Adsense

Khamis, 28 Julai 2011

Zon Artis

Zon Artis


Hubungan Khairul Fahmi Che Mat & Tunang Bermasalah?

Posted: 28 Jul 2011 07:09 PM PDT

GAMBAR PERTUNANGAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN AIMIE HARMELIA

Seperti yang anda semua sedia maklum, penjaga gol Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih familiar dengan gelaran Apex telahpun bertunang dengan Aimie Harmelia (ini blognya) pada 17 Mei 2011 dan dengarnya akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini.

Namun beberapa hari lalu, kami ada terbaca cerita kurang enak kat Twitter yang hubungan Khairul Fahmi Che Mat dan tunang mengalami masalah. Puncanya, Khairul Fahmi dikatakan bermain kayu tiga. Namun sejauh mana kesahihannya, hanya tuan punya badan saja yang tahu dan time tu kami tak ambil port.

Tapi beberapa hari lepas juga, tersebar screenshot status Facebook Aimie Harmelia yang nyata memberi gambaran jelas kepada umum bahawa hubungannya dengan Khairul Fahmi menghadapi sedikit masalah. Anda boleh baca sendiri status yang ditulis oleh Elia tu kat bawah ni.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT DAN AIMIE HARMELIA PUTUS TUNANG

Kalau tak nampak, ini kami salinkan semula:

Kau jgn nak kurang ajar sgt ek.. lg2 kau krg ajar ngn MAK aku.. ko igt ko tu dh super star sgt ke smpai nk kerek ngn org tua?!! aku dh byk sbr ngn kerenah ko tp jgn uji kesabaran aku!! igt sikit dr mana ko dtg

Dia mmg dh byk brubh. Makin lama makin truk. Kita sbr je xputus2 doa hope dia brubah.tp bila smpai dh tinggi suara ngn mak kita yg cuba nasihatkn dia, tu mmg xleh nk sbr dh.melampau!

Setakat ini masih belum kedengaran sebarang kenyataan dari Khairul Fahmi mengenai perkara ini. Mungkin tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan memanjang-manjangkan cerita. Cuma Aimie Harmelia sahaja yang dilihat lantang bersuara di laman Facebook miliknya.

Disebabkan kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, kami hanya mampu mendoakan yang terbaik kepada mereka. Semoga ikatan mereka terus utuh sehingga ke jinjang pelamin seperti yang telah mereka rancangkan.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.