Harian Metro: Rap |
Posted: 19 Dec 2011 06:44 AM PST BERAKSI sebagai Murni yang juga watak utama dalam filem Penanggal, ternyata memberi impak yang cukup besar pada lakonan pelakon berwajah Melayu asli, Ummi Nazeera di layar perak. Apatah lagi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur yang juga pemilik nama sebenar, Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin ini berpeluang bekerja dalam filem arahan pelakon dan pengarah berkaliber yang menjadi idolanya dalam bidang seni, Ellie Suriaty Omar. Maklumlah, dalam filem lakonannya sebelum ini, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan filem epik terbitan KRU Studios, Hikayat Merong Mahawangsa, Ummi hanya sekadar bawa watak pembantu saja. Dalam filem Penanggal, terbitan bersama Astro Shaw dan Grand Brilliance, Ummi bergandingan dengan heronya, pelakon Azri Iskandar yang juga suami Ellie.
"Pada mulanya, saya takut untuk bawa watak Murni tapi Ellie yang banyak membimbing dan memberi keyakinan pada saya bawa watak itu sepanjang di lokasi penggambaran. Sebelum penggambaran dimulakan, kami juga menghadiri kelas lakonan yang dikendalikan Ellie selama tiga hari," katanya. Secara peribadi, Ummi mengakui sudah buat persiapan mental dan fizikal untuk melakonkan watak Murni seperti dikehendaki pengarahnya. "Ia kali pertama saya bekerja dengan Ellie dan pada masa sama, memang banyak saya dengar cerita kontroversi mengenai dirinya termasuk dia garang tapi ia sebaliknya pula bila kami bekerjasama. Pada pemerhatian saya, Ellie seorang pengarah yang penyayang di lokasi. "Walaupun Ellie mengandung empat bulan tapi dia aktif dan bertenaga sepanjang di lokasi penggambaran. Saya pula yang bimbang jika kandungannya terjejas kerana dia aktif seperti tidak mengandung. "Ketika buat babak Murni yang terjatuh dalam lumpur dan hampir lemas pada hari pertama penggambaran, Ellie pula yang berlari pantas memeluk saya sebaik babak berakhir kerana dia bimbang jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada saya ketika itu. "Saya juga tidak kisah masuk dalam lumpur kerana ia sebahagian tuntutan watak. Saya tahu, bukan saja babak masuk lumpur mencabar kerana setiap hari adalah cabaran buat kami sebagai pelakon bagi merealisasikan watak sebaik mungkin," katanya. Bercerita lanjut mengenai karakter Murni, gadis malang yang tidak sengaja mewarisi ilmu penanggal daripada Mak Ajeng dan melarikan diri ke Kampung Jawa untuk perlindungannya. Ketika di sana, Murni didera orang kampung yang dapat tahu dia adalah penanggal. "Murni adalah gadis yang keliru dan tiada pegangan agama. Apabila dia dengar bacaan surah Al-Ikhlas, dia hanya menarik kepalanya kerana dia tidak pernah diajar membaca ayat suci sebelum ini. "Saya sudah mula jatuh cinta dengan watak penanggal selepas melakonkan watak itu. Saya percaya, penonton sendiri akan simpati dengan karakter Murni nanti yang mewarisi ilmu penanggal tanpa kerelaannya sendiri," katanya. Filem genre seram Penanggal memulakan penggambarannya bermula 10 Disember lalu. Berlatarbelakangkan era 1930-an, penggambaran selama 45 hari dan dijangka berakhir pada penghujung Januari nanti. Ia membabitkan lokasi sekitar Hulu Langat, Taman Melawati, Banting, Kuala Terengganu dan beberapa perkampungan di Perak. Ia dimantapkan lagi dengan barisan pelakon iaitu Fasha Sandha, Zul Ariffin, Normah Damanhuri, Latif Borgiba, Kuswadinata dan Fauziah Nawi. Ummi mengaku sudah ada kekasih SEKALIPUN enggan mengulas lanjut soal teman istimewa, Ummi mengakui hatinya sudahpun dimiliki seseorang ketika ini. Jejaka bertuah itu sama-sama menuntut dengannya di Melbourne. Ummi juga menuntut dalam jurusan Perniagaan dan Pemasaran di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia. "Kami berkawan sudah lama iaitu ketika sama-sama menuntut di Melbourne. Bagaimanapun, pengajiannya di universiti di Melbourne sudah pun selesai. "Terus terang, saya berasa seronok sepanjang dua tahun menuntut di Melbourne dan pengajian juga berjalan lancar seperti direncanakan. Saya juga belajar erti hidup berdikari dengan menyewa kediaman bersama seorang rakan sepanjang pengajian di sana," katanya yang menyukai lelaki bertanggungjawab, menghormatinya dirinya dan rajin bekerja. Ditanya sama ada keluarga menyokong minatnya berlakon, Ummi yang bercuti selama empat bulan di sini berkata, keluarga cukup memahami minatnya itu. "Keluarga tidak ada masalah kerana saya berlakon ketika cuti semester dan pastikan ia tidak menjejaskan prestasi pengajian di universiti. Insya-Allah, saya akan menyambung lagi pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas membawa pulang segulung ijazah nanti. "Setiap kali cuti semester, saya akan mengisi masa dengan berlakon di sini yang memang bidang yang sudah sebati dalam diri. Maklumlah, saya memang tidak boleh duduk rumah lama-lama, seminggu saja saya sudah berasa bosan dan rindu ingin kembali ke lokasi," katanya. PROFIL NAMA PENUH: Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin |
Darren kembali ke Warner Music Posted: 19 Dec 2011 04:21 AM PST SETINGGI-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Mungkin ini perumpamaan yang sesuai ditujukan terhadap Darren Choy Kin Ming.
Selepas itu, Darren dinaikkan pangkat mengendalikan pasaran Adidas untuk negara Asean kecuali Myanmar dan Kemboja. Dengan lamaran Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes, Darrey beralih arah menyertai Pasukan Formula Satu (F1), Team Lotus dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif untuk pemasaran minuman tenaga jenama EQ8.
Namun, siapa sangka setahun di bumi Norwich City, Darren akhirnya kembali ke Malaysia apabila secara rasmi bergelar Pengarah Urusan Warner Music (M). Tindakannya ini mungkin agak mengejutkan kerana Darren dilihat seakan selesa dengan jawatannya. Namun menurutnya, biarpun meninggalkan bidang seni hampir tujuh tahun, minat dan cintanya dalam bidang muzik tidak pernah padam. "Waktu saya tinggalkan industri, pasaran muzik mula menurun. Tapi saya tengok pada 2005, ada model baru yang mula diterima iaitu Ring Back Tone, True Tone dan Wallpaper. "Saya tak nampak muzik akan mati kerana pengguna perlukan muzik. Cuma, mentaliti orang kita anggap muzik itu sesuatu yang percuma. "Saya tetap aktif berhubung dengan penggiat seni kerana Adidas bekerjasama dengan artis tempatan dalam penajaan. Saya anggap ia promosi bersilang kerana kami saling dapat mempromosikan diri masing-masing. Saya tak hilang 'contact' dengan artis. Lamaran Tan Sri Tony pula diterima kerana saya sudah lama kenal dia, apatah lagi dia pun percayakan saya. "Kebetulan saya pun minat F1 dan ada banyak idea nak dikembangkan. Produk minuman tak pernah saya buat dan saya anggap ia cabaran besar. Bagusnya, saya berpeluang belajar benda baru. Usaha saya membuahkan hasil kerana jenama EQ8 sudah dikenali di sana dan masuk ke pasar raya besar," katanya. Bagaimanapun, kerinduan terhadap keluarga yang menetap di Kuala Lumpur membuatkan Darren mengaku kalah. Sedar ini bukan minatnya yang sebenar, dia tidak teragak-agak menerima tawaran keluarga Warner Music yang mempunyai sejarah tersendiri dalam pembangunan muzik di negara kita pada 1 November lalu. "Apabila balik ke sini, saya sedar akan cabarannya kerana banyak benda yang dah berubah. Namun saya percaya pengalaman sebelum ini boleh
"Walaupun syarikat rakaman besar semakin mengecil kerana penggabungan, saya tengok ada positifnya. Dari sini, syarikat hanya mengekalkan pekerja yang bagus dan boleh berikan hasil yang terbaik. "Ini boleh menjimatkan kos pengeluaran. Apabila besar sangat, susah nak dikawal. Contohnya syarikat audit dan bank, lebih senang diuruskan apabila digabungkan. Semua perkara ini boleh berlaku. Saya juga dah sediakan pelbagai perancangan untuk dapatkan semula pulangan menerusi penajaan, konsert dan pelbagai sumber lain. Pulangannya memang ada. "Untung kerana buat masa ini demam program realiti sudah tiada. Unit A&R akan bekerja mencari semula artis berbakat seperti Yuna. Tugas mereka lebih berat kerana perlu keluar mencari bukannya hanya ambil peserta program realiti. Tapi saya tetap hormat pada artis produk sebegini yang berbakat besar," katanya mengakui Warner Music melamarnya selepas menilai rekod kariernya yang cemerlang. Menetapkan dalam industri seni mesti ada dua pakej iaitu rupa dan bakat semulajadi, Darren bercadang membuat perubahan agar unit domestik Warner Music yang mempunyai lapan artis lebih dikenali berbanding sekarang. "Kalau boleh saya nak lihat Awi Rafael akan popular dalam tempoh lima tahun lagi. Begitu juga Jinbara akan lebih popular dalam tempoh tiga tahun. Kami bercadang nak hasilkan artis yang sesuai untuk pasaran," katanya yang mungkin akan bekerjasama dengan artis popular EMI yang kini bergerak sendiri. Mengulas kerjasama dengan kakitangan Warner Music, Darren berkata, ada di kalangan mereka sudah dikenalinya sekian lama, sekaligus memudahkan perancangan yang diatur. "Saya dah lama kenal Che Moq (Pengurus A&R Warner Music Malaysia, Mokhtaza Ahmad). Yang lain kebanyakannya kakitangan baru. Pada saya, ia bagus kerana mereka masih muda dan senang 'tangkap' apa yang diajar serta boleh tukar konsep dan mentaliti kerja. "Mereka boleh belajar dan timba pengalaman daripada kakitangan senior," katanya
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |