Adsense

Selasa, 20 Disember 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


“Ada Kebaikan Zarina Yang Saya Tak Dapat Terima” – Ungku Ismail

Posted: 20 Dec 2011 06:42 PM PST

Cinta antara pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Aziz dan aktres cantik Zarina Zainordin atau Zarina AF2 mulai berputik awal tahun ini selepas masing-masing membintangi drama 'Syurgamu Ramadhan tahun lalu. Namun hubungan cinta yang disifatkan 'cinta lokasi' ini berakhir beberapa bulan yang lalu meskipun sebelum itu masing-masing mengakui bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh dua tahun lagi.

Zarina, sebelum ini lewat kenyataannya dalam sebuah laman hiburan, mengakui tempoh perhubungan mereka terjalin dalam masa yang singkat dan dalam tempoh yang singkat itu, Zarina menyatakan lebih selesa berkawan dengan jejaka kacak tinggi lampai ini berbanding menjalinkan hubungan cinta.

Berkesempatan menemui Ungku Ismail pada sidang media drama 'Antara Garisan'  Isnin lalu, Ungku Ismail, 26 menganggap perpisahan antara dia dan Zarina sebagai ketentuan takdir dan tiada jodoh antara mereka.

Malah, pengarah drama 'Antara Garisan' ini juga tanpa berselindung mengakui hatinya kosong itu sudah diisi dengan kehadiran seorang gadis. Tidak mahu berbicara mengenai siapa gerangan kekasih barunya, Ungku Ismail hanya mampu menyatakan yang kekasihnya itu bukanlah individu yang terlibat dalam dunia seni hiburan.

"Hubungan saya dengan Zarina sudah lama berakhir. Rasanya tidak perlulah saya menjelaskan dengan lebih lanjut sebab dan punca hubungan kami berakhir. Cuma sapa yang saya ingin katakan adalah, ada kebaikan Zarina yang sukar untuk saya terima. Apa kebaikannya? Tidak perlulah saya rungkaikan, biarlah selebihnya saya seorang saja yang tahu,

"Saya sudah tidak mahu mengungkit kisah lalu. Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Sekarang ini saya bersama dengan seseorang tapi dia bukanlah artis atau orang seni," jelas Ungku Ismail lagi.

Menafikan serik menjalinkan hubungan cinta dengan golongan sesama artis, Ungku Ismail turut menafikan dirinya mengelak dari menjalinkan sebarang hubungan dengan wanita yang terlibat dengan dunia hiburan memandangkan pilihan hatinya kini adalah orang biasa. Sebaliknya apa yang berlaku padanya adalah kebetulan.

"Bukan nak kata serik, mengelak dan tidak serasi bercinta dengan artis wanita. Semuanya itu terpulang pada ketentuan jodoh. Cuma apa yang berlaku pada saya adalah secara kebetulan, bukan sesuatu yang dirancang,

"Saya juga tidak mahu menetapkan siapa bakal isteri saya, sama ada dikalangan artis ataupun orang biasa, itu semua kerja Tuhan. Kalau diikutkan, ramai juga artis sesama artis yang berkahwin dan kekal bahagia sampai sekarang. jadi kita tunggu dan lihat saja," ujarnya lagi.

Menyentuh tentang perkembangan kariernya pula, Ungku Ismail kini beralih pada bidang pengarahan drama menerusi drama 13 episod, 'Antara Garisan' yang merupakan karya skrip Shahrul Ezad Mohameddin. Drama bersiri  arahan bersama dengan Bahri Umararif yang menaratifkan pelbagai sisi kehidupan manusia ini membariskan barisan pelakon handalan seperti Harun Salim Bachik, Fazlina Ahmad Daud, Jasmin Hamid, Sharifah Shahira, Farid Kamil, Jimmy Shanley, Sabrina Ali, Rusdy Ramly, Aziz M. Osman serta ramai lagi dan akan ditayangkan di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Isnin, 9 malam bermula 9 Januari 2012.

Full content generated by Get Full RSS.

“Bukan Mudah Pakai Bikini” – Bipasha Basu

Posted: 20 Dec 2011 05:18 PM PST

Aktres Bollywood, Bipasha Basu ini memang terkenal dengan liuk lentok tubuh yang seksi selain rupa paras eksotik nan jelita, namun Kemunculannya di dalam filem 'Players' bersama potongan tubuh yang 'mantap' mengenakan bikini merah sekali lagi menarik perhatian ramai.

Memetik kenyataan aktres ini menerusi laman celebden.com, Bipasha ingin memperingatkan kepada semua gadis di luar sana yang mengenakan bikini bukanlah semudah yang disangka. Seseorang itu perlu bekerja keras agar tampak 'hot' dan mengancam dan dia mengakui telah melakukan yang terbaik dalam 'Players'.

Malah aktres yang baru saja menghasilkan DVD senaman keduanya bertajuk, 'Beach Body Workout' berkata,

"Kami (wanita) memiliki keinginan dan budaya berbikini yang sangat kuat, namun para wanita di luar sana agak sukar untuk tampil menarik kerana susah untuk memakai bikini walaupun setiap orang maklum memakai baju renang cukup mudah. Justeru, DVD ini dihasilkan khusus kepada mereka yang sudah cukup langsing tapi mahu melakukan sesuatu pada bahagian bawah tubuh mereka khususnya pada bahagian abdomen.

Bipasaha sebelum ini sering dikecam antara artis yang memiliki tubuh seksi tapi sedikit berisi, namun untuk 'Players' BIpasha dikatakan mengikuti pelan latihan intensif selama enam minggu daripada pelatih profesional, Paulus Britto. Antara rutin senaman yang dilakukannnya meliputi latihan abs, kick boxing, kardio, stretching dan latihan angkat berat.

Malah Bipasha yang sudah hampir tiga tahun tidak menyentuh nasi terpaksa menjauhi makanan manis untuk latihan intensif ini dan merasakan ianya sukar memandangkan dia yang berdarah Benggali, sememangnya meminati makanan manis. Namun atas kehendak pengarah yang ingin wataknya dalam 'Players' memiliki potongan badan yang cantik, Bipasha terpaksa menutup 'nafsu' makannya pada gula-gula Benggali kegemarannya.

Full content generated by Get Full RSS.