Adsense

Selasa, 20 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Stesen Komuter Mid Valley & KL Sentral Berasap?

Posted: 20 Dec 2011 10:55 PM PST

Pejam celik – pejam celik, hanya tinggal satu hari lagi filem Suatu Malam Kubur Berasap akan 'berasap' di semua pawagam seluruh Malaysia. Budiey ada kerap juga terbaca di Twitter yang mana semua orang dah tak sabar nak menonton filem komedi seram ini. Secara jujurnya, Budiey yang dah tonton 2 kali pun rasa nak tengok sekali lagi dan melihat sendiri respon orang ramai.

Dalam pada itu, promosi untuk filem ini sedang giat dijalankan. Pada minggu lepas, dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), syarikat penerbit filem outLOUD Studios Sdn. Bhd telah berjaya membuatkan lebih kurang 3000 penumpang komuter 'berasap' dengan kehadiran 'hantu-hantu' dari filem Suatu Malam Kubur Berasap. Haa, pastinya ramai yang terkejut melihat kelibat hantu secara tiba-tiba menjengah mereka dari belakang. Tapi sebenarnya, ini hanya gimik untuk mewar-warkan kepada orang ramai yang tarikh tayangan filem Suatu Malam Kubur Berasap dah pun hampir.

Promosi ini dihangatkan lagi dengan kehadiran dua pelakon baru dari filem Suatu Malam Kubur Berasap dari program realiti Raja Lawak iaitu Wira dan Faiz. Memang suasana jadi kecoh jugak lah bila mana mereka ni bertemu dengan orang ramai. Apatah lagi telatah mereka yang lucu ditambah dengan aksi seram dengan kostum hantu dan berjaya 'mengasapkan'kan keadaan.

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

"Maklumbalas dari pengunjung adalah sangat positif di samping ia merupakan aktiviti promosi filem yang pertama dijalankan di komuter dan juga ia merupakan usahasama dengan KTMB dan tidak ada lagi mana-mana pihak produksi filem membuat promosi filem seperti ini", menurut Ernie Chen selaku Penerbit Eksekutif dan Pengarah untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Sepanjang promosi ini dijalankan, penumpang KTM dan juga pengunjung di KL Sentral telah diberikan kalendar dan juga risalah (flyers) SUATU MALAM KUBUR BERASAP. Bagi pengunjung yang bertuah mereka juga mendapat t-shirt dan juga poster dengan menjawab soalan yang mudah daripada Wira dan Faiz.

Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP adalah filem yang bergenrekan seram komedi yang akan berasap di pawagam pada 22 Disember 2011. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.suatumalamkuburberasap.com.

VIDEO : Suatu Malam Kubur Berasap – Serang KTM

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Suatu Malam Kubur Berasap Promo

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sinopsis Poster Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap
  • RTM EDAR SAGUHATI DI STESEN KL SENTRAL & HENTIAN DUTA
  • Malam Nada Biru Bersama Atilia, Noryn Aziz & Mujik Majik
  • Sekitar Prebiu Media FIlem Suatu Malam Kubur Berasap
  • Poster Konsert SATU Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya
  • Khai dan Rosma di Pertandingan Bintang Kecil 2008
  • Angah Raja Lawak Suka Makan Cacing?
  • Gambar Fara Fauzana di Promosi Filem Jin Notti di KL Sentral
  • Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari
  • Temui Band AKU, Jinbara dan Pelakon Jin Notti di KL Sentral
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Memorandum Persefahaman Antara Industri Muzik Malaysia & Indonesia

    Posted: 20 Dec 2011 10:49 PM PST

    Memorandum Persefahaman (MoU) di antara industri muzik Malaysia dan Indonesia

    Upacara tandatangan MOU di DEA Tower 1, Mega Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia pada 14 Dis 2011

    21 Disember 2011, Kuala Lumpur – Satu Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Public Performance Malaysia Sdn Bhd (PPM), Asosiasi Industri Rekaman Indonesia (ASIRI) dan PT.AS Industri Rekaman Indonesia (ASIRINDO) telah ditandatangan oleh Pengerusi-Pengerusi masing-masing di Jakarta, Indonesia pada hari Rabu lalu, 14 Disember 2011.

    Memorandum Persefahaman (MoU) di antara industri muzik Malaysia dan Indonesia

    Dari kiri:
    Pengurus Besar ASIRINDO – Yessi Kurniawan, Timbalan CEO Kumpulan RIM – R Ramani Ramalingam, CEO Kumpulan RIM – Tan Ngiap Foo, Pengerusi PPM – Adrian Lim, Pengerusi RIM – Norman Abdul Halim, Pengerusi ASIRI – Handi Santoso, Pengarah ASIRINDO – Jusak Irwan Sutiono, Ahli Majlis ASIRI– Gumilang Ramadhan, Pengurus Besar ASIRI – Marulam J. Hutauruk SH dan Pengurus ASIRI – P. Ceno.

    Sebagai organisasi barisan hadapan industri muzik di Malaysia dalam menangani pelbagai isu berkenaan dengan industri, terutamanya pembangunan perniagaan baru seperti pengedaran muzik menerusi saluran digital dan menangani cetak rompak berhubung dengan hak cipta rakaman bunyi, muzik video dan karaoke, RIM telah secara agresif menerajui pembangunan perniagaan dan pasaran untuk ahli-ahlinya termasuk dengan cara menubuhkan sebuah anak syarikat penguatkuasa, perniagaan digital dan perlesenan kolektif – BruCop Sdn Bhd di negara Brunei Darussalam awal tahun ini.

