- Blog Hanz - |
- Semua Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia/Singapura Habis Dijual
- Alamak! Khairul Fahmi@Apek Dah Ada Awek Lain Ka?
- (GAMBAR) Pelakon Baru Izreen Azminda Mantap
- (GAMBAR) Fathia belajar dari kesilapan, jadi lebih matang!
Semua Tiket Perlawanan Bola Sepak Malaysia/Singapura Habis Dijual Posted: 27 Jul 2011 01:56 PM PDT PUTRAJAYA – Kesemua baki 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Khamis, telah habis dijual, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek hari ini. Beliau berkata penjualan tiket yang menggalakkan dan di luar jangkaan itu membuktikan sokongan padu rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya tetap kukuh. "Petang ini kesemua baki 85,000 tiket sudah habis dijual yang membuktikan rakyat Malaysia sememangnya yakin dengan pasukan kebangsaan. "Saya menyeru semua penyokong datang memberi sokongan padu sehingga kita menang saingan ini," katanya kepada Bernama ketika ditemui dalam tren KLIA Transit dalam perjalanan ke KL Sentral bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta anggota kabinet yang lain bagi kempen kibar Jalur Gemilang. Sebanyak 60,000 tiket telah dibeli pada hari pertama tiket perlawanan itu dijual Selasa lepas. Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lalu. – BERNAMA |
Alamak! Khairul Fahmi@Apek Dah Ada Awek Lain Ka? Posted: 27 Jul 2011 01:50 PM PDT Benar atau tidak wanita di atas benar-benar mempunyai hubungan dengan Khairul Fahmi tidak dapat disahkan. Ini adalah info daripada sumber-sumber yang dimaklumkan di atas. Berdasarkan luahan Facebook Jejari Runcing (tunangnya) di bawah, nampak memang benar hubungan mereka berdua ada isu tersendiri. Lama rasanya tidak menggunakan perkataan berantakan. Namun mungkin itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan desas-desus mengenai pertunangan Jejari Runcing (Elia) dengan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama manja Apek. menurut satu sumber katanya Apek dilihat bersama dengan seorang wanita lain baru-baru ini. Desas-desus keretakan ini dikuatkan pula dengan entri terbaru di blog Jejari Runcing yang bertajuk "Doaku Buat Kekasih". Abang Nara mendoakan agar desas-desus ini adalah tidak benar sama sekali. Abang Nara berharap agar ini cuma khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang dengki dengan kebahagiaan Apek dan Elia. Buat Apek dan Elia, semoga tabah menghadapi dugaan semasa pertunangan. |
(GAMBAR) Pelakon Baru Izreen Azminda Mantap Posted: 27 Jul 2011 01:28 PM PDT Mungkin itu menjadi penyebab mengapa nama Izreen kurang menonjol dan popular seperti pelakon-pelakon baru muda mudi lain yang kini dah top-top meskipun pernah membintangi drama/filem popular seperti drama Nenek Kebaya, Isabella, Samson Delaila, Sutera Maya serta filem Nana Tanjung 2 dan Otai. Apa-apa pun teruskan perjuangan mu, jangan cepat mengalah yer. |
(GAMBAR) Fathia belajar dari kesilapan, jadi lebih matang! Posted: 27 Jul 2011 01:26 PM PDT |
You are subscribed to email updates from - Blog Hanz - To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |