Adsense

Rabu, 15 Februari 2012

Sensasi

Sensasi


Ucapan Valentines Day oleh Sazzy Falak timbulkan kurang senang pengikut Twitternya.

Posted: 15 Feb 2012 07:15 AM PST

sazzy status valentine

Pengikut Twitter Sazzy nampak nya kurang senang dengan ucapan Sazzy.

Yelah maklumlah sekarang kita sudah sedia maklum tentang sejarah Hari Valentines yang sememangnya bertentangan dengan agama Islam dan cukup sinonim dengan paderi Kristian iaitu Saint Valentine.

Nampaknya Sazzy kene lebih peka kerana Hari Kekasih nie dah diharamkan oleh fatwa,dan sangat dilarang agama untuk menyambutnya,jadi rasanya tak perlulah nak wishing wishing sangat..buat dunno je dengan hari tersebut .


sazzy status valentine

Aliff Aziz Mengaku bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina Anjoulie meroyan

Posted: 15 Feb 2012 07:00 AM PST

First and foremost ,Sensasi nak suruh korang cube tengok fesyen kening terbaru Zarina nie..seswai ke nyahhh?? nampak cam sangat mengada..bukan takat fesyen,Sensasi pasti ramai yang sudah mula jelek dengan sikap mencari publisiti murahan Zarina Anjoulie Lavocah katenyer..Okey cukup dengan bulu kening terbelah tue,terbaru Zarina berasa tertipu kerana Aliff Aziz tak layan dia lagi dan beralih kepada Anne Ngasri..

Zarina AnJoulie cukup marah dan mengugut Aliff Aziz di twitter ..Zarina mengaku dirinya gila dan Aliff Aziz berani untuk carik pasal dengannya..huhu

Kerana bengang Aliff Aziz tidak menghiraukannya dan tidak menghubunginya kerana kini bercinta dengan Anne Ngasri, Zarina mengeluarkan tweet yang dia memiliki bukti-bukti (untuk mengugut Aliff) dan ada menyimpan Video Aliff Aziz mabuk.


Sebelum nie sensasi ada tulis satu entri tentang Anne Ngasri sudah punya pengganti dan mahu berkahwin,rupanya Aliff Aziz lah gerangan jejaka yang kini rapat dengannya..


Pengakuan Aliff Aziz tentang hubungan dengan Anne Ngasri

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 21, berkata sejak dia berhijrah ke Malaysia bagi mengembangkan kerjaya nyanyian, Anne banyak membantu selain menjadi teman bercerita ketika mengisi kesunyian.

"Saya akui rapat dengannya (Anne). Dia sangat baik dan mengambil berat terhadap saya. Sejak pindah ke Kuala Lumpur, saya tinggal bersendirian. Selain pekerja di Sony Music, Anne dan keluarganya yang mengisi kesunyian dan membantu saya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di sini.

"Sikapnya yang banyak membantu dan memberi dorongan kepada saya untuk fokus dan bekerja keras menyebabkan saya selesa," katanya

Ketika ditanya mengenai Anne yang berstatus ibu tunggal itu Aliff berkata, perkara tersebut bukan satu isu yang boleh menghalang mereka daripada berkawan.

"Sejak dulu saya mudah tertarik pada wanita yang lebih berusia dan matang. Saya masih muda dan memerlukan teman yang bukan sahaja mengambil berat malah turut membimbing saya menjadi lelaki yang lebih baik.

"Dia seorang wanita yang positif dan saya belajar banyak perkara daripadanya sejak kami rapat. Saya boleh merasai keserasian itu setiap kali kami bersama. Keluarga kami juga tiada sebarang halangan," katanya.

Diusik mengenai reaksinya berhubung dakwaan orang ramai yang kerap melihat mereka keluar berdua-duaan, Aliff berkata dia tidak kisah dilihat bersama kerana ia adalah lumrah kehidupan selebriti yang sering menjadi perhatian umum.

"Sebagai selebriti sudah tentu orang akan kenal pada kita, jadi tidak perlulah saya hendak menafikan atau menyorok kerana ia bukan perkara yang buruk.

"Ia bukan halangan untuk kami keluar makan atau menonton wayang bersama seperti yang didakwa. Saya tidak melihat persahabatan kami sebagai satu masalah atau isu pun," katanya.

Sempat diusik mengenai perkembangan kes kontroversi antara dia dan pelakon Zarina Anjoulie yang tercetus baru-baru ini, Aliff menegaskan dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan berhubung isu tersebut buat masa ini dan hanya akan tampil menjawab kontroversi itu pada waktu paling sesuai kelak.

"Orang boleh cakap apa sahaja tentang kes itu tetapi saya tidak akan memberi penjelasan pada waktu ini. Syarikat rakaman Sony Music sedang meneliti kes ini dan apabila sampai waktu saya akan umumkan kepada semua.

"Namun, itu tidak bermakna saya seorang yang pengecut atau mahu lari daripada masalah. Saya lelaki yang tidak akan lari daripada masalah yang melibatkan saya. Cuma kena tunggu waktu yang sesuai," katanya.

Azza mengaku bercerai dengan Ehsan kerana tidak matang dan fitnah orang

Posted: 15 Feb 2012 06:39 AM PST

Azza berkahwin dengan bekas suaminya iaitu Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Edruce,jejaka sarawak yang kalau tak silap Sensasi bekas suami penyanyi Camelia pada usia muda iaitu 23 tahun.Disebabkan hubungan jarak jauh dan hasutan orang ketiga Azza telah hilang pertimbangan dan meminta cerai daripada bekas suami,

Kerana perceraian juga Azza mengalami tekanan dan kemurungan...


"Waktu itu saya muda lagi dan tak fikir panjang. Apa saja orang cakap, saya terus percaya sedangkan Ehsan suami yang baik. Tanpa kepercayaan, hubungan jarak jauh sangat menyukarkan. Saya sayangkan Ehsan tetapi saya mudah terkena hasutan kerana saya belum matang untuk berhadapan dengan cabaran.

"Saya akui banyak melakukan kesilapan dan sepatutnya saya yang berkorban untuk berada di samping suami tetapi waktu itu saya hanya fikirkan diri sendiri dan kerja saya saja sampai tak tahu macam mana mahu membahagikan masa dengan rumah tangga."Selepas apa yang berlaku, baru saya sedar fitnah itu boleh membunuh. Oleh kerana saya dah tak tahan, saya yang minta cerai dan sebab itulah saya merahsiakan perceraian itu daripada keluarga terutama emak saya, Rahmah Abdullah kerana saya berasakan semuanya salah saya.


"Selain sibuk berlakon, sukar untuk saya membuat keputusan untuk tinggal bersama suami di Sarawak atau menetap di Kuala Lumpur kerana saya rapat dengan emak dan tak sanggup berjauhan dengannya. Lalu saya ambil jalan tengah duduk seorang diri di Kuala Lumpur. Saya juga bersifat keanak-anakan dan suka mengambil tindakan terburu-buru.

"Dulu saya juga tidak ada ramai kawan, kalau adapun dengan anggota Elite saja. Selepas habis kerja, saya terus balik rumah dan tiada siapa yang menasihatkan saya apa yang perlu dibuat dan perkara yang sepatutnya saya elakkan. Saya asyik fikir yang buruk saja.

"Selepas mengerjakan umrah pada 2003, barulah saya tenang sedikit tetapi hubungan kami tidak boleh dibaiki lagi," katanya yang hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama lima tahun.

Kini Azza sedar hubungan dalam rumah tangga bukan berdasarkan cinta semata-mata tetapi kesabaran, toleransi, percaya dan saling memahami perlu ada. Apabila semua rencah itu ada, tanpa mengira di mana pasangan kita berada, kita tidak bimbang melepaskannya seorang diri.

"Kerja Ehsan memerlukan dia bertemu dengan ramai orang termasuk lelaki dan perempuan. Saya tak faham dan tidak cuba untuk memahaminya sehingga membuatkan saya cemburu. Perkara yang kecil saya besar-besarkan, pada hal ia tak ada apa pun.

"Selepas bercerai, saya terus mengurung diri di rumah, tak mahu berjumpa sesiapa. Segala masalah saya simpan dalam hati dan kesan perceraian itu sangat menyakitkan. Tambahan ketika itu keluarga tidak tahu, jadi bayangkan bagaimana setiap kali berjumpa emak dia bertanyakan Ehsan sehingga saya terpaksa mencipta pelbagai alasan sedangkan hakikatnya kami tidak sebumbung lagi.

"Ada kawan-kawan dan wartawan yang tahu saya sudah bercerai tetapi mereka berpegang pada janji untuk tidak menghebahkannya. Emak tahu pun selepas dua tahun perceraian itu terjadi apabila dia terbaca berita mengenainya dalam majalah. Saya berani 'buka' cerita selepas kawan-kawan menasihatkan saya supaya bercakap perkara yang sebenar kerana mereka kasihankan keadaan saya yang sangat teruk waktu itu.

"Siapa yang mengenali saya dan Ehsan, tak percaya yang kami bercerai kerana Ehsan melayan saya dengan baik. Tiba-tiba saja tahu kami sudah bercerai. Emak pun tak terkata apa kerana ia sudah pun berlaku. Sekarang apabila difikirkan semula berdosanya saya kerana minta cerai dengan suami.

"Apa yang terjadi memberi pengajaran pada saya dan semoga tidak berulang pada perkahwinan saya yang kedua nanti. Saya akan belajar dari kesilapan lalu dengan lebih banyak bersabar, bertolak ansur dan tidak bertindak terburu-buru. Jika ada perkara yang dirisaukan, tanya kepada pasangan anda sendiri dan bukannya merujuk kepada orang lain kerana ia mengundang bahaya.

"Sebelum kami bercerai, saya ambil anak angkat perempuan yang diberi nama Marissa Jannah yang kini berusia tujuh tahun. Saya membina semula kekuatan diri apabila melihat wajah comelnya dan emak kata, kalau saya tak keluar bekerja macam mana saya nak dapat duit untuk membesarkan Marissa.

"Saya bercerai pada 2005 dan pada 2008 barulah saya beroleh kekuatan untuk keluar dari kesedihan dan kemurungan. Itupun disebabkan kawan-kawan terutama Roslan Shah yang setiap hari pujuk saya keluar berjumpa orang, berlakon dan menyanyi semula.

"Kalau Roslan mendapat jemputan membuat persembahan dia akan heret saya sekali sehinggalah saya benar-benar rasa bersemangat semula. Daripada situlah saya rasa hidup ini kembali bermakna kerana ada juga kawan yang sudi berkongsi kesedihan saya. Sejak itu saya tidak menoleh ke belakang lagi dan dengan sokongan keluarga serta kawan-kawan saya mulakan langkah baru," katanya.

Selepas berusaha meninggalkan segala kenangan pahit, Azza sekarang terus aktif berlakon di mana setiap bulan ada saja tawaran berlakon yang datang kepadanya.

Berderet drama lakonannya yang sedang menunggu masa untuk disiarkan. Nama Azza kembali diingati selepas dia berlakon sebagai Wan dalam drama komedi popular, Kiah Pekasam bergandingan dengan Rozita Che Wan.

"Dalam drama itu , Wan adalah saingan kepada Kiah iaitu watak yang dipegang oleh Rozita. Sejak itu pengarah mula 'nampak' akan kewujudan saya dalam bidang lakonan yang agak tenggelam seketika.

"Rezeki Kiah Pekasam kerana ia terus disambung daripada satu kisah ke pada satu kisah yang lain dan insyaAllah dalam perancangan penggambaran siri Kisah Pekasam yang baru akan dirakamkan di Jepun," katanya.

Bakal berkahwin dengan Pramugara Air Asia



SELEPAS enam tahun menjanda, Noor Azzarima Zawari atau Azza, 34, bakal menamatkan zaman solonya dengan seorang pramugara, Azlan Zulaili yang muda beberapa tahun daripadanya.

Namun Azza yakin perbezaan usia itu bukan halangan untuk mereka mendirikan rumah tangga bahagia kerana apa yang penting saling memahami dan menghormati.

"Saya tidak bimbang dengan jarak usia kami kerana selama berkawan, saya dapati Azlan lelaki yang baik dan bertolak ansur. Saya yakin dia akan jadi suami dan bapa yang baik kepada anak-anak kami nanti.

"Saya akan berkahwin pada masa terdekat dan sedang mencari tarikh yang sesuai. Persiapan sedang dibuat, tiba hari bahagia itu nanti saya akan beritahu semua. Saya berharap jodoh saya dengan Azlan akan berpanjangan.

"Insya-Allah detik yang bahagia itu akan tiba tidak lama lagi dan kami sedang membuat persiapan. Semoga jodoh saya kali ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang sihat serta comel," katanya.

Rita kenal siapa Bob_Azuan dan mengarahkannya memohon maaf secara terbuka

Posted: 15 Feb 2012 06:24 AM PST




Aktres terkenal yang juga merupakan isteri pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Radzak, Rita Rudaini Moktar menuntut seorang pemilik akaun Twitter, @bob_azuan supaya segera memohon maaf selepas menghina, memfitnah dan memalukannya menerusi laman sosial tersebut.

Rita menganggap perbuatan individu tersebut telah menjatuhkan maruahnya selain turut masuk campur dalam kemelut rumah tangga yang dihadapinya pada masa ini.

"Saya menuntut individu tersebut membuat permohonan maaf dengan segera. Saya telah diaib dengan kata-kata kesat berbaur penghinaan menerusi komen-komennya dalam akaun tersebut.

"Antara kata-kata kesat dan mengaibkan yang dilemparkan kepada saya termasuklah menggelar saya dengan perkataan 'Ritaik'," ujar Rita yang dipetik dari laman mStar.

Selain itu juga, pemilik akaun tersebut yang menggunakan gambar profil Twitter adik ipar aktres iaitu Zaquan Adha Abdul Radzak turut mendakwa akan mendedahkan kisah dan gambar yang bertujuan untuk mengaibkannya.




Antara kata-kata @bob_azuan di Twitter.


Rita yang dikatakan mengenali pemilik Twitter berkenaan memaklumkan bahawa individu tersebut telah memohon maaf melalui seorang teman dan menutup akaun tersebut selepas dihentam teruk oleh peminat Rita yang mengkritik dan marah dengan tindakannya.

"Saya mahu dia mohon maaf secara terbuka. Saya kenal individu itu. Saya tahu dia adalah rakan kepada Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tetapi dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam masalah rumah tangga saya," katanya.

Individu tersebut mendakwa bekerja sebagai seorang jurugambar syarikat produksi yang turut merakamkan gambar Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah ketika menjalani penggambaran drama di Sabak Bernam awal bulan ini.

Seperti diketahui ramai, masalah rumah tangga Rita dan Aidil Zafuan yang merupakan kembar kepada Zaquan Adha masih hangat diperkatakan dan belum selesai selepas suaminya bertindak keluar rumah dan tidak pulang sejak awal Januari lalu.

Rita dan Aidil Zafuan telah bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008. Hasil perkahwinan terbina, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 3, dan Airit Rafqa Arjuna yang kini berusia 10 bulan.

Sementara itu Zaquan Adha menerusi Twitter miliknya enggan mengulas panjang mengenai kejadian yang berlaku, sebaliknya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyangka kononnya dia telah menyamar menjadi @bob_azuan.



Gambar yang dikatakan diambil oleh jurugambar
tersebut yang juga pemilik akaun @bob_azuan.