    Menerusi pelaksanaan MOU ini, RIM kini telah merasmikan visinya untuk memupuk hubungan erat di antara industry-industri muzik Malaysia dan Indonesia yang berkongsi hubungan budaya erat sebagai tambahan kepada bahasa yang sama.

    Sebagai tambahan kepada MOU ini, RIM serta anak syarikat perlesenan kolektif milik sepenuhnya – PPM bersama-sama dengan rakan-rakan Indonesia – ASIRI dan ASIRINDO, akan bekerjasama secara rapat dan agresif untuk pembangunan merentas sempadan hubungan industri muzik dan perniagaan di antara Malaysia dan Indonesia.

    Antara inisiatif kerjasama yang dipersetujui adalah sokongan bersama dan pengiktirafan antara satu sama lain rancangan anugerah muzik nasional tahunan iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Muzik Indonesia (AMI) dengan RIM dan ASIRI masing-masing memperuntukkan satu slot rancangan anugerah secara langsung untuk artis-artis rakaman ahli-ahli mereka.

    RIM dan ASIRI turut menetapkan sasaran untuk ahli-ahli masing-masing untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 10 buah lagu gabungan Indonesia-Malaysia untuk jualan komersial dalam tahun pertama kerjasama ini. Lagu duet/kerjasama popular dan berjaya antara artis-artis Malaysia dan Indonesia pada masa lalu termasuk:

    1. Cinta Yang Sempurna – Adi (Sixth Sense) & Neo (Letto)
    2. Ceritera Cinta – Jaclyn Victor & Rio Febrian
    3. Dua Hati Menjadi Satu – Dafi & Gita Gutawa
    4. Sayang – Dayang Nurfaizah & Marcell
    5. Dibius Cinta – Yusry (KRU) & Melly Goeslow
    6. Perlu Kamu – Ajai & Kris Dayanti
    7. Amarah – Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
    8. Tanpamu – Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
    9. Jika Kau Tak Datang – Dato' Siti Nurhaliza & Kris Dayanti
    10. Begitula Cinta – Dato' Sheila Majid & Harvey Malaiholo
    11. Ingatlah Diriku – Dato' Sheila Majid & Chandra
    12. Dia, Aku dan Kamu – Nadia (AF6) & Red Peanut
    13. Seperti Dulu Lagi – Sabhi Saddi & Vienna Fridiana
    14. Dengarkanlah – Amy Mastura & Glenn Fredly
    15. Nada Cinta – Erra Fazira & Rio Febrian
    16. Dekat Tapi Jauh – Ziana Zain & Broery Marantika
    17. Bintang Kehidupan – Ronnie (Sunday) & Yanti Aryanto
    18. Antara Kita – Ning Baizura & Hedi Yunus
    19. Cinta Kita – Amy Search & Inka Christie

    "Bagi pihak industri rakaman Malaysia, saya mengalu-alukan Memorandum Persefahaman bersejarah ini yang menandakan peningkatan kerjasama dan perdagangan dua hala di antara industri muzik Malaysia dan Indonesia yang akan saling memperkayakan lagi budaya kedua-dua negara", Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim berkata. Menurut beliau, RIM kini dipandang sebagai persatuan yang progresif dan berwibawa, dan bersama dengan sumbangan penting perlesenan PPM, kedua-dua badan Malaysia ini telah diakui sebagai antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik.

    Satu lagi tujuan utama MOU adalah untuk PPM untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk memberi perkhidmatan perundingan pelesenan hakcipta secara kolektif kepada pengurusan ASIRINDO dalam isu-isu pelesenan hak cipta dan melaksanakan kutipan dan pengagihan royalti berdasarkan peruntukan undang-undang Indonesia.

    Adrian Lim, Pengerusi PPM berkata, "Sebagai Pengerusi PPM, saya amat berbangga kerana kami dapat berkongsi pengalaman Malaysia dalam perlesenan kolektif untuk industri rakaman Indonesia untuk membantu peningkatan pendapatan perlesenan persembahan awam, penyiaran dan pengeluaran semula yang telah semakin penting untuk syarikat rakaman untuk terus melabur dan menghasilkan artis dan rakaman muzik yang hebat.

    Menurut Yessi Kurniawan, Pengurus Besar ASIRINDO, ASIRI dan ASIRINDO membuat keputusan untuk bekerjasama secara khusus dengan RIM dan PPM, antara lainnya, kerana kedua-dua organisasi Malaysia ini telah membangunkan sistem perlesenan hak cipta kolektif yang baik dan caranya yang telus dalam pengagihan royalti kepada ahli-ahlinya. "RIM dan PPM adalah dua badan yang berjaya bukan sahaja untuk industri muzik di Malaysia tetapi juga di antara yang terbaik di dunia, dan kami amat berbangga atas kerjasama mereka sebagai rakan kami", Yessi berkata.

    MOU ini menandakan suatu pencapaian yang tidak dapat dilupakan dan luar biasa dalam industri muzik tempatan dalam tahun 2011 dan visi yang berterusan, penentuan dan panduan daripada kumpulan RIM, industri muzik Malaysia dengan pastinya boleh mengharapkan satu permulaan yang terkemuka dan menarik dalam tahun 2012.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • PERJANJIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN – MOU ANTARA RTM DAN TAEKWONG SYSTEM
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Meet Uncle Hussin Tarik Diri Dari Bertanding Muzik Muzik
  • Gambar Amy Search di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Anugerah Industri Muzik 15
  • Gambar Safura di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Gambar Datuk Sharifah Aini di Anugerah Industri Muzik 1998
  • Profile Rossa
  • Perjanjian Pemasaran & Pengedaran Antara Metadome & EMI Music Indonesia
  • Tonton KRU TV di Portal TONTON
  • Full content generated by Get Full RSS.