Berita Harian: Hip |
Posted: 27 Jul 2011 07:54 PM PDT Hip Semakin menjadi-jadi pulaMAHU saja dia menjerit, meluahkan segala isi hati dan perasaan bosan yang tidak dapat ditahan-tahan itu. Entah mengapa, sejak namanya diheret dalam kontroversi mem babitkan pelakon baru, Neelofa, aktres jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura mengaku hidupnya tidak tenteram kerana sering diajukan persoalan yang dia sendiri tiada jawapannya. Semuanya bermula apabila timbul khabar angin menga takan Neelofa pernah keluar bersama serta mempunyai hu bungan istimewa dengan seorang kenamaan (VVIP), yang juga didakwa sebagai kekasih Fazura. Ekoran dari itu, ber mulalah episod kelabu membabitkan dua pelakon ini. Dan situasi itu juga sering meletakkan diri pelakon drama bersiri Tahajjud Cinta ini dalam keadaan serba salah. Andai terus mengunci mulut dan enggan melayan sebarang soalan berkaitan kontroversi itu, dituduh tidak mahu memberikan kerjasama. Tapi, jika dijawab semua pertanyaan yang di bangkitkan, nanti dituduh 'jahat' sedangkan pada hakikat nya, dia sendiri tidak tahu punca serta alasan dirinya di babitkan dalam perkara itu.Disebabkan itulah dia lebih gemar mendiamkan diri atau pun memberikan jawapan yang selamat kepada setiap soalan yang diajukan supaya kontroversi itu tidak terus diperbesar- besarkan. Namun, semakin didiamkan, kata Fazura semakin banyak pula cerita kurang manis yang sampai ke telinganya. "Saya memang tak faham mengapa saya perlu dikaitkan dengannya (Neelofa). Terus terang saya memang rimas apa bila soalan mengenai kontroversi itu diajukan kepada saya. Sudah berkali-kali saya tegaskan bahawa saya tidak mahu lagi dihujani dengan pertanyaan mengenai perkara ini. Lebih membuatkan wanita berusia 27 tahun ini bengang apabila Neelofa pernah mengeluarkan kenyataan kononnya kontroversi itu timbul disebabkan perasaan dengki. "Saya ada terbaca artikel kononnya kami dengki kepadanya. Malah dia juga mendakwa ada pakatan untuk men jatuhkannya. Mengapa perlu mengeluarkan kenyataan se perti itu? Kalau difikir secara logik, mengapa perlu kami menjatuhkan dirinya? Ramai pelakon lain juga bengang dengan kenyataannya itu. "Lainlah kalau dia pernah menang anugerah, tawaran berlakon yang berderet, adalah sebab untuk kita dengki kepadanya. Ini lakonan dia pun saya tak pernah tengok lagi dan belum teruji, macam mana nak kata kami berdengki. Lainlah kalau dia seperti Lisa Surihani atau Liyana Jasmay yang bukan saja cantik, tetapi banyak menang anugerah, barulah ada sebab untuk saya cemburu," jelasnya lagi. Bagaimanapun, sampai juga ke telinga Hip bahawa Neelofa dikatakan ada bersemuka dengan Fazura untuk menyele saikan kemelut yang timbul membabitkan mereka. ketika diajukan pertanyaan mengenai kesahihan perkara itu, Fazura enggan mengulasnya. "No Comment. Saya tiada masalah dengannya. Kami masih boleh berlakon bersama dan pada awal kemunculannya, saya pernah memujinya, serta percaya dengan bakat yang dia ada. Tapi tiba-tiba begini pula jadinya. "Yang pasti, saya tidak akan sesekali bersemuka dengannya untuk menyelesaikan perkara ini. Untuk apa saya berbuat demikian kerana bukan saya yang memulakan kontroversi ini. Lagi pun, lebih baik masa yang ada itu saya habiskan dengan melayan peminat serta tumpukan perhatian terhadap kerjaya lakonan daripada melayan perkara yang tak masuk akal ini," tegas Fazura berkali-kali. Bertudung bukan untuk cipta imej baik TIDAK dinafikan ramai yang terpikat melihat penampilan Fazura dalam drama lakonannya. Tampil ayu dan sopan mengenakan hijab menerusi drama bersiri Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta, membuatkan peminat pelakon ini menaruh harapan supaya pelakon ini akan kekal dengan imej se begitu. Bukan kali pertama Fazura memakai tudung untuk meng hidupkan wataknya. Dalam filem Qaisy Dan Laila arahan Arief Karmahaini, dia sudah tampil dengan rambutnya di tutupi sepenuhnya. Dan, selepas dua bulan berada di lokasi penggambaran drama yang memerlukan dirinya bertudung, Fazura juga mengakui dirinya juga sudah terbiasa dengan imej sebegitu. Bagaimanapun, tidak mahu peminat keliru dengan pe nampilannya itu, Fazura meminta supaya mereka dapat membezakan antara karakter dalam lakonan dan dirinya yang sebenar. "Saya tahu ramai yang mengharapkan saya mengenakan tudung hanya disebabkan suka dengan penampilan saya dalam dua drama iaitu Kitab Cinta dan Tahajjud Cinta. Memang saya ada cita-cita ke arah itu, tapi saya tak tahu bila," katanya. Fazura juga menafikan dakwaan