Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater |
Perodua Tweckbot Pastikan Anda Selamat Di Musim Perayaan Posted: 28 Jul 2011 07:32 PM PDT PERODUA TWECKBOT PASTIKAN ANDA SELAMAT DI MUSIM PERAYAAN Setiap dari kita mesti nak selamat kan? Giler tak? Perkataan 'selamat' dah jadi perkataan wajib setiap hari. Budiey boleh kasi contoh, pagi-pagi bila jumpa orang, kita ucap 'Selamat Pagi'. Itu satu doa dan harapan kita semoga semua dari kita selamat dan sejahtera. Selain itu, dalam hidup kita seharian, kita pentingkan keselamatan. Tak kiralah samada berada kat rumah atau masa memandu di jalan raya. Sebut pasal memandu ni, Budiey teringat dengan moto terbaru dari Perodua yang baru diperkenalkan iaitu ANDA KEUTAMAAN KAMI. Tagline ni tak ubah macam satu janji Perodua kepada pengguna. Jadi, kalau korang rasa Perodua tak 'care' tentang pengguna, boleh report la ya. Budiey rasa, moto atau tagline ni sangat sesuai imej Perodua yang sentiasa mahu memberikan terbaik untuk pelanggannya. Tambahan lagi, di musim perayaan macam ni, semua orang berpusu-pusu nak balik kampung. Kereta tu jangan lupa nak servis pula ya. Bukan apa, takut nanti ada lak yang tak dapat balik kampung. Setidak-tidaknya, Perodua sangat prihatin dengan pengguna. Perodua antara syarikat pengeluar kereta yang mementingkan pengguna dan meletakkan pemilik kereta dari Perodua di tempat teratas. Terbaru, dari apa yang Budiey baca, Perodua sedang melancarkan satu lagi kempen iaitu PERODUA TWECKBOT. Inilah kali pertama terdapat servis seperti ini di Malaysia dan ia terbuka hanya kepada pemilik Perodua sahaja kerana "anda keutamaan kami". Oh ya, dikatakan kempen ini sejajar dengan tagline ANDA KEUTAMAAM KAMI dan ia satu-satunya program yang sangat unik dan tak pernah dibuat oleh mana syarikat pengeluar kereta sebelum ini di Malaysia. Jadi, program PERODUA TWECKBOT ini dirangka untuk membantu pemilik kereta Perodua mendapatkan pemeriksaan 15 poin untuk kereta Perodua mereka secara PERCUMA. BAGAIMANA NAK DAPATKAN PEMERIKSAAN 15 POIN NI? Mmm… itu satu soalan yang pasti bermain dalam fikiran korang sekarang ni kan? Okay, langkah pertama yang korang kena buat ialah follow Twitter Perodua iaitu: @MyPerodua dan sekiranya Perodua Tweckbot datang ke lokasi di mana anda sedang berada, anda boleh tweet kepada @MyPerodua. Kemudian, yang bestnya mekanik Perodua yang terpilih akan datang ke depan rumah anda untuk memberikan pemeriksaan 15 poin kepada anda untuk memeriksa keadaan kereta anda samada selamat atau tidak untuk pulang beraya di musim perayaan ini. Ini tertakluk kepada siapa cepat, dia dapat ya. Haaa… ini bermakna korang akan diberikan servis percuma untuk membantu anda bagi memastikan kereta anda berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu semasa pulang ke kampung. Jika sekiranya semasa pemeriksaan 15 poin dibuat, dan kereta anda berada dalam keadaan yang tak elok, anda akan diberitahu dan akan dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan lanjut. Nak info lebih jelas, boleh juga menonton video ni: PERODUA TWECKBOT ini akan melawat ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Lembah Klang semasa musim perayaan ini untuk memberikan peluang kepada pemilik Perodua menulis tweet @MyPerodua dan pihak Perodua akan ke rumah anda untuk melakukan pemeriksaan 15 poin. Budiey rasa program ni best jugak sebab Budiey memiliki sebuah Myvi… mmm kalau macam tu, kena tunggulah Tweckbot ni sampai di kawasan Bandar Baru Sentul ni, baru boleh tweet. Kepada korang yang menjadi pemilik Perodua yang setia, nantikan tweet dari Perodua…. Jyeaaa…. Yang pasti sekarang korang kena follow @MyPerodua. Jom follow… I dah followwwww…. Click on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
Gambar Nur Fazura di Majlis Bersama Peminat Setia di Hotel Le Meridien Posted: 28 Jul 2011 07:20 PM PDT Hari Yang Indah Bersama Bintang Selebriti LUX, Nur Fazura Le Meridien, Kuala Lumpur, 29 Julai 2011 – Bagi peminat setia Bintang LUX Nur Fazura, berjumpa sendiri dengan beliau sudah cukup menerbitkan perasaan gementar, jadi semestinya dapat meluangkan masa seharian berkenalan dengan beliau umpama mimpi indah yang menjadi kenyataan. Sememangnya mimpi itu benar-benar menjadi realiti bagi sekumpulan gadis bertuah dan teman baik atau lebih dikenali sebagai BFF mereka sebagai ganjaran mencipta tandatangan LUX secara kreatif dalam peraduan baru-baru ini, yang diadakan oleh LUX dengan kerjasama Mydin. Kumpulan itu mendapat peluang yang jarang-jarang ditawarkan untuk belajar tip kecantikan dan rahsia penjagaan tubuh dari beberapa pakar kecantikan, disertai sesi istimewa apabila si jelita Fazura sendiri berkongsi tip kecantikan peribadi beliau untuk kelihatan hebat! Mereka kemudiannya dilayani seperti VIP apabila dimanjakan dengan sesi merias kuku. Menjelang malam, perkara yang dianggap oleh ramai orang sebagai hari yang sempurna, diakhiri dengan sesi makan malam ramah-mesra bersama Fazura, di mana pada waktu itu semua orang sudah menjadi akrab. Bagi merakamkan detik bermakna itu, gadis-gadis riang itu bergilir-gilir mengambil gambar peribadi mereka bersama Fazura dan setiap seorang daripada mereka membawa pulang produk mandian badan LUX yang sudah ditandatangani secara peribadi oleh Fazura. "Setiap wanita mengimpikan untuk kelihatan dan berasa jelita, yang hadir secara semula jadi apabila tahu bagaimana membawa diri kita pada tempatnya dan berasa selesa dengan penampilan kita. Bengkel kecantikan bersama Fazura ini yang bertujuan memberi ganjaran kepada para pemenang bertuah kami yang menyokong LUX pastinya dapat membantu mereka memperoleh beberapa maklumat berharga tentang bagaimana kelihatan dan berasa berseri-seri," kata Brand Manager of Personal Wash LUX, Tanya Teng. LUX baru-baru ini melancarkan produk rangkaian mandian badan kecantikan LUX 'Soft & Silky Smooth' yang melengkapkan rangkaian LUX 'Fine Fragrance Elixirs' yang dilancarkan terdahulu pada tahun ini. Rasa mewah, tarikan dan sensual rangkaian LUX "Soft and Smooth" dapat dinikmati dalam dua varian berharga; LUX Soft Touch and LUX Velvet Touch. Mengenai LUX LUX percaya bahawa berkelakuan cantik adalah satu cara mempersembahkan wajah terbaik anda kepada dunia dan memaksimumkan apa yang anda miliki. Ia merupakan pilihan sedar untuk menjadi cantik dan menikmati keseronokan menggunakan kecantikan anda. LUX menjadikannya mungkin buat setiap wanita untuk menjadi cantik dalam banyak cara yang memuaskan. Pada 1950-an, LUX tiba di Malaysia dengan membawa bersama-samanya barisan bintang global seperti Aishwarya Rai, Priyanka Chopra, Rachel Weiz hingga kepada bintang LUX tempatan seperti Amy Mastura, Sheila Majid, Fauziah Latiff, dan Erra Fazira. Warna sabun dan bungkusan LUX diubah beberapa kali bagi menggambarkan trend fesyen. Pada 1958, lima warna menerajui rangkaian: merah jambu, putih, biru, hijau dan kuning. Bagi 2011, keseluruhan rangkaian LUX bakal dilancarkan semula di Malaysia bagi membawakan teknologi baru dan bungkusan baru. Rangkaian LUX ini terdiri daripada Soft Touch, Velvet Touch, Magical Spell, Secret Bliss, White Impress dan Wake Me Up. Pada 2011, LUX juga diiktiraf sebagai jenama sabun nombor satu di Asia. Tags: Nur Fazura SharifuddinClick on the following buttons to share this article with your friends: Baca artikel lain yang berkaitan: |
You are subscribed to email updates from Sensasi Selebriti To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |