Adsense

Selasa, 20 Disember 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Gabungan band lama, baharu

Posted:

Gabungan band lama, baharu

Gabungan band lama, baharu

MENGGABUNGKAN empat buah band rock dalam satu pentas adalah hal biasa. Ia selalu dilakukan oleh banyak penganjur lain. Namun bagi empat band yang bersatu di dalam konsert yang diberi nama Loudspeaker, Wings, XPDC, Azlan & The Typewiter dan Faizal Tahir, mereka teruja bergabung sama kerana ia umpama gabungan dua band otai yang cukup disegani bersama dua band baharu yang sedang naik daun.

Vokalis Azlan & The Typewriter, Alan yang ditemui sewaktu sesi temu bual memberitahu dia teruja untuk berkongsi pentas dengan dua band otai tersebut. Menyifatkan ia sebagai satu platform yang bagus buat dia dan rakan band lain, Alan dalam seloroh mengatakan Azlan & The Typewriter sebagai 'budak' atau junior kepada dua band otai sedia ada.

"Ini adalah peluang yang bagus buat kami. Mungkin aliran rock kami tidak seperti Wings dan XPDC, namun saya harap muzik kami akan membantu menyemarakkan konsert tersebut. Sementelah kami berkongsi pentas dengan dua band otai tanah air yang memang sudah banyak pengikut," ujar Alan lagi.

Menurut Alan, mereka akan membuat persembahan selama setengah jam dengan lima buah lagu termasuk sebuah lagu berjudul Rock & Roll milik band legenda Led Zeppelin.

Ditanya timbul atau tidak rasa bimbang kerana berkongsi pentas dengan band otai, Alan mengakui bahawa perasaan itu pernah wujud suatu ketika dahulu. Namun saat mereka sering diberi kepercayaan untuk berkongsi pentas dengan band otai, perasaan gusar atau takut itu hilang secara perlahan-lahan.

"Cuma untuk konsert ini, saya takut tidak mampu menarik perhatian dan suasana yang ada. Sebab itu kami memilih untuk memainkan lagu-lagu yang penonton kenal serta lagu luar yang juga terkenal di kalangan penggemar muzik rock," katanya lagi.


DARI kiri: Ali XPDC, Awie Wings, Mael XPDC dan Azlan & The Typewriter.


Bagi XPDC saat pertama kali ditanya penganjur Red Garage Group Sdn. Bhd. adakah mereka mahu terbabit dalam konsert anjuran mereka, ia segera dipersetujui. Kata Mael, ini adalah saat yang mereka idamkan - membuat sebuah persembahan berskala besar.

Ia juga kata Mael lagi sebagai satu mercu tanda bahawa selain band seperti Search dan Wings sahaja yang laku dijual penganjur, band seperti XPDC dan yang lain juga mampu dijual dan membawa pulangan kerana mereka mempunyai pengikut tersendiri.

"Sebenarnya di Malaysia, kita ada banyak band rock yang bagus, hanya kadangkala ia terlepas pandang. Justeru apabila kami ditawarkan untuk bergabung dengan tiga lagi band untuk konsert ini, kami tidak menolak. Mungkin ini adalah pintu buat penganjur lain melihat kredibiliti kami," ujar Mael yang mengaku XPDC banyak membuat persembahan tanpa liputan media.

Memberitahu tidak akan menyanyikan lagu baharu, XPDC yang sudah berusia lebih 20 tahun sebaliknya memilih untaian lagu hit mereka seperti C.I.N.T.A dan Hidup Bersama sebagai antara 'peluru' mereka pada konsert tersebut. Mereka juga buat pertama kali akan tampil bersama dua vokalis mereka iaitu Mael dan Ali.


KONSERT Loudspeaker akan menyaksikan setiap band bermain dalm slot sendiri dengan sekurang-kurangnya setengah jam persembahan.


Awie yang mewakili Wings memberitahu mereka tidak suka menolak rezeki. Sentiasa teruja apabila banyak penganjur sudah mula memberi kepercayaan kepada artis tempatan, ujar Awie, Wings akan beraksi selama setengah jam dengan membawa lagu-lagu hit mereka.

Tidak dilupakan adalah untaian lagu balada seperti Sejati atau Taman Rashidah Utama. Sementelah kata Awie, Wings tidak mempunyai lagu baharu untuk diperdendangkan kerana mereka sudah 11 tahun tidak membikin album dan khalayak sendiri sentiasa teruja untuk mendengar lagu lama setiap kali konsert berlangsung.

"Ini adalah konsert gabungan muda-mudi atau otai dan orang muda yang baik untuk kami," katanya yang menyifatkan vokal Alan sebagai unik.

Tambah Awie, selain gembira kerana muzik rock tak pernah mati, sesuatu yang membuat dia teruja adalah apabila konsert berbayar telah kembali hidup. Ia sekali gus memupuk aprisiasi kepada penonton agar menilai muzik atau artis dengan bayaran kerana itu adalah perkara yang sewajarnya dilakukan.

Ditanya apa yang boleh diharap khalayak tentang penampilan mereka pada hari konsert itu kelak, Awie menyatakan, tidak akan ada banyak gimik yang bakal dilakukan, kecuali Wings akan muncul dengan motosikal berkuasa besar.

Full content generated by Get Full RSS.

RTW 2011 masih relevan

Posted:

RTW 2011 masih relevan

RTW 2011 masih relevan

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN


SAMBUTAN hangat. Lautan remaja yang membanjiri festival muzik mega, Rock The World 2011.


RUGI bagi peminat rock tegar yang menghabiskan sisa cuti hujung minggu dua minggu lepas tanpa bersesak-sesak mahupun berpusu-pusu membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur untuk festival yang dinamakan Rock The World (RTW).

