Adsense

Selasa, 6 September 2011

Celebrity News

Celebrity News


Sinopsis Antara Maghrib Dan Isyak Pada 13 September

Posted: 06 Sep 2011 08:37 AM PDT

Satu lagi Drama keluaran abang Rosyam kita yang sudah pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk menunggu perjalanan cerita Drama ini. Dan sebagai permulaan berikut Sinopsis mengenai Drama ini :

Antara Maghrib dan Isyak mengisahkan dilema Yusri berusia 32 tahun (Zalfie Raoul) yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah 7 tahun berkahwin dengan Anita (Suriati Abu Bakar @ Atie). Yusri berasa kagum dengan Haji Seman (Fathil Dhani), Ramlie (Kazar) dan Adman (Muslee Ramly) yang berpoligami.

Haji Seman (60 tahun) merupakan seorang suami yang sentiasa berusaha untuk berlaku adil kepada kedua-dua isterinya, Hasnah (Arfah Damanhuri) dan Rokiah (Mummy Kathy). Rumah tangga beliau berada dalam keadaan harmoni dan jarang terjadi salah faham serta cemburu di antara kedua-dua isterinya, cuma mereka masih tidak dikurniakan anak setelah lama berkahwin.


Ramlie (50 tahun) pula menguruskan kedua-dua rumah tangganya dengan garang kerana dia tidak mahu memberi muka kepada isteri-isterinya, Salmah (Liza Abdullah) dan Suraya (Catriona Ross). Maka, rumah tangga Ramlie sentiasa tegang ditambah pula dengan sikap cemburu Salmah yang selalu mencari pasal dengan Suraya.

Berlainan pula dengan Adman (45 tahun), dia menangani konflik yang melanda kedua-dua rumah tangganya dengan pelbagai tipu muslihat. Adman sentiasa diburu perasaan bersalah kerana kebaikan isteri tuanya, Mazni (Norseha). Mazni yang masak dengan perangai Adman yang suka berpeleseran membenarkan Adman berkahwin dengan Amelia apabila Adman memberitahunya secara jujur telah jatuh cinta pada Amelia. Ini menimbulkan rasa kurang senang hati isteri mudanya, Amelia (Watie Sadalie) apabila Adman sering berada di rumah Mazni.

Haji Seman sering menjadi tempat Ramlie dan Adman meminta nasihat. Kehebatan Ramlie dan Adman bercerita tentang kehidupan berpoligami telah menarik perhatian Yusri. Dalam diam-diam, Yusri memasang niat untuk berkahwin lagi satu tanpa pengetahuan isterinya. Bagaimanapun, tindakan Yusri telah menimbulkan pelbagai masalah terutama dalam membahagikan masa untuk isteri mudanya, Nurain (Lovinia). Yusri hanya berkesempatan menemui isteri mudanya di antara waktu Maghrib dengan Isyak dengan memberi alasan untuk berjemaah di masjid.

Manakala Adman dan Ramlie yang bosan dengan kehidupan mereka yang tidak pernah aman, berhasrat untuk menambah lagi bilangan isteri masing-masing. Bagaimanapun hasrat Adman dan Ramlie serta perkahwinan rahsia Yusri terbongkar juga dan menimbulkan keributan dalam keluarga masing-masing. Dalam kekecohan tersebut, mereka terkesima apabila heboh memperkatakan kedua-dua isteri Haji Seman telah meminang seorang balu untuk dijadikan isteri ketiga Haji Seman. Apakah yang akan terjadi seterusnya?

Jangan lupa saksikan drama bersiri komedi Antara Maghrib Dan Isyak menerusi slot Senda Pagi, setiap hari Selasa dan Rabu jam 11.00pagi mulai 13 September 2011


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Drama Cinta Elysa Lakonan Fasha Sandha Dan Johan Shif

Posted: 06 Sep 2011 08:25 AM PDT

Hari demi hari Fasha Sandha maju setapak dengan menghiasi kaca TV anda, walaupun pelbagai konterversi yang ditimbulkan beliau tetap menjadi pilihan menjadi pelakon utama dan terbaru Drama Cinta Elysa di TV3.


Cinta Elysa menceritakan sebuah dilema yang dihadapi Aril yang terpaksa menjalankan tanggungjawab menjaga ibu saudara dan sepupu-sepupunya yang membenci dan memusuhinya. Watak ibu saudara yang sangat membenci Aril dipegang oleh Zila Bakarin manakal sepupunya yang perempuan bernama Elysa lakonan Fasha Sandha.

Jasman, yang merupakan bapa saudara kepada Aril ni sebelum dia meninggal dunia, mewasiatkan Aril supaya menjaga dan memastikan keselamatan anak-anaknya. Jasman mahu Aril menjaga anak-anaknya sehingga mereka tamat pengajian masing-masing.

Watak Aril adalah seorang yang samseng dan dianggap pemuda bermasalah serta dibenci oleh ibu saudara dan sepupunya. Jadi dalam keadaan dibenci dia terpaksa menjalankan amanah dan tanggungjawab besar bapa saudaranya itu walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu saudaranya yang sentiasa ingin menjadi penghalang.

Drama Cinta Elysa terbitan Suhan Movies ni yang akan menemui peminat pada setiap Selasa jam 9.00 malam, di TV3!

Drama terbitan Suhan Movies

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Dan Video Filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee

Posted: 06 Sep 2011 07:57 AM PDT


Filem Nasi Lemak 2.0 mengisahkanChef Huang (Namewee) menghadapi kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun bertentangan dengan masakannya yang kurang popular, dia dikenali sebagai 'Hero Huang' dikawasan kejiranannya. Chef Huang akan membantu komunitinya sehingga dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkan dia terjebak dengan masalah.

Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaaan restorannya Chef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja gerai wanita penuh misteri (Adibah Noor) yang mengarahkan beliau memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.


Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu dengan ramai 'hero tempatan' yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui semula asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam 'nasi lemak'.

Pelakon Filem Nasi Lemak 2.0
Adibah Noor, Afdlin Shauki, Nur Fathia, Reshmonu, Dato' David Arumugam, Pete Teo, Ho Yuhang, Felixia Yeap, Nadine Ann Thomas, Dennis Lau, Dian Sharlin, Kenny & Chee dan ramai lagi.
Diantara pelakon filem Nasi Lemak 2.0


Info Filem Nasi Lemak 2.0
Tajuk Filem : Nasi Lemak 2.0
Tarikh Ditayangkan : 8 September 2011
Pengarah : Wee Meng Chee (Namewee)
Production : Prodigee Media

Link Triller : http://www.youtube.com/watch?v=Fsj-_kPc3CY

Dah Tengok Filem Ni ??? Jom Share !!!


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!