Adsense

Khamis, 28 Julai 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Ammar Alfian Jelaskan Isu Cekik, Pukul Puteri Sarah

Posted: 27 Jul 2011 04:20 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.

Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

"Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

"Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

"Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali," kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.


Ammar dan Sarah

Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.

Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.

Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu "membunuh" wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.

Tambahnya: "Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.

"Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.

"Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul."

Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.

"Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.

"Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut," ceritanya.

Kontroversi Dituduh Curang Jejaskan Nama Fizz Fairuz

Posted: 27 Jul 2011 04:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz menjelaskan kontroversi kononnya dia curang Almy Nadia, membuatkan keluarganya turut terkena tempias apabila mempercayai khabar angin tersebut.

Fizz yang turut dikaitkan dengan Liyana Jasmay dan Izreen Azminda itu berkata, keluarganya mula bertanya kesahihan berita itu apabila ia semakin hangat dibicarakan dalam media-media tempatan.

"Ibu saya dah mula tanya adakah gosip yang dikatakan itu benar? Alhamdulillah, saya sudah menjelaskan hal sebenar di mana Liyana hanyalah rakan kerja saya di set penggambaran filem "Papadom 2" dan Izreen pula, kami pernah berlakon untuk sebuah drama pada tahun 2004.

"Saya pun pelik mengapa hubungan percintaan kami sering dikontroversikan sedangkan saya dan Almy masih lagi baik dan kami masih lagi berhubung dan berjumpa jikaada kelapangan," kata Fizz yang ditemui pada majlis memperkenalkan Koleksi Rantaian Kasih 2011 Habib Jewels, di sini, Rabu.
Fizz bersama lima selebriti lain menggayakan barangan kemas koleksi baru Habib Jewels.

Tambah Fizz, hal tersebut sedikit sebanyak telah merosakkan reputasinya sebagai seorang pelakon dan perhubungannya dengan peminat.

"Saya faham, mungkin bila orang industri hiburan membaca artikel mengenai keretakan hubungan saya dan Almy, mereka menganggap ia hanyalah sebuah gosip tetapi lain pula pandangan daripada pihak keluarga dan masyarakat luar di mana mereka yang tidak tahu apa-apa akan percaya dengan khabar angin itu," ujarnya yang bakal memulakan penggambaran filem "Nirajim", di bawah produksi Grand Brilliance.

Sebelum ini, Fizz pernah dikaitkan dengan Liyana kerana mereka saling berbalas mesej berbau sayang menerusi akaun Twitter masing-masing.

Selain Liyana Jasmay, Fizz dikatakan turut menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Izreen Azminda yang didakwa menjadi penyebab hubungan Almy dan lelaki itu renggang.

Bagaimanapun, Fizz mengakui, kontroversi perhubungan mereka mungkin sering menjadi bualan ramai kerana dia dan Almy belum membuat sebarang ikatan pertunangan mahupun perkahwinan.

Kata pelakon "Nur Kasih" itu, dia bukannya belum bersedia untuk berkahwin, tetapi ingin memberi peluang kepada Almy membina dan mengukuhkan kerjaya lakonan sebelum bergelar suami isteri.

"Saya faham, hubungan kami sudah mencecah enam tahun, tambah pula dia perempuan, pastinya terasa bila kami belum mengikat sebarang pertalian. Tetapi dia faham dan Insya-Allah, jika ada rezeki saya akan berkahwin dengannya.
Antara koleksi baru yang reka khas Habib Jewels sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri

"Cuma sebelum itu, biarlah dia merasa betul-betul erti kepuasan sebagai seorang pelakon, seperti yang saya lalui sekarang ini," katanya.

Sementara itu, Fizz bersama Dynas Mokhtar, Irma Hasmie, Scha Al-Yahya, Julia Ziegler, Aznil Nawawi telah menggayakan koleksi terbaru barang kemas Habib Jewels yang dikenali Koleksi Rantaian Kasih 2011, bersempena dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Lebih 1,000 jenis barangan kemas rekaan baru berkonsepkan tradisional dan kontemporari dikeluarkan khas buat semua golongan, termasuklah kanak-kanak.

Selain mengeluarkan koleksi baru, Habib turut menawarkan perkhidmatan penilaian zakat, membersihkan dan membuat penilaian barangan kemas.

David Teo Tidak Berperang Dengan Pihak Media

Posted: 27 Jul 2011 04:18 PM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG), David Teo menolak tuduhan kononnya dia berperang dengan pihak media sehingga enggan melakukan pra tonton filem terbitan syarikatnya.

Sebaliknya kata David, langkah itu merupakan strategi baru syarikatnya dalam mempromosikan filem-filem yang tamat penggambaran dan menanti untuk di tayang di pawagam.

"Saya tidak pernah merajuk dengan pihak media. Cuma saya tidak lagi melakukan pra tonton seperti sebelum ini.

"Sebagai syarikat yang berjaya menerbitkan lebih daripada 60 buah filem, saya ingin mencuba strategi baru dengan tidak lagi membuat majlis pra-tonton sebaliknya membeli iklan di akhbar-akhbar tempatan.

"Kali ini kami ubah cara pemasaran dengan mengeluarkan kos lebih dalam pembelian iklan di akhbar-akhbar. Dengan ini saya dapat menjimatkan masa," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah David, memandangkan MIG juga mempunyai portal dalam talian sendiri iaitu www.migonline.net, ia turut mempromosikan filem-filem baru yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, menurut David, strategi tersebut dibuat bukan kerana takut apabila terdapat filemnya yang dikritik sebaliknya dia boleh menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pihak media.