kononnya sering mem bawa watak bertudung kerana mahu menonjolkan imej baik kepada dirinya. "Sebagai pelakon, saya membawakan apa saja watak yang dikehendaki pengarah. Apa yang mereka tonton itu adalah karakter saya dalam lakonan saja," katanya. Ramadan yang bakal menjengah Isnin depan bukanlah penghalang untuk pelakon ini meneruskan aktiviti seninya. Pada hari kedua bulan yang mulia itu, Fazura berkata, dia akan menjalani penggambaran telefilem Kitab Cinta untuk disiarkan pada hari raya Aidilfitri nanti. Drama yang akan disiarkan di saluran Al-Hijrah itu di arahkan oleh Erma Fatima. Dalam perkembangan berkaitan, Fazura berkata, dia juga akan ke Istanbul, Turki pada 21 September depan untuk penggambaran filem romantik ko medi terbitan Red Communications Sdn Bhd. "Filem arahan Bernard Chauly ini akan menyaksikan saya bergandingan dengan dua pelakon lelaki. Itu saja yang boleh saya beritahu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 27 Jul 2011 07:47 PM PDT Hip Nizam (dua dari kanan) bersama Caca, Sathiya dan Abon. PENERIMAAN masyarakat terhadap persembahan komedi menjadikan lebih banyak program berunsur lawak jenaka diterbitkan oleh stesen TV. Keistimewaan penyerapan elemen komedi pada sesuatu situasi bukan saja mempunyai nilai hiburan semata-mata, malah tidak terkecuali dianggap sebagai medium terapi yang baik untuk menghilangkan tekanan dari bebanan masalah. Sejak beberapa tahun ini, program komedi yang diterbitkan semua stesen televisyen tanah air semakin meningkat tahap kualitinya serta kreativiti dilihat semakin bercambah. Kalau di Barat 'stand up comedy' diletakkan sebagai program komedi paling digemari, begitu juga dengan penerbitan program komedi tempatan yang turut menerima banyak anugerah di majlis penganugerahan tempatan.Bagi mengangkat kerjaya pelawak, Warna sekali lagi mahu menyajikan program yang membuatkan penonton ketawa dengan program Lawak Minggu Ini yang akan mula disiarkan 5 Ogos ini, jam 10 malam. Seramai 12 pelawak yang begitu kukuh kedudukannya di dalam industri akan mencabar kewibawaan bakatnya berlawak di hadapan penonton di studio setiap minggu. Pengurus Salurannya, Nizam Sani berkata, penerbitan program itu bertujuan memberi laluan kepada pelawak tanah air untuk terus berkarya tanpa menyekat kreativiti masing-masing.
"Ini berikutan, Astro mempunyai ruang untuk pelawak berkarya. Kami juga tidak mahu pelawak terus hilang dek kerana tidak diberikan peluang menjayakan sesuatu program dan akhirnya menyekat kreativiti mereka,' katanya yang ditemui pada majlis sidang media Lawak Minggu Ini di Petaling Jaya, Isnin lalu
Mereka diberikan kebebasan untuk mengendalikan episod sendiri dalam masa satu jam dan diberi peluang mengundang sesiapa saja tetamu jemputan. Tidak ketinggalan, mereka tidak akan terlepas daripada segmen muzikal yang harus memilih lagu sendiri menghiburkan penonton di studio dan di rumah menerusi program rakaman itu. Menurut Shahrizal Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abon, peluang menjayakan Lawak Minggu Ini sebagai pengiktirafan kepada warga pelawak untuk mengendalikan program sendiri yang selama ini tidak pernah berkesempatan kerana ketiadaan slot khusus untuk mereka. "Memang pada mulanya saya tidak pernah menyangka ada program seperti ini. Apabila diminta mengadakan rakaman Lawak Minggu Ini, saya masih tidak memahami apakah bentuk program yang akan saya buat. Selepas diberikan penerangan barulah saya faham bahawa program itu adalah program saya sendiri. "Pada mulanya memang Astro ada menyediakan skrip sebagai panduan tetapi mereka membebaskan kami menghasilkan segmen sendiri. Malah segmen yang paling menggerunkan saya adalah segmen muzikal di mana saya dipaksa untuk menyanyi. Memang selama ini saya tidak pernah menyanyi dan tidak mempunyai masa untuk latihan, namun selepas diberikan lesen di mana pelawak boleh melakukan apa saja, ia menambahkan keyakinan saya," katanya yang akan menyanyikan lagu Abang Beca. Bagi Sathiya, inilah pertama kali dia diberi peluang mengendalikan program komedi sendiri sepanjang kerjayanya sebagai pelawak. "Saya memang tidak pernah diberikan peluang mengendalikan program sendiri dan Lawak Minggu Ini cukup bermakna bagi saya kerana saya bebas melakukan apa saja untuk satu jam. "Saya juga ada menjemput pelawak seperti Caca dan Angelina Tan untuk membantu saya dalam segmen tetamu. Begitupun saya cukup berdebar pada segmen muzikal apabila dipaksa menyanyi," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |