubah cara kehidupan saya," akuinya.

Menurutnya, gara-gara menjadi hos program Ejen Halal ada juga yang salah sangka terhadapnya apabila melakonkan watak antagonis.

Kata Muniff, dia ditawar menjadi pengacara kerana bakat lakonannya dan bukan kerana dia memiliki ilmu agama yang tinggi.

"Saya hanya menyampaikan maklumat dan bukan mengutarakan pendapat. Ilmu saya masih kurang untuk mengendalikan program yang berkaitan hukum hakam ini.

"Meskipun mengacara program, lakonan tetap keutamaan. Bagi saya baik program atau lakonan, kedua-duanya boleh dijadikan teladan jika kita memandangnya dari sudut positif," katanya yang mengakui sudah mempunyai kekasih hati.

Pilih Kasih sudah bermula

Posted:

Pilih Kasih sudah bermula

Pilih Kasih sudah bermula

Oleh NOOR HANIS HARUN
Gambar MD. SHAHJEHAN MAAMIN


KESEMUA 16 peserta Pilih Kasih musim terbaru sudah bersedia untuk bertarung sesama sendiri.


SERAMAI 16 orang peserta terpilih untuk mempertaruhkan bakat masing-masing di pentas Pilih Kasih Musim Ketiga di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, dekat sini, Ahad lalu.

Program realiti yang mengangkat seni lakon sebagai konsep utamanya itu adalah terbitan aktor dan penerbit drama dan filem tersohor, Rosyam Nor menerusi syarikat produksinya Suhan Movies and Trading Sdn Bhd dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM).

Menurut Rosyam, dia berbangga kerana telah menemui 16 bakat muda yang mempunyai kredibiliti dan berpotensi untuk melangkah jauh dalam dunia lakonan tempatan.

"Seperti musim lalu, kami mencari seseorang yang bukan sahaja berbakat tetapi lengkap dengan personaliti dan perwatakan yang menarik semasa mereka hadir ke sesi uji bakat," ujarnya.

Kesemua 8 orang peserta lelaki terdiri daripada Yizee Ariff, 21 berasal dari Pahang, Ai Iqmal, 18 (Negeri Sembilan), Fareth Agang, 21 (Sabah), Nizen Ayob, 27 (Johor Bahru), Heri Aszmo, 24 (Sarawak), Hakim Yazid, 26 (Selangor), Airil Reffa, 26 (Pulau Pinang) dan Jalius Jaibin, 26 (Sabah).

Sementara antara itu, 8 peserta perempuan adalah Reen Rahim, 24 dari Selangor, Miza Azura, 27 (Kuala Lumpur), Hiera Hasan, 26 (Selangor), Theera Alias, 22 (Kedah), Aada Zara, 21 (Kedah), Sura Sojangi, 22 (Selangor), Naqia Nasution, 26 (Selangor) dan Marina Jose, 23 (Sarawak).

Menurut Rosyam lagi, Pilih Kasih musim kali ini menampilkan dua bintang besar dunia lakonan, Erra Fazira dan Umie Aida yang bertindak sebagai penasihat rancangan dan Dr. Abu Hassan dan seniwati Fauziah Nawi sebagai pengkritik tetap setiap minggu.

Pilih Kasih turut menampilkan sebuah rancangan baru iaitu Zooom Pilih Kasih yang memaparkan perkembangan semasa bekas-bekas bintang Pilih Kasih dalam dua musim sebelum ini.

Program sebanyak 12 episod ini telah mula disiarkan pada 28 Januari sehingga 14 April tahun ini, pada setiap Sabtu pukul 9 malam di TV2, bersama personaliti Eisya Toh sebagai pengacara.

Peserta musim ini akan dibimbing dari aspek lakonan drama mingguan dan pementasan teater oleh Erma Fatima sementara Hamzah Tahir pula mengawasi seni lakon kesemua 16 bintang Pilih Kasih secara terperinci.

Pentas Pilih Kasih akan bersiaran secara langsung di TV2 pada 5 Februari sehingga 15 April depan pada setiap Ahad, pukul 9 malam.