Adsense

Isnin, 19 Disember 2011

Sensasi

Sensasi


Video Kelakar: Bomoh Freelancentral

Posted: 19 Dec 2011 09:25 PM PST



Nampaknya semakin ramai yang kreatif dan berbakat membuat Video kelakar mcm nie..Mcm style Video Mathlufti pun ada jugak..hehe..

Kelakar je...Layann..

Video Fazura kepada semua peminat sebelum menunaikan Umrah

Posted: 19 Dec 2011 09:24 PM PST



Sebelum Fazura menunaikan Umrah,melalui Video ini Fazura memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.

Pasti seronok dapat menunaikan Umrah di Mekah,maklumlah Mekah merupakan tempat yang 100% orang Islam,pasti suasana disana sedikit sebanyak dapat mendekatkan diri dengan agama,InsyaAllah.

Bila lah agaknya Sensasi dpt menjejakkan diri di tanah Suci Mekah nie...

Video Adlin tersingkir dari Maharaja Lawak Mega,umum Perang Facebook dengan Chef Wan

Posted: 19 Dec 2011 08:55 PM PST

Sebenarnya seseorang tue lagi pedas kritikan,lagi laser mulut die sebenarnya mereka nie very sensitif and tinggi ego.Sensasi pun ramai jugak kenal dengan org yang suka mengkritik org lain dgn laser ,tp bila org kitik dia sikit melenting ,emosi,dan tak boleh terima...

Kali ini isu sensitif dua orang selebriti yang masing-masing suka mengkritik ,tapi apabila dikritik ,touching gitu..sapa lagi kalau bukan Chef Wan dan Adlin Aman Ramli.

Pada minggu ke lapan,Adlin telah membuat stand up comedy dimana tajuk pada hari itu,adalah menjadi pengkritik kepadaa juri-juri Maharaja Lawak Mega.

Adlin dalam komedinya banyak memberi statement yang dia akan berjaya pada minggu ini untuk terus menjadi peserta pada minggu akan dtg di Johor..hehe malangnya lawak berunsur "self confidence" nie telah memakan diri apabila tersingkir ..

Lawak Adlin mengkritik Chef Wan menyembur air liur semasa rancangan memasak telah membuat Chef Wan rasa dihina. Menurut Adlin ,dia cuma bergurau dan exaggerate (melebih-lebih) jer...

Tapi mungkin Chef Wan terasa dengan lawak Adlin...menurut adlin dalam facebook beliau sebelum ini dia ada terdengar " ramai yang claim Chef Wan kuat menyembur semasa bercakap mahupun semasa bercakap sambil masak"

Kalau dah tau benda tue satu kelemahan jangan dibuat lawak la kot..nanti orang marah..

Layan Video Lawak Adlin minggu ke-8 yang menyebabkan perang FB Adlin dan Chef Wan diisytihar




hensem ye Aliff




Britney Spears akhirnya dilamar Jason Tarwick

Posted: 19 Dec 2011 08:21 PM PST



Akhirnya penyanyi ratu pop dunia, Britney Spears sah menjadi tunangan kepada kekasihnya Jason Trawick.

Dipetik dari laporan contactmusic, Jason yang telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelantun lagu 'Criminal' itu, tampil memberikan penjelasan dalam lawan social twitter miliknya pada Jumaat lalu.
"Ya, kami sudah bertunang,"tulisnya ringkas.

Jason telah melamar Britney di depan anak-anak penyanyi tersebut dan dia dikatakan sengaja perkara tersebut didepan anak-anak kekasih hatinya itu kerana mahu anak – anak Britney iaitu Sean Preston (6) dan Jayden James (5) menjadi saksi hari bahagia mereka.

Jason yang mengakui sangat bahagia telah menghadiahkan Britney sebuah cincin berlian. Sementara itu, Britney yang meluahkan kegembiraannya melalui laman social twitter miliknya dengan menulis bahawa Jason telah memberi kejutan yang dia sangat idamkan selama ini.

"OMG. Last night Jason surprised me with one gift I've been waiting for. Can't wait to show you. SO SO SO excited!!!! Xxo," the 30-year-old singer tweeted.

Zul akui masih sayangkan Abby dan Mungkin bersama kembali

Posted: 19 Dec 2011 07:46 PM PST


Tiga tahun menyulam cinta dan kasih sayang bersama pelakon, Abby Abadi namun bintang siri 'Gerak Khas' , Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan nama Zul Ariffin terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila akhirnya berpisah tanpa sebab yang kukuh.

Zul memberitahu walaupun sudah berpisah, ia tidak menghalangnya dari terus berhubung dengan bekas kekasihnya itu. Dan Zul memberitahu bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya melalui laman sosial Facebook milik Abby.

Pelakon bertubuh sasa ini turut memberitahu bahawa dia dan Abby masih baik dan dia menghormati Abby sebagai seorang kawan. Dan Zul juga menggamabrkan bekas kekasinya itu sebagai "the best person yang pernah mucul dalam hidupnya selain dari keluargannya.
"Hubungan saya dengan Abby masih baik. Kadang-kadang kami saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Hubungan kami dah habis tapi perasaan sayang kepadanya itu masih ada! Kerana percintaan kami bukan terbina selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya.

"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya. Apatahlagi biasanya kalau kita kenal rapat dengan seseorang itu, 5% tentang dirinya pasti ada pada diri kita," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, pemuda berusia 25 tahun ini dengan ringkas menjawab, 'mungkin'.

"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan.

"Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar,"katanya ketika ditemui pada pelancaran filem Penanggal.

Mereka dilaporkan berpisah pada Oktober lalu selepas Abby menyatakan sendiri di laman blognya peribadinya.