Adsense

Selasa, 6 September 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Gambit Menyesal Keluarkan Kata-Kata Kesat

Posted: 05 Sep 2011 05:44 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Gambit Saifullah mengakui kata-kata kesat yang dikeluarkan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini adalah tidak profesional dan terlalu mengikut perasaan.

Gambit, 26, berkata, penggunaan perkataan "babi" dan "anjing" itu tidak ditujukan kepada peminat-peminatnya tetapi kepada individu tertentu yang gemar membuat tohmahan dan fitnah kepadanya selama ini.

"Saya mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan tidak sepatutnya perkataan seperti itu digunakan walaupun saya dalam keadaan marah kerana ia meninggalkan kesan mendalam," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Gambit memberi penjelasan terhadap status Facebook yang ditulisnya dengan menggelar pihak tertentu dalam laman sosial miliknya itu sebagai anjing dan babi.




Status Gambit yang menimbulkan rasa marah peminatnya.

Dalam turut menuduh sesetengah rakan mayanya mempunyai pemikiran yang cetek.

Mengakui menyesal menggunakan perkataan tersebut, Gambit berkata, dia menulis status demikian kerana berasa geram dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang cepat menilai dan membuat fitnah sama ada mengenai dirinya.

"Saya tidak tujukan status berkenaan kepada peminat saya tetapi kepada beberapa individu yang telah meninggalkan pelbagai kata-kata yang bukan sahaja mencalarkan perasaan saya tetapi peminat lain yang membaca," ujarnya.



Gambit telah pun memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.

Bakal muncul dengan filem "Karipap-Karipap Cinta" pada 15 September ini, Gambit juga telah memohon maaf secara terbuka di Facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakan terbabit.

Ditanya adakah kontroversi tersebut akan menjejaskan promosi dan kutipan filem "Karipap-Karipap Cinta", Gambit memberitahu dia tidak tahu sama ada ia akan memberi kesan terhadap filem berkenaan atau tidak namun percaya peminat akan memberi sokongan kepada filem tersebut.

"Saya percaya peminat filem Melayu tempatan tidak akan mencampuri kontroversi ini dengan filem tersebut dan saya juga percaya peminat akan terus menyokong filem ini," katanya.

Faezah Elai Mahu Kontroversi Ditutup Selepas Nikah

Posted: 05 Sep 2011 05:43 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Heykal Hanafiah, 38, berharap pernikahan tersebut menutup segala kontroversi tentang hubungan mereka.

Jelas Faezah, dia mahu menjalani kehidupan sebagai manusia biasa yang mempunyai sebuah keluarga bahagia.

"Saya berharap selepas pernikahan saya pada 9 September ini, ia dapat menutup semua cakap-cakap dan hinaan orang terhadap saya dan Heykal.

"Saya hanya mahu menjadi seorang isteri yang mithali dan menjalani kehidupan bahagia seperti orang lain," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Pasangan tersebut bakal bernikah pada Jumaat ini pukul 3 petang di rumah pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang. Majlis resepsi sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 3 Disember di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Sementara itu pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di Pulau Pinang.

"Bagi majlis pernikahan ia hanya dihadiri oleh kedua-dua pihak keluarga kami dan media sahaja. Bagi rakan artis pula akan dijemput ke majlis resepsi pada 3 dan 4 Disember.

"Namun begitu saya belum lagi membuat senarai tetamu undangan dan edarkan kad jemputan kerana tarikh pada bulan Disember masih jauh lagi," ujarnya.

Ditanya tentang perasaannya, Faezah berkata dia masih lagi tidak percaya bakal bergelar isteri kepada Heykal.

"Sekarang perasaan bercampur baur, bimbang, takut dan tidak percaya akan menamatkan zaman bujang. "Saya harap majlis tersebut akan berjalan lancar seperti diatur," katanya.

Dalam pada itu, biarpun sibuk melakukan persiapan terakhir, Faezah berkata dia masih mempunyai dua buah drama yang harus diselesaikan.

"Mungkin pertengahan bulan ini saya akan ke London untuk selesaikan filem "Tanda Putera" dan selepas itu ada dua drama lagi yang memerlukan khidmat saya," katanya.

Lima Hari Tayangan, 'Hantu Bonceng' Kutip RM5 juta

Posted: 05 Sep 2011 05:42 PM PDT


PETALING JAYA: Filem terbaharu arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Hantu Bonceng, berjaya mendapat kutipan sebanyak RM5 juta dalam masa lima hari tayangan bermula 31 Ogos lalu.

Menurut Ahmad Idham, dia bersyukur dengan pencapaian filem di bawah terbitan syarikatnya sendiri, Excellent Pictures itu kerana Hantu Bonceng mencatat sejarah dengan kutipan tiket terbesar pada musim perayaan.

"Alhamdulillah, kutipan tiket Hantu Bonceng mencecah RM1 juta bagi setiap hari tayangan. Melalui tinjauan di beberapa lokasi di Lembah Klang ada juga penonton yang kecewa kerana tiket sudah habis.

"Daripada makluman pengurus panggung pula, tiket-tiket di sebelah malah sudah habis di waktu petang. Jadi saya menasihati supaya membeli tiket lebih awal atau membuat tempahan secara dalam talian," katanya melalui satu kenyataan yang dihantar melalui e-mel di sini, Isnin.

