Adsense

Isnin, 19 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


‘Penanggal’ Taruhan Sulung Ellie Suriaty Bawa Biduanita Negara, Dato Sharifah Aini Ke Layar Perak Semula!

Posted: 19 Dec 2011 09:35 PM PST

Namanya gah di dalam dunia seni lakonan sebagai seorang pelakon yang versatil. Bagilah apa saja watak, daripada watak humor ringan ke gadis kampung suci murni ke watak anak derhaka seterusnya ke watak 'tiga suku' mahupun watak wanita kelas elit yang punya muslihat jahat penuh kejahatan, semuanya semudah petik jari digalas Elly Suriaty tapi impaknya, sangat terkesan di hati penonton.

Namun Elly nyata tidak mahu berdiri dan terus diingati sebagai seorang pelakon berprolifik saja, terbaru, pelakon yang kini hamil empat bulan menebarkan sayapnya pula kepada bidang pengarahan filem menerusi filem pertama bertajuk 'Penanggal'.

Filem seram klasik yang berlatar belakang tahun 1030-an ini merupakan kolaborasi pertama kali antara dua produksi gergasi, Astro Shaw dan Grand Brilliance yang memakan belanja sebanyak RM2.1 juta selain buat julung kalinya menggunakan khidmat pengarah wanita di dalam pengarahan filem.

Apa yang menariknya, selain menyaksikan kemunculan semula aktor yang juga merupakan suami Elly sendiri, Azri Iskandar selepas filem terakhir  yang menampilkan dia sebagai teraju utama menerusi, 'Perempuan Melayu Terakhir, 'Penanggal' turut membuat menyaksikan penampilan khas Dato Sharifah Aini yang memegang watak sebagai Shatifah Aminah, ibu kepada Syed Yusof ) lakonan Azri Iskandar).

Bersama barisan pelakon 'Penanggal' yang hadir pada sidang media filem 'Penanggal' di Restoran Al-Andalus, baru-baru ini.

Mengangkat tema seram dan menjadikan 'Penanggal', makhluk seram berkepala tanpa tubuh sebagai subjek sekaligus taruhan debut arahannya, Elly menyatakan, idea untuk menghasilkan filem ini mulai timbul sejak tiga, empat tahun yang lalu. Malah baginya, 'Penanggal' tidak sama seperti kebanyakan makhluk-makhluk halus atau hantu-hantu yang acapkali diperkatakan oleh umum.

"Saya sebenarnya tertarik dengan cerita-cerita yang disampaikan kepada saya mengenai 'Penanggal'. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 'Penanggal' tidak sama dengan hantu-hantu lain. Ia adalah manusia yang mengamalkan imu hitam,"

"Justeru, saya ingin mengetahui bagaiman seorang manusia 'jadian' seram ini boleh hidup sebagai 'Penanggal', makhluk berkepala tanpa tubuh yang turut menampakkan isi perutnya ini hidup sebagai mahluk seram dan dalam pada masa yang sama hidup sebagai manusia," jelas Elly yang turut pernah membawa watak 'Penanggal' sebelum ini untuk sebuah persembahan kolaborasi dengan teater Jepun.

Menampilkan suaminya sendiri iaitu Azri Iskandar sebagai pemegang watak utama selain lakonan mantap oleh Ummi Nazeera, fasha Sandha, Zulkifli Ariffin, Normah Damanhuri, Fauziah Nawi, Rozie Othman, kuswadinata, Latif Borgiba dan ramai lagi, 'Penanggal' telahpun memulakan penggambaran pada 10 Disember lalu dan dijangka akan tamat penggambaran pada 26 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Kuasa Sakti Search Tarik 15,000 Peminat, Terus Cetus Fenomena!

Posted: 19 Dec 2011 05:40 PM PST

Biar sesesak mana pun kondisi jalan raya, seazab mana sekalipun tatkala berasak-asak dalam LRT hanya semata-mata ke Pusat Konvensyen dan Pameran MINES, malam sabtu lalu, namun 'keazaban' itu nyata berbayar ketika menyaksikan band lagenda Rock pujaan semalaya, Search beraksi menerusi konsert jelajah Fenomena 30 Tahun Search.