Sudah kali ke-11 RTW mengambil tempat, pelbagai jenama band rock indie sudah bersilih ganti, berkongsi dan beradu tenaga, rasa dan gegaran sematang usianya.

Bak kata Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo, 10 tahun lalu banyak band rock sudah 'memakai' RTW sebagai platform untuk bertemu peminat mahu melakar nama.

"Sebagai contoh, kumpulan Estrange antaranya pernah mengisi slot RTW 4 sebelum mereka dikenali ramai.

"Selain itu, Pop Shuvit juga sebelum ini sudah dua kali terlibat mengadakan persembahan di pentas RTW 2 dan 3," katanya ketika ditemui di festival itu baru-baru ini.

Menerusi RTW 11 yang dibawakan oleh Tune Talk Mobile Prepaid, sebanyak 30 buah band rock dibiar beraksi termasuk Massacre Conspiracy, The Azanders, Kyoto Protocol, Monoloque feat Atilia, Bittersweet, Pesawat, Reza Salleh, The Padangs, Statik, Salam Musik, Melodisaster, Ballad for Layla dan Daarchlea.

Audiens

Bermula seawal pukul 10 pagi hingga lewat malam, kebanjiran pengunjung juga sedikit pasif sehingga lewat petang.

"Kalau diikutkan tahun lepas lebih teruk kalau dilihat daripada sudut kehadiran audiens, RTW pada kali itu kebetulan berlangsung pada malam perlawanan bola sepak Piala Suzuki," ujarnya yang menganggar pengunjung tahun ini sekitar 10,000 orang.

RTW sedikit cerewet dari segi pemilihan band untuk beraksi sama ada di pentas utama (di dalam stadium) mahupun pentas open mic (pekarangan stadium).

Kata Jason, daripada 100 buah band yang mendaftar untuk menyertai RTW, hanya 30 buah band dipilih.

"Pemilihan dilihat dari segi populariti band itu di stesen-stesen radio, ada fan page sendiri, baru mengeluarkan album atau single serta band yang boleh membikin 'bunyi' sendiri," ceritanya yang sudah lima kali beraksi di pentas RTW sendiri.

Antara band yang membuat persembahan di pentas 'mini terbuka' (open mic), Apple Project, Dazmelon, Heart-A-Tack, Medusa, Gabba Gabba, Mona Lyssa dan Sekumpulan Orang Gila.


PERTAMA kali muncul di pentas Rock The World pada tahun 2009, kemunculan Pesawat kali ini lebih memberangsangkan.


Sukar katanya untuk membawakan RTW merentas Laut China Selatan ke kepulauan Borneo berikutan faktor kos.

Begitu juga permintaan daripada peminat untuk membawakan artis antarabangsa beraksi di pentas RTW.

"Jika difikirkan memang pihak kami ingin membawakan RTW ke Borneo begitu juga menjemput artis dari luar negara untuk membuat persembahan.

"Tapi festival ini khusus untuk orang tempatan, tidak hairan RTW digelar festival rock indie terbesar Malaysia," tutur Jason bersemangat.

Kejayaan

Bagi band yang pertama kali dibenar beraksi di pentas RTW umpamanya Statik, ia merupakan penghargaan terbesar bagi mereka.

"Ini pertama kali membuat persembahan di RTW dan ini kejayaan terbesar bagi kami, harap selepas ini akan diberi peluang lebih luas," ujar vokalis kumpulan itu, Haziq Mohd.

Statik yang sudah mengeluarkan album pertama mereka berjudul Statik memperjuangkan pop agresif dan menjadikan band-band antarabangsa seperti The Who, Beatles dan Crazy Chief sebagai rujukan.

Sementara bagi band Pesawat yang baru mengeluarkan single terbaharu, Bandaraya Ibukota, peluang beraksi di pentas RTW bagaikan menyelam sambil minum air.

"RTW merupakan festival tahunan yang paling besar buat pejuang muzik indie, selain dapat mendekatkan diri dengan peminat, kami dapat mempromosikan single terkini Pesawat," kata vokalisnya, Jipie atau Hudzaifi Hazmi.

Full content generated by Get Full RSS.

Salman 'halau' Shah Rukh

Posted:

Salman 'halau' Shah Rukh

Salman 'halau' Shah Rukh


SALMAN dan Shah Rukh tidak boleh bertemu muka.


KEJADIAN lucu telah berlaku antara Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang dikatakan secara tidak sengaja telah menaiki kapal terbang yang sama untuk ke New Delhi baru-baru ini.

Umum mengetahui hubungan antara kedua-dua aktor tersohor Bollywood itu tidak baik tetapi takdir telah menemukan kedua-duanya dalam kapal terbang yang sama.

Ujar sumber: "Shah Rukh yang baru memasuki perut kapal terbang penerbangan ke New Delhi di bahagian kelas bisnes terkejut apabila mendapati Salman telah duduk di salah satu kerusi di situ.

"Sedangkan ketika itu Salman serta krew filem terbaharu lakonannya, Ek Kha Tiger juga berada dalam kapal terbang itu. Apabila Shah Rukh melihat Salman dalam kapal terbang itu, dia kelihatan panik sambil menelefon seseorang dan serta-merta turun dari kapal terbang itu."

Namun jurucakap Shah Rukh pula telah memberi alasan yang tersendiri yang boleh dipersoal kebenarannya.

Katanya: "Shah Rukh pada awalnya mahu menaiki jet peribadi. Namun, disebabkan sesuatu perkara dia terpaksa menukar rancangan pada saat-saat akhir dengan menaiki kapal terbang komersial. Namun, apabila dia sudah duduk di kerusi kapal terbang tersebut, dia tiba-tiba mendapat panggilan telefon bahawa jet peribadi untuknya telah disediakan."

Full content generated by Get Full RSS.