Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Pendapatan Lumayan Dengan Menulis Skrip Drama TV Secara Part Time atau Sepenuh Masa Posted: 15 Feb 2012 05:16 PM PST Sekarang ni, Budiey perhatikan semakin ramai orang kita berminat untuk menonton drama TV. Setiap minggu ada sahaja drama baru yang bermutu keluar di kaca TV. Tambahan pula sekarang, fenomena luar biasa telah tercetus apabila drama adaptasi dari novel telah mengambil tempat di hati penonton kita. Sekadar ingin memberi contoh, dengarnya drama Gemersik Kalbu yang sedang ditonton di TV3 juga mendapat rating yang tinggi dan diperkatakan oleh ramai peminat di Twitter dan Facebook. Itulah perkembangan positif yang ingin kita lihat. Di sebalik itu juga, ramai pula yang berminat untuk menulis skrip drama. Ternyata, setakat ni dah ramai yang bertanyakan tentang Budiey, bagaimana cara untuk menulis drama dan bagaimana untuk menghubungi pihak TV untuk menghantar drama. Mulanya Budiey agak panik sebab tak tahu bagaimana nak cakap sebab sudah tentu untuk menulis skrip yang bermutu dan diterima oleh produksi itu memerlukan ilmu yang khusus dan perlu belajar betul-betul dengan penuh minat dan tekun. Lalu, Budiey apa lagi, google la… dan Budiey bertemu dengan sumber yang Budiey yakin ia sangat berguna kepada anda yang berminat untuk menulis skrip. Budiey ingin berkongsi kepada anda semua satu laman web yang menceritakan satu e-book berjudul Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh. E-book ini ditulis oleh seorang penulis skrip yang sungguh berpengalaman luas bernama Shafiuddin b Sharif yang pernah memenangi tujuh dari lapan hadiah utama yang dipertandingkan di Anugerah Skrin yang pertama menerusi drama ANAK ANGKAT. Selepas itu, pada tahun 1999 sekali lagi drama TV yang ditulis oleh beliau memenangi anugerah Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin TV3. Judulnya Jutawan Segera lakonan M. Rajoli. Kini, Anda Boleh Merealisasikan Impian Sebagai Penulis Skrip Drama TV Jadi, sebelum menulis skrip, Budiey rasa apa yang anda patut tahu ialah:
Dan segalanya, akan diajar secara mendalam dalam e-book Menulis Skrip Drama TV sebagai Karier Sara-Diri yang Ampuh. Namun, lebih dari itu, untuk menjadi penulis skrip yang berjaya sama ada sepenuh masa atau part time anda memerlukan beberapa kriteria iaitu:
Tanpa itu semua anda akan teraba-raba dalam dunia penulisan yang penuh pancaroba dan persaingan ini. Bukan untuk mengipas atau membodek, tapi apa yang penting sekarang ini, anda perlukan seseorang yang sudah pun mempunyai pengalaman luas dalam menulis skrip. Dari situ, secara tak langsung anda akan mendapat motivasi dan keyakinan untuk memulakan karier sebagai penulis skrip. Sekurang-kurangnya, anda ada model atau idola untuk anda ikuti. Penulis skrip seperti Shafiuddin Sharif ini pastinya tak kedekut dengan ilmu dan mahu berkongsi pengalaman untuk memberi panduan apakah cerita yang dicari-cari oleh stesen TV yang boleh dijual dan akan mendapat rating jumlah penonton yang tinggi. Okay, secara ringkas, untuk menjadikan anda semua lebih bermotivasi dan bersemangat untuk berkarier sebagai penulis skrip, Budiey nak sentuh sikit tentang berapa RM gaji atau pendapatan seorang penulis skrip di Malaysia. Pasti ramai betul pembaca yang nak tahu, kan? Apa Yang Boleh Budiey Katakan, Pendapatan Penulis Skrip Drama TV Memang Sangat Lumayan. Haaa… itu pun kalau kena dengan caranya ya. Menurut kata Shafiuddin b Sharif, beliau berkata "Tanya penulis skrip professional. Kalau mereka bukan kaki joli mereka hidup senang. Saya menjadi penulis lakonTV sejak tahun 1988 dan masih lagi menulis. Kenapa? Penulis skrip yang boleh menulis skrip mengikut piawaian industri sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang baru belajar menulis dan terpaksa belajar semula menulis mengikut piawaian industri. Ini memakan masa dan penerbit-penerbit program TV jarang ada kesabaran sebab mereka dikejar oleh stesen TV untuk menyiapkan produk mereka." Slot drama TV dibahagi kepada beberapa jangkamasa.
Harga berbeza-beza atas kemampuan kewangan syarikat.
Tahukah anda? Kebiasaannya stesen TV akan memilih cerita dari dua sumber:
Maklumat ini hanya dimiliki oleh mereka yang berkerja dalam setesen TV. Dan penulis e-book ini pernah berada di persada itu selama tujuh tahun. Jadi, pasti ada faktor yang boleh membuatkan skrip yang dihasilkan itu dikatakan tidak bermutu?
Rahsia Menulis Skrip yang Memenuhi Kehendak Pengarah, Penerbit & Stesen TV Kini Telah Didedahkan. Ianya EKSLUSIF… Memperkenalkan… Panduan Eksklusif – PENULISAN SKRIP – TULIS, JUAL & TERBIT
Format e-book adalah PDF yang boleh dibaca melalui komputer dengan menggunakan perisian khas Adobe Acrobat Reader. Anda juga boleh mencetak e-book ini bagi memudahkan anda untuk membacanya di mana-mana sekalipun. Dalam e-book ini juga ada 5 Modul Lengkap E-Book Didatangkan dengan 5 modul yang mengandungi panduan penting bagi setiap aspek dalam membina kerjaya sebagai Penulis Skrip Drama TV! Antara isi kandungan yang terdapat dalam E-book ini ialah:
Budiey tak nak cakap banyak sebab segala info lanjut boleh dapatkan di: Tags: AdvertorialClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |