Adsense

Isnin, 19 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Diana Danielle Farid Kamil Noh Hujan dalam Filem Hantu Gangster

Posted: 19 Dec 2011 09:47 PM PST

Artis pelbagai budaya menyertai Namewee untuk filem terbaru

Berikutan kejayaan filem debutnya Nasi Lemak 2.0, Namewee memulakan penggambaran filem keduanya hari ini di Klang. "Saya tidak menjangka akan mampu untuk melakukan penggambaran secepat ini, namun saya mengucapan terima kasih kepada respon yang kukuh untuk filem pertama saya, membolehkan saya meneruskan semangat dalam pembikinan filem terbaru ini," kata Namewee.

Filem baru bertajuk Hantu Gangster dan penerbit telah mengumpulkan ramai bintang pelakon pelbagai budaya untuk filem ini termasuk Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Dato Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Noh Hujan, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.

hantu gangster

"Kami mahu mengekalkan semangat Nasi Lemak 2.0 dengan jalan cerita setempat dan dialog pelbagai bahasa, jadi kami telah menjemput beberapa bintang filem serta pemuzik yang terkenal dalam industri hiburan untuk menyertai projek terbaru kami." kata penerbit, Fred Chong. "Saya telah menghabiskan banyak masa mengkaji latar belakang pelakon-pelakon baru saya dan telah mereka khas ciri-ciri unik untuk mereka dalam cerita ini, saya juga menulis lagu untuk Dato David Arumugam yang bakal menyanyi dalam filem ini" kata pengarah Namewee.

"Saya telah ditanya mengapa saya memilih untuk bekerja dengan Namewee, yang mempunyai beberapa isu-isu kontroversi pada masa lalu, namun saya telah menonton Nasi Lemak 2.0 dan benar-benar menyukai filem tersebut, saya mengagumi gaya pembuatan filem itu, yang bijak dalam banyak cara, jadi apabila penerbit menghubungi saya untuk menjadi pelakon utama dalam filem kedua Namewee, saya segera berkata YA "kata Diana Danielle. "sebagai seorangan Pengarah dan pelakon seperti Namewee, saya berasa koperasi istimewa ini amat menarik dan harap boleh mencapai sesuatu yang lain daripada yang lain" kata Farid Kamil.

Filem Hantu Gangster merupakan filem komedi seram mengenai tiga kumpulan gangster dari latar belakang budaya yang berbeza namun bersama-sama untuk mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan pencuri kecil-kecilan yang dimainkan oleh Namewee. "Sama seperti Nasi Lemak 2.0, saya berharap untuk menyampaikan mesej yang positif melalui gaya cerita tersendiri saya, dan jika anda menyukai filem pertama saya, saya percaya anda akan lebih terhibur dengan filem ini" kata Namewee.

Pelakon jemputan khas dalam filem pertama Namewee, pemuzik dan usahawan Reshmonu akan kembali memainkan peranan gangster dalam filem terbaru ini. "Saya senang bekerja dengan penerbit Fred Chong, dan saya akan melakonkan peranan yang lebih besar kali ini termasuk bekerjasama dalam pembikinan lagu tema bersama-sama Namewee," kata Reshmonu. "Saya selalu mengagumi kumpulan Hujan, jadi ia benar-benar hebat bukan sahaja lagu tema yang akan menampilkan kumpulan Hujan dalam filem ini, Noh Hujan juga akan mberlakon dalam filem pertamanya, jadi saya amat teruja tentang perkara ini!" kata Namewee.

Filem Nasi Lemak 2.0 telah memecahkan box office tempatan Cina dengan kutipan lebih daripada RM7, 000,000, namun telah ditolak oleh Finas untuk skim rebat cukai kerajaan. Filem itu baru-baru ini ditayangkan di acara berprestij Film Festival Antarabangsa Golden Horse, Taipei dan ditayangkan di Singapura."Kami telah menerima jemputan dari beberapa festival filem termasuk Jepun, Hong Kong dan Eropah dan ironiknya, yang kami benar-benar ingin sertai ialah Festival Filem Malaysia , sedihnya kami tidak layak kerana filem kami tidak mempunyai dialog bahasa melayu yang mencukupi" kata Namewee.

"Kami berharap dapat melancarkan filem ini pada bulan Merdeka tahun hadapan, jadi kami benar-benar berharap Finas dan pihak berkuasa yang berkaitan akan memberikan kami lebih banyak sokongan pada kali ini, kerana filem ini juga mempunyai mesej yang positif yang dapat disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia" berkata Namewee.

Ini pula petikan temubual Mstar bersama vokalis Noh Hujan yang turut berlakon dalam Hantu Gangster.

PETALING JAYA: Buat pertama kali, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal beraksi mempertaruhkan bakat lakonannya menerusi filem kedua pengarah sensasi, Namawee, berjudul Hantu Gangster. Kata Namawee, dia begitu teruja dan tidak sabar untuk bekerjasama dengan vokalis tersebut dan menganggap ia satu penghargaan besar buat dirinya kerana sudi menerima tawaran menjayakan filem yang diterbitkan oleh Fred Chong itu.

"Saya selalu kagum dengan kehebatan karya muzik Hujan. Saya percaya, kemunculan Noh pasti ditunggu-tunggu ramai kerana filem ini merupakan penglibatannya yang pertama ke layar perak.

"Menarik lagi, Hujan juga akan tampil dengan sebuah lagu tema Hantu Gangster," katanya.

Filem komedi seram ini mengisahkan tentang tiga kumpulan gengster dari latar belakang budaya yang berbeza, berganding bahu dalam mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan seorang pencuri.

Selain Noh, filem tersebut turut dibintangi oleh Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Datuk Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Taijuddin Bakar, Dennis Lau dan beberapa pelakon tambahan.

Namawee bersama barisan krew dan pelakon 'Hantu Gangster'.
"Kejayaan filem Nasi Lemak 2.0 membuatkan saya bersemangat untuk kekalkan konsep kepelbagaian kaum dari segi plot cerita dan dialog buat Hantu Gangster.

"Untuk menampakkan kelainan, saya menjemput beberapa bintang filem dan pemuzik terkenal dalam industri hiburan untuk menyertai filem terbaru ini yang sudah pun memulakan penggambarannya di Klang semalam (Isnin).

"Banyak juga masa yang dihabiskan bagi mengkaji latar belakang setiap pelakon terutamanya yang baru dengan mereka khas watak-watak unik untuk mereka dalam filem ini. David Arumugam juga menyumbangkan suara untuk lagu "soundtrack" filem ini," katanya.

Sebelum ini, Namawee berjaya memecahkan tradisi perfileman Cina apabila filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 mendapat kutipan lebih daripada RM7 juta namun dia gagal mendapat skim rebat cukai kerajaan kerana tidak melalui Skim Wajib Tayang.

Filem itu baru-baru ini ditayangkan di acara berprestij Film Festival Antarabangsa Golden Horse, Taipei dan ditayangkan di Singapura.

"Kami telah menerima jemputan dari beberapa festival filem termasuk Jepun, HongKong dan Eropah. Bagaimanapun, saya teringin sangat menyertai Festival Filem Malaysia (FFM) di masa akan datang.

"Harap-harap, selepas tayangan Hantu Gangster yang dijangka pada bulan Ogos tahun depan, filem ini akan dicalonkan dalam FFM.

"Semoga Finas atau pihak berkuasa yang berkaitan dapat memberi lebih banyak sokongan pada kali ini, kerana Hantu Gangster juga mempunyai mesej positif kepada masyarakat Malaysia," tegasnya.

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Fesyen Diana Danielle di Festival Filem Malaysia 23
  • Gambar Diana Danielle di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Kekasih Baru Farid Kamil
  • Fesyen Smart Farid Kamil di Anugerah Skrin 2011
  • Gambar Diana Danielle Dengan Anak Angkat
  • Gambar Diana Danielle di Pelancaran Sunsilk Hello Perfection
  • Gambar Pelakon Diana Danielle di Kem Princess Haliza
  • Diana Danielle Tak Sabar Ikuti Kursus PLKN 19 Mac Ini
  • Gambar Diana Danielle Hos Karpet Biru AIM18
  • Gambar Diana Danielle Dengan Gaun Rekaan Calvin Thoo di FFM23
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Perang Mulut Adlin Aman Ramlie & Chef Ramli

    Posted: 19 Dec 2011 09:09 PM PST

    Sementara menunggu masa untuk ke Sidang Media Drama Gemersik Kalbu di Sri Pentas petang nanti, Budiey sambil tu sempat belek-belek Berita Harian hari ini. Dan terbaca artikel Dengarnya…: Perang Adlin, Chef Wan yang ditulis oleh Normah Becok. Wah, nampaknya hangat juga isu ni. Apabila kedua-duanya lantang bersuara, beginilah jadinya. Platform Facebook dijadikan tempat untuk melemparkan ketidak puas hati. Harap, mereka yang terlibat dapat menerima segala kritikan dengan fikiran terbuka. Semasa hadir di Sidang Media Drama Antara Garisan Semalam, Budiey ada dengar juga tentang pergaduhan antara Chef Wan & Adlin di Facebook dari media lain.

    Dato' Chef Wan

    NAMPAK marah betul Adlin Aman Ramlie kepada juri Maharaja Lawak Mega, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan disebabkan komen lanjutan kenapa dan mengapa dia tersingkir dari pertandingan itu di laman Facebooknya (FB).

    Dalam coretan ketua tukang masa glamour tersohor itu, ada juga diselitkan mengenai sikap Adlin yang menyindir juri menerusi bahan lawaknya.

    Panjang jugalah penerangan Wan dalam ruangan berkenaan. Sebagai membalas 'kupasan' berkenaan, Adlin mengambil pendekatan sama, namun lebih panas apabila mengumumkan FB akan menjadi medan pertempuran maya buat mereka berdua. Ia dilakukan akuinya sebagai tindakan mempertahankan diri daripada 'serangan' Chef Wan.

    Membawa ayat demi ayat yang digunakan Adlin itu kita sudah dapat menjangka ia ditulis ketika sedang emosional atau mengikut perasaan. Masa tengah panas kata orang. Cuma Cik Normah pelik dengan tindakan pelakon, aktivis teater, pengarah yang sudah kerap diundang menjadi juri termasuk Akademi Fantasia. Sanggup dia meletakkan tahapnya seperti budak baru mengenal dunia hiburan sehingga cepat melatah tatkala dicuit. Sedangkan, dia mengeluarkan kata-kata pedas pada orang lain, tak apa pula. Tak ada pun orang nak ambil hati pada Adlin kecuali kalau cakapnya memang melampau atau kasar sangat.

    Bagi Cik Normah tak salah dia mahu membalas komen terbabit tetapi biarlah secara bijak. Orang akan lebih menghormatinya sebagai anak seni yang punya kredibiliti malah Cik Normah yakin Chef Wan juga akan tabik. Ini tidak, siap melancarkan perang lagi. Kalau pun perbuatan Chef Wan mengupas segala perihal pertandingan itu terutama berkaitan dirinya di laman peribadi sendiri dilihat kurang profesional, cuba berhemah sedikit tatkala menanganinya.

    Bukan dia tidak pernah duduk di kerusi juri atau kurang biasa menggunakan ayat pedih telinga kepada calon. Jadi terimalah semua tu dengan hati terbuka. Begitu juga komen juri, anggap saja ia pengisian untuk kebaikan diri. Cik Normah faham Adlin bengang sebab Chef Wan membawa perihal pertandingan hingga ke luar gelanggang sepatutnya.

    Cik Normah tak mahu menyebelahi sesiapa kerana perbuatan Chef Wan mengulas perihal sikap Adlin di laman sembang juga kurang wajar. Apa pun sudah-sudahlah. Harap-harap selepas ini mereka dapat membuang yang keruh, ambil yang jernih.

    Adlin Aman Ramli
    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Adlin Aman Ramlie dan Sharifah Shahira Pengacara ABP 2008
  • Gambar Adlin Aman Ramli Pakai Rantai Salib?
  • Gambar Adlin Aman Ramli dan Emilda Rosmila di Zura Academy
  • Gambar Intim Adlin Aman Ramli dan Kekasih Emelda Rosmila
  • Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli
  • Filem Haru Biru: Sinopsis
  • Gambar Majlis Resepsi Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Gambar Majlis Akad Nikah Adlin Aman Ramli dan Emelda Rosmila
  • Biodata Adlin Aman Ramli – Penerbit Bersekutu Filem Haru Biru
  • Gambar Kekasih Serina Chef Wan
  • Full content generated by Get Full RSS.