Adsense

Khamis, 28 Julai 2011

Celebrity News

Celebrity News


Important Plugins Wordpress

Posted: 28 Jul 2011 09:05 AM PDT

Jika anda adalah pengguna Wordpress ada beberapa plugins/widgets yang anda perlu install didalam Cpanel anda bagi memastikan anda berjaya menjadi seorang blogger, diantara sumber atau setting yang perlu dilakukan oleh anda ialah :



Entri ini khas untuk pengguna wordpress self-hosted atau yang bakal  menggunakan wordpress self-hosted.
Kat sini adalah checklist yang selalu aku buat selepas install wordpress blog. Bagi korang yang dah lama guna wordpress blog still boleh ikut checklist. Mana tau ada yang tertinggal. Post ni agak panjang tapi berguna.

1. Pilih sama ada nak guna 'www' atau tidak
Secara default url blog korang ialah http://yourdomain.com tetapi korang mempunyai pilihan sama ada nak menggunakan 'www' atau pun tidak.  Tiada perbezaan sebenarnya sama ada menggunakan 'www' atau tak.  Tetapi korang perlu tetap kan dari mula sebab penting untuk SEO dan search engine mengenali blog korang. Katakan korang telah berblog selama 3 bulan dan menggunakan 'www' dan korang mengambil keputusan tidak menggunakan 'www' selepas itu. Ini sedikit sebanyak akan membuatkan search engine keliru tentang blog korang. Kerana http://yourdomain.com dan http://www.yourdomain.com adalah dua benda yang berbeza. Kemungkinan blog akan akan dicop sebagai duplicate blog content.
Untuk menukar setting ini pergi ke yourdomain.com/wp-admin/options-general.php dan setting di bahagian wordpress address dan blog address.


2. Tukar setting permalink
Permalink ialah alamat artikel blog korang. Contohnya permalink untuk artikel ini ialah http://syahirul.com/checklist-selepas-install-wordpress/.
Secara default, struktur permalink seperti ini http://syahirul.com/?p=24 (post ID), so korang perlu tukar untuk kebaikan SEO dan pembaca juga boleh tahu tajuk post melalui URL.
Untuk tukar setting ini pergi ke yourdomain.com/wp-admin/options-permalink.php dan taipkan /%postname%/ kat Custom Structure.

3. Set up feed korang untuk pembaca langgan entri blog
Feed ni macam ringkasan entri-entri blog. Bagi aku ia disifatkan sebagai light version kita punya blog. Pembaca boleh langgan entri blog melalui email atau pun RSS Reader. Tak semua orang ada masa terluang nak cek setiap entri baru dekat blog kegemaran masing-masing. So dengan adanya feed dorang boleh stay update dengan entri-entri terbaru tanpa melawat blog tersebut.
Untuk set up feed korang pergi ke feedburner.com dan ikut langkah-lagkah dinyatakan disana. Kebanyakkan orang tak tau tentang RSS readers so sila aktifkan langganan melalui email. Pergi ke Publicize >> Email Subscription untuk aktifkan. Then korang boleh lah copy code yang telah diberi dan paste di mana-mana yang korang mahu di blog korang.

4. Tambahkan senarai ping servis
Senarai ping ialah, senarai servis yang akan di ping setiap kali korang publish entri baru. Ping ini membawa maksud memberitahu servis-servis tersebut bahawa korang dah publish entri baru. So cepat lah spider datang crawl blog korang, cepatlah orang tau tentang entri baru korang.
Untuk tambahkan senarai ping pergi ke yourdomain.com/wp-admin/options-writing.php dan paste senarai ping yang korang nak di bahagian Update Services.
http://api.moreover.com/RPC2
http://bblog.com/ping.php
http://blogsearch.google.com/ping/RPC2
http://ping.weblogalot.com/rpc.php
http://ping.feedburner.com
http://ping.syndic8.com/xmlrpc.php
http://ping.bloggers.jp/rpc/
http://rpc.pingomatic.com/
http://rpc.weblogs.com/RPC2
http://rpc.technorati.com/rpc/ping
http://topicexchange.com/RPC2
http://www.blogpeople.net/servlet/weblogUpdates
http://xping.pubsub.com/ping


5. Install Feedburner Feedsmith
Plugin Feedburner Feedsmith ni akan integrate kan blog korang dengan feed yang korang telah buat sebelum ni. Plugin ini akan kesan semua wordpress feed yang asal dan redirect ke feed yang korang telah buat.  Klik sini untuk install plugin tersebut.

6. Langgan feed korang sendiri
Penting untuk korang langgan feed korang sendiri kerana korang boleh lihat dan tahu macam mana feed yang dihantar kepada pembaca-pembaca korang. So kalau ada apa-apa kesalahan korang dah tau.

7. Buat contact form page
Yang ini penting. Korang harus ada contact form untuk memudahkan pembaca yang ingin menghubungi korang. Instead korang guna plugin cuba aku cadangkan korang guna servis Wufoo.  Menarik dan percuma.

8. Buat archives page
Archives page ini penting untuk SEO. Archives page ni untuk memudahkan pembaca mencari entri-entri korang. Aku cadangkan korang guna SRG Clean Archives. Bagi aku plugin tu plugin yang terbaik untuk archives page.

9. Install Google Analytics
Korang perlu ada site statistic untuk korang tengok performance blog korang dan buat analisis. Aku recommend kan korang guna Google Analytics sebab free dan banyak features yang menarik.
Setelah korang dapat Google Analytics Tracking Code korang harus copy dan paste di file footer.php Jangan risau kalau korang tak tahu hack ke dalam file theme korang sebab korang boleh install plugin Google Analyticator. Plugin ini akan memudahkan korang masukkan tracking code ke dalam blog orang.

10. Install WordPress DB Backup plugin
Backup itu penting. Semua perkara harus dibackup tak terkecuali blog. So plugin WordPress DB Backup ini akan memudahkan proses backup blog korang. Aku gunakan plugin ini untuk backup blog aku dimana seminggu sekali plugin ini akan menghantar file backup ke email aku secara automatik.

11. Install All in One Seo Pack Plugin
Aku rasa semua orang tahun plugin ini sebab plugin ini paling famous. Plugin ini akan melakukan segala perkara asas yang berkaitan SEO. Install All In One Seo Pack Plugin untuk optimizekan SEO blog korang.

12. Tulis about me page
Selalu kalau singgah blog orang, aku akan cari about me page dulu sebab aku nak tahu siapa pemilik blog tersebut. Sedikit sebanyak dapat tahu latar belakang blog tersebut. Bagi korang mungkin about me page tak penting sebab korang tak nak tonjol kan diri tapi terus terang aku cakap kalau tak nak tonjolkan diri lebih baik tak payah buat blog. Atau buat blog pun tak payah promote.
So bagi aku menulis about me page merupakan benda yang sepatutnya dilakukan. Ini dapat membantu pembaca mengenali korang. Percayalah, pembaca suka kalau dorang tahu siapa korang.

13. Cari theme yang sesuai
Pasal theme ni aku serahkan pada korang lah sebab masing-masing punya selera. Tapi kalau boleh guna lah theme yang sesuai dan tak menyemak. Korang perlu fikir tentang keselesaan pembaca korang. Kalau korang tahu edit free theme go ahead sebab aku amat menyokong kegiatan edit theme.

14. Tukar username
Ini ramai yang tak tahu ini. Secara default username korang ialah 'admin'. Korang harus tukar username ni sebab username asal memudahkan blog korang dihack.
Cara-caranya ialah:
  • Pergi ke wordpress admin dashboard area.
  • Pergi ke Users >> Add New
  • Isikan segala maklumat dan set kan sebagai administrator.
  • Log out dan log in semula menggunakan username yang baru.
  • Delete user 'admin' dan korang akan ditanya sama ada nak pindahkan semua post dan link ke user baru. So pilih yes.
  • Siap! Blog korang sekarang telah disecure.
15. Tulis post pertama
Semua dah selesai step seterusnya tulis lah post pertama blog anda.
—————————————
So kat atas tu semua perkara-perkara yang aku selalu buat bila dah selesai install wordpress self-hosted blog. Korang boleh lah bookmark post ini untuk rujukan korang bila korang nak install blog baru.



Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Bonus Dua Bulan Kepada Penjawat Awam 2011 - Sumber CUEPACS

Posted: 27 Jul 2011 11:36 PM PDT

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu dan mengharapkan berita baik daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet Oktober ini.

"Kami telah menghantar surat memohon dua bulan bonus bukan setakat sehingga gred 54 sahaja tetapi keseluruhan penjawat awam, namun ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan.

"Penjawat awam harapkan sesuatu tahun ini kerana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada yang mendapat sehingga lapan bulan bonus sedangkan kita penjawat awam yang betul-betul di bawah kerajaan persekutuan, negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya dapat bantuan khas RM500," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan kali ke-24 Anulae cawangan Majlis Perbandaran Kuantan di sini, Jumaat.


Beliau berkata pemberian bonus yang kali terakhir diberi pada dua tahun lepas perlu dipertimbangkan berdasarkan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini.

Selain itu katanya, produktiviti penjawat awam juga semakin meningkat sehingga ada kementerian dan jabatan yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

"Kita mahu tekankan produktiviti, nak naikkan semangat sayangkan kerja...mesti ada insentif," katanya.

Sumber : BERNAMA & Blog CUEPACS.


 ZoOM : Kadang-kadang ada ramai pihak diluar sana tidak mengetahui bahawa ada ramai penjawat di GLC yang difikirkan jauh ketinggalan berbanding Penjawat Awam. Bukan nak menafikan hak tetapi sebagai contoh ZoOm dan rakan-rakan sepejabat yang lain hanya mampu mencari rezeki dengan Overtime dan TNT (Claim) berbanding Penjawat awam yang menerima bermacam-macam elaun dan kelebihan. Ini pendapat ZoOM, apa pula kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!