"Saya tak kisah dengan kritikan yang diberi kerana selama ini juga filem saya sering dikritik. Dan saya tahu, 'kuasa pena' tidak boleh dielak.

"Cuma apa yang boleh dielak, kita cuba elakkan. Tapi jika strategi ini kurang berjaya, pihak kami akan kembali semula kepada cara lama dengan membuat majlis pra-tonton," ujarnya.

Jelas David lagi, walaupun mempunyai strategi baru, dia tidak menghalang pihak media untuk menonton dan membuat ulasan mengenai filem-filemnya.

Malah, jika ada yang mahu menonton, pihaknya boleh memberi tiket percuma kepada mereka yang ingin membuat ulasan filem.

Album 'Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin' Dilancar

Posted: 27 Jul 2011 04:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas popular dengan siri kartun animasi Upin & Ipin, syarikat produksi Les'Copaque dengan kerjasama Nova Music bakal menerbitkan sebuah album Hari Raya berjudul Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin.

Menurut Penerbit Eksekutifnya, Rosmin Hashim, album yang memuatkan lima buah lagu Hari Raya nyanyian adik Asyiela Putri Azhar ini akan berada di pasaran pada 9 Ogos depan.

"Ini merupakan projek pertama antara Nova Music dan Les' Copaque yang mana ia memuatkan lima buah lagu Hari Raya digemari ramai.

"Selain menyanyikan semula lagu tersebut dengan versi Upin&Ipin kita turut menyelitkan dialog-dialog berunsur nasihat," katanya pada Majlis Pra Dengar Album Raya Seronoknya Bersama Upin&Ipin, di studio rakaman NAR Records di Taman Tun Dr Ismail di sini, Rabu.

Lima lagu yang bakal dimuatkan ialah Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung.

Album ini juga akan dipasarkan secara cakera padat dan boleh dimuat turun sebagai nada bunyi.

Selain itu, jelas Rosmin projek kedua untuk menerbitkan album Upin & Ipin akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

"Kami sedang merancang untuk pembikinan album kedua yang bakal memuatkan beberapa lagu baru dan lagu rakyat.

"Insya-Allah ia akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan berada di pasaran," ujarnya.

Rosmin turut berkata perancangan untuk memasarkan album-album Upin & Ipin di pasaran Indonesia berikutan sambutan menggalakkan di negara jiran tersebut.

Program Kerohanian Di TV3 & TV9 Sempena Ramadan

Posted: 27 Jul 2011 04:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen TV3 dan TV9 kembali lagi dengan program-program keagamaan dan kerohanian bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan yang bakal bermula pada minggu depan.

Memilih tema Sesuci Fitrah bagi TV3 dan Ramadan di Hatiku (TV9), kedua-dua stesen ini bakal menghidangkan pelbagai program berbentuk dokumentari, variasi, pengajaran, majalah, kanak-kanak dan drama bagi penonton sasaran mereka, khususnya yang beragama Islam.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, TV3 bakal menawarkan 17 program dan TV9 pula dengan 10 program yang menawarkan pengisian kerohanian untuk penonton.

"Sesuci Fitrah dipilih sebagai tema kali ini kerana ia bersesuaian dengan bulan yang mulia untuk menyucikan hati agar sentiasa bermuhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang diberikan oleh-Nya.

"Begitu juga dengan tema Ramadan Di Hatiku untuk TV9 di mana program-programnya menyelitkan unsur keikhlasan dan kejujuran di dalam hati," katanya pada majlis pelancaran program tersebut di Restoran Ibunda, Bukit Bintang, di sini, Selasa.
Ahmad Izham Omar

Tambahnya, tema-tema tersebut juga dipilih kerana bersesuaian dengan susunan program yang dihidangkan agar dapat menjadi iktibar kepada penonton sepanjang bulan mulia itu.

TV3 yang mengangkat tema Sesuci Fitrah akan menghidangkan 17 program iaitu:

Dokumentari:

1. Jejak Rasul 17: Legasi Muhammad S.A.W Di Eropah Timur (setiap hari 6.30 petang, mulai 1 Ogos)

2. Dari Masjid Ke Masjid Tanah Tenggara (Rabu 6 petang, mulai 3 Ogos)

Majalah

3. Singgah Sahur (Jumaat & Sabtu 12.35 tengah malam, mulai 5 Ogos)

Pengajaran:

4. Kalamullah (setiap hari 5.30 pagi untuk versi 30 minit) dan (setiap hari 8.55 pagi, Isnin-Khamis 2.55 petang dan Jumaat–Ahad 4.50 petang untuk versi 5 minit)

5. Kias Ramadan (setiap Rabu, 11 malam, mulai 3 Ogos)

6. Iktibar (3 & 10 Ogos, pukul 11.30 malam)

Variasi:

7. Periuk Hangus (setiap Rabu 10 pagi, mulai 3 Ogos)

8. Biskut Apa? (setiap Sabtu 5.30 petang, mulai 6 Ogos)

9. Bazaar Ramadan @ TV3 (setiap Sabtu 7.30 malam, mulai 6 Ogos)

10. 5 Rencah 5 Rasa Edisi Ramadan (setiap Ahad 5.30 petang, mulai 7 Ogos)

Kanak-kanak:

11. Sirah