Adsense

Selasa, 6 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Anugerah Skrin 2011 Kembali, 8 Telefilem Diulang Siaran.

Posted: 06 Sep 2011 11:32 PM PDT

Penganjuran anugerah berprestij, Anugerah Skrin sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggiat seni tanah air. Anugerah yang bertujuan memberi pengiktirafan kepada karyawan-karyawan seni tanah air ini bukan sahaja memberi ruang kepada penggiat seni untuk memperkembangkan lagi bakat seni, malah menggalakkan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi sekali gus memartabatkan hasil seni negara. Kini, pengiktirafan kepada karyawan seni diteruskan lagi dengan penganjuran Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang bakal diadakan pada bulan November bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2011, TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon ke Anugerah Skrin 2011. Ia akan disiarkan setiap Ahad, jam 10.00malam – 12.00tengah malam mulai 11 September 2011 hingga 30 Oktober 2011.

Kategori yang dipertandingkan akan diumumkan dengan lebih terperinci pada bulan Oktober kelak.

Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9 berkata, "untuk makluman, pihak kami akan mengumumkan dengan lebih terperinci mengenai kategori keseluruhan pencalonan termasuklah senarai nama drama, filem dan juga barisan pelakon serta produksi yang telah disenarai pendek di dalam satu majlis sidang akhbar khas Anugerah Skrin 2011 pada bulan Oktober nanti."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Spotlight : How I Met Your Mother Musim Ke-7 Kembali.

Posted: 06 Sep 2011 10:46 PM PDT

Peminat How I Met Your Mother kini boleh menarik nafas lega apabila sitkom paling popular ini kembali untuk musim ke-7 sempena musim luruh di negara Amerika Syarikat. Istimewanya, peminat akan disajikan dengan 2 episod berturutan pada tayangan perdana yang dijangkakan keudara pada 19 September 2011 nanti.

Siri sitkom komedi ini sering menjadi pilihan oleh penonton seluruh dunia. Berdasarkan laporan statistik Sidereel.com, How I Met Your Mother sering menduduki tangga pertama dalam senarai 10 siri drama paling popular di dunia. Antara drama-drama yang bersaing sama ialah Pretty Little Liars, Grey's Anatomy, Gossip Girl, True Blood, The Daily Show, Jersey Shore, The Big Bang Theory, Weeds & One Three Hill.

Kesinambungan musim ke-7 ini akan membawa penonton mengikuti kisah perkahwinan Barney Stinson (Neil Patrick Harris), seorang jejaka kaya yang kaki perempuan serta pertemuan Ted Mosby (Josh Radnor), seorang pensyarah arkitek dengan bakal isterinya. Dengan siapakah Barney Stinson akan berkahwin, serta siapakah isteri Ted Mosby akan dibongkarkan dalam How I Met Your Mother musim ke-7.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...