Tambah Ahmad Idham, dia juga bersyukur kerana hasil promosi yang kuat menerusi di ruangan akhbar, radio, televisyen serta di laman sosial Twitter dan Facebook,ia telah berjaya menarik perhatian ramai untuk menonton filem tersebut.

Perkiraan kutipan tiket Hantu Bonceng yang dibintangi oleh Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid AF dan ramai lagi dikira menerusi tayangan di 80 buah pawagam serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei.

"Saya juga ingin menyeru kepada sesiapa yang masih lagi belum menonton filem saya ini, silalah ke pawagam berhampiran bersama-sama rakan mahupun keluarga kerana saya jamin, selain memberikan hiburan dengan lawak komedi pelakon-pelakonnya, ia juga menyampaikan mesej yang berguna buat semua.

"Diharap, dengan sokongan yang diterima daripada peminat-peminat akan berterusan, mana tahu, Hantu Bonceng akan melakar sejarah yang tersendiri," ujarnya.

google: filem hantu bonceng, kutipan terkini terbaru filem hantu bonceng, pelakon filem hantu bonceng, preview filem hantu bonceng, komen filem hantu bonceng, pengalaman filem hantu bonceng, trailer filem hantu bonceng, ost filem hantu bonceng, bts filem hantu bonceng, pengarah penerbit filem hantu bonceng, download filem hantu bonceng, youtube filem hantu bonceng

'Nasi Lemak 2.0' Tiada Niat Mengkritik - Namewee

Posted: 05 Sep 2011 05:39 PM PDT



PETALING JAYA: Pengarah filem baru yang pernah mencetuskan kontroversi menghina lagu Negaraku iaitu Namewee berkata filem pertamanya berjudul Nasi Lemak 2.0 tidak mempunyai niat yang tidak elok dalam mengkritik.

Katanya, filem tersebut merupakan gambaran yang sebenar dan menjelaskan apa yang ingin cuba disampaikan tentang masyarakat majmuk di negara ini.

"Mungkin sebelum ini, ramai ingat yang saya hanya pandai mengkritik dan saya hanya berani melakukannya di saluran Internet melalui Youtube.

"Kini, saya mempunyai buah tangan yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas niat saya, iaitu untuk melihat sebuah Malaysia yang meraikan segala perbezaan masyarakat kami yang berbilang bangsa dan agama," katanya dalam satu kenyataan media selepas tayangan berbayar yang diadakan di Melbourne, Australia, 31 Ogos lalu.

Selain itu, dia turut terharu dengan sambutan dan maklum balas penonton terhadap filem tersebut selepas tayangan yang dilakukan di panggung Hoyts di Melbourne Central, Australia, baru-baru ini.

"Memang saya rasakan, Nasi Lemak 2.0 akan diterima baik kerana filem ini meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia dengan masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

"Walau bagaimanapun, sambutan di sini oleh penonton yang sanggup membayar lebih enam kali ganda bayaran tontonan di panggung wayang di Malaysia, menjadi pembakar semangat untuk bersiap sedia untuk filem ini ditayangkan di tanah air," katanya.

Selain Nawewee sendiri pelakon lain yang turut membintangi filem tersebut ialah Adibah Noor, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin dan Felixia Yap, Dennis Lau dan pendatang baru Felixia Yeap.


Ketika tayangan berbayar di Melbourne, Australia
Sementara itu, pelakon dan penyanyi Adibah Nor berbangga dengan hasil kerja Namewee dalam menghasilkan filem komedi tersebut kerana seiring dengan seruan kerajaan 1Malaysia.

"Saya bangga menjadi sebahagian filem ini kerana dalam menghibur, Nasi Lemak 2.0 adalah 'resipi' kearah visi Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, ke arah 1Malaysia.

"Dari sambutan penonton filem ini membuktikan kita semua mampu gelak ketawa dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama dan dalam masa yang sama, menerima segala perbezaan tersebut yang membuatkan kami suatu masyarakat yang unik," katanya.

Manakala, Nadine Ann Thomas berkata filem Nasi Lemak 2.0 berunsurkan lawak ringan, yang diselit dengan pesanan penting buat semua rakyat Malaysia.

"Dalam gelak tawa, Nasi Lemak 2.0 membuktikan kami saling memerlukan ke arah menjadikan Malaysia yang lebih hebat!

"Lawak yang diketengahkan oleh filem ini adalah cara yang baik untuk ketengahkan mesej penting ini kepada semua rakyat Malaysia dan saya turut bangga menjadi sebahagian Nasi Lemak 2.0 yang meraikan keistimewaan kami sebagai rakyat Malaysia," katanya.

Filem Nasi Lemak 2.0 yang mengisahkan tentang seorang tukang masak yang mencari identitinya melalui masakan. Filem ini akan di tayangkan pada Khamis ini.

eat this google: nasi lemak 2.0, pelakon nasi lemak 2.0, pengarah nasi lemak 2.0, kutipan terbaru terkini nasi lemak 2.0, pawagam nasi lemak 2.0, berita terbaru terkini nasi lemak 2.0, poster nasi lemak 2.0, nasi lemak 2.0 dan namewee, nasi lemak 2.0 preview, nasi lemak 2.0 ulasan, filem nasi lemak 2.0, tayangan filem nasi lemak 2.0, trailer filem nasi lemak 2.0, download filem nasi lemak 2.0