Adsense

Isnin, 19 Disember 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Hubungan Intan Ladyana, Kamal Tiada Masalah

Posted: 19 Dec 2011 01:32 AM PST




AKTRES jelita Intan Nurladyana Mohamad Yahaya, 29, atau Intan Ladyana menyifatkan khabar angin yang mendakwa hubungan cintanya dengan aktor Kamal Adli berantakan gara-gara aktor itu menjalin hubungan sulit dengan aktres Indonesia, Olivia Jensen sebagai tidak berasas.

Malah, ada juga yang melemparkan tuduhan bahawa perubahan fizikalnya yang semakin kurus dewasa ini adalah berpunca daripada kekecewaan dengan kecurangan kekasihnya itu.

Hakikatnya, pelakon filem Flat 3A ini dengan tenang mengakui hubungannya dengan Intan yang berusia dua tahun itu masih terjalin dengan baik tanpa sebarang masalah.

"Saya tidak faham kenapa orang mendakwa hubungan saya dan Kamal sedang berhadapan masalah walhal saya sangat bahagia dan ceria dengan kehidupan sekarang.

"Hanya kerana orang nampak saya semakin kurus, orang mula menuduh saya makan hati dengan kecurangan Kamal.

"Padahal, saya memang mengamalkan diet untuk mengekalkan bentuk fizikal kerana sebagai aktres saya perlu sentiasa cantik dengan fizikal yang konsisten," katanya kepada OopStarz!, baru-baru ini.

Tambah Intan, sebagai kekasih, dia mengetahui pergerakan aktor itu sepanjang penggambaran filem Gerimis Mengundang di Indonesia. Malah, rakan-rakannya dan pengarah filem itu sendiri, Ahmad Idham turut memaklumkan cerita yang sebenar, sekali gus menangkis desas-desus yang tersebar.

"Sebenarnya, memang tiada isu pun yang timbul antara kami. Saya tahu dia tidak buat begitu kerana dia sentiasa berkongsi setiap pergerakannya apabila kami berjauhan.

"Lagipun, beberapa rakan saya yang terlibat dalam filem itu dan pengarahnya Ahmad Idham juga sempat memberitahu saya bahawa cerita-cerita yang timbul itu adalah tidak benar.

"Jadi mengapa saya perlu risau tidak tentu pasal kerana tiada apa yang berlaku dalam hubungan kami," ulasnya sambil mengakui gosip tersebut tidak menjejaskan dirinya secara peribadi.

Sempat diusik adakah dia cuba menyembunyikan masalah yang sebenar, Intan berkata jika hubungan mereka berantakan seperti diperkatakan, dia tidak akan keberatan untuk berkongsi cerita.

"Saya akan cakap apa yang saya tahu saja. Tidak tahulah pula kalau benar Kamal berlaku curang seperti yang didakwa itu.

"Mungkin lebih baik bertanya pada dia sendiri kerana dalam kes ini, saya adalah pihak ketiga dan saya hanya boleh ulas apa yang wajar bagi pihak saya saja.

"Lagi pun saya jenis yang akan mengaku dan berterus-terang saja jika benar hubungan kami bermasalah. Tidak perlu saya terlalu berahsia kerana lambat-laun orang akan tahu juga," katanya

Shahz Jaszle Tak Gaduh Dengan Julie Dahlan

Posted: 19 Dec 2011 01:31 AM PST






PETALING JAYA: Pelakon, Shahz Jaszle menafikan khabar angin bahawa dia mempunyai masalah dengan Julie Dahlan gara-gara gagal menjayakan sebuah drama terbitan penerbit wanita itu baru-baru ini.

Shahz berkata, dia menarik diri daripada membintangi drama berjudul Pemandu MB itu secara baik kerana mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital selama seminggu.

"Benar saya menarik diri daripada drama itu kerana telah dimasukkan ke hospital dan disyaki dijangkiti penyakit batu karang.

"Bagaimanapun pengunduran saya daripada drama tersebut adalah secara baik dan pihak produksi termasuk Kak Julie menerimanya tanpa ada sebarang percakaran antara kami," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Dalam pada itu, Shahz berkata, dia ingin terus berlakon di dalam drama tersebut selepas keluar daripada hospital tetapi pihak produksi tidak dapat menunggu kerana penggambaran telah pun dimulakan.

Ujarnya, dia hanya sempat berada di lokasi selama sehari sebelum dimasukkan ke hospital dan mengakui ada menerima bayaran pendahuluan.

"Pihak produksi tidak dapat menunggu saya kerana penggmabaran telah pun dimulakan dan mereka terpaksa menggantikan peranan saya dengan pelakon lain.

"Walaupun sedikit sedih tetapi saya anggap ia bukan rezeki saya," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan dia masih belum memulangkan duit pendahuluan yang telah diterima daripada pihak penerbit, Shahz mengakui telah menerima bayaran sebanyak 25 peratus sebelum penggambaran dan memberitahu akan memulangkan wang berkenaan dalam masa terdekat.

"Saya telah memberitahu Kak Julie akan memulangkan duit berkenaan dalam masa terdekat kerana sedikit sibuk di lokasi penggambaran drama Atas Nama Cinta," ujarnya.

Terdahulu, Shahz memberitahu dia telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 5 hingga 12 Disember lalu disyaki menghidapi penyakit batu karang.

Shahz berkata, bagaimanapun doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit tersebut menyebabkan dia terpaksa ditahan di hospital selama seminggu untuk pemerhatian lanjut.

"Doktor syak saya mempunyai masalah batu karang apabila saya mengalami jangkitan pada air kencing dan sehingga kini saya masih bergantung kepada antibiotik selama tiga minggu untuk memastikan keadaan benar-benar pulih," katanya.

Sementara itu, Julie ketika dihubungi mStar Online menafikan dakwaan dia mempunyai masalah dengan pelakon berusia 23 tahun itu.

"Benar dia menarik diri daripada drama tersebut tetapi tiada sebarang perselisihan faham antara kami.

"Kalau ada sudah tentu saya akan buat sidang akhbar mengenainya," ujarnya.

Julie bagaimanapun mengakui Shah ada menelefonnya memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan yang diterima kepadanya dalam masa terdekat.

"Ya dia ada menelefon memberitahu akan memulangkan duit pendahuluan tersebut dalam masa dua ke tiga hari," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahz berkata dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Bunga April dan sedang sibuk di lokasi drama Atas Nama Cinta terbitan Zeel Production sebelum berangkat ke Australia pada Januari depan untuk menyelesaikan beberapa adegan drama itu.