Apa lagi yang mampu diluah, konsert band ikonik negara ini nyata tidak pernah menghampakan ribuan peminatnya. Buktinya, seramai 15,000 penonton yang tidak henti-henti menyanyi bersama-sama dengan vokalis Search Amy pada setiap himpunan lagu yang dipersembahkan nyata memahat satu lagi nota aura fenomena Seach selama 30 tahun penuh gilang dan gemilang!!

Search memulakan konsert pada malam itu menerusi lagu pembukaan, 'Panggung Khayalan' diikuti dengan seleksi lagu seperti 'Gothik Malam Edan, 'Fenomena', 'Metropolitan', 'Melayar Bahtera', 'Serigala Segalanya', Isabella, Melastik Ke Bintang', 'Isabella', 'Melastik Ke Bintang', 'Cakap Memang Meriah', 'Rozana', 'Pawana', 'Mentari Merah Di Ufuk Timur', 'Bisa serta beberapa buah lagi lagu' berhantu' Search.

Beraksi energetic tanpa henti selama hampir tiga jam, Search yang dianggotai Amy, Din, kid dan Yazid nyata punya injeksi 'sakti' yang membuat penonton tidak henti-henti menyanyi bersama-sama sepanjang 25 buah lagu yang dipersembahkan.

Apa yang menariknya, bukan saiz pentas yang mega jadi ukuran namun rekaan pentas yang dibina untuk konsert tersebut disifatkan sebagai pentas mesra penonton kerana membolehkan Amy berkomunikasi dan beraksi lebih dekat dengan penonton.

Selain himpunan lagu-lagu yang berjaya membuat penonton 'sing along' bersama Amy, yang pastinya memahat momen manis pada malam itu. Terdapat juga beberapa momen atas pentas yang tidak dapat dilupakan. Kelincahan Amy yang tetap all out beraksi di atas pentas ketika menyanyikan lagu 'Isi dan Kulit' membuatkan vokalis berusia 53 tahun itu hampir terjatuh.

Namun yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika Amy hampir menitiskan airmata apabila menyaksikan ribuan penonton menyanyi bersamanya ketika membawakan lagu terakhir, 'Fantasia bulan Madu'. Gema suara nyanyian penonton yang hadir dari pelbagai ceruk kota dan desa mengiringi suara nyanyian Amy telah mebuatkan Amy terduduk dan hampir mengalirkan air mata terharu dengan respon diberi.

Menurut Amy yang ditemui sejurus selepas konsert berakhir, menyifatkan konsert jelajah ini merupakan satu kepuasan buat dirinya terutamanya Search apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

"Saya berasa bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diterima di tiga lokasi iaitu Pulau Pinang yang mencatat jumlah penonton seramai 7,000 orang, di Johor pula seramai 10,000 orang dan Alhamdulillah konsert di Kuala Lumpur cukup sukses dan antara yang terbaik," ujar Amy.

Sebelum Kuala Lumpur, konsert jelajah Fenomena Search yang berlangsung sempena meraikan 20 tahun penubuhan kumpulan ini di persada seni muzih negara telah pun memulakan siri jelajahnya di Pulau Pinang dan Johor Bharu. Selepas ini, Search bakal meniup aura fenomena penuh sakti mereka ke Tawau, Sabah sebelum menuju ke Kuching, Sarawak.

Tempoh tiga tahun bukanlah satu tempoh yang mudah untuk terus mengukuhkan nama di persada seni apalagi bila pendatang baru silih berganti muncul bersama 'ideologi' seni baru. Namun itulah Search! Aura mereka mencetus fenomena, bukti mereka tanpa syak lagi adalah lagenda Rock terhebat, dekat di hati melangkaui tiap garisan generasi.

Foto: Terima kasih Joe Zakaria daripada The Zoe Zakaria Concept, www.thejoezakaria.com

Full content generated by Get Full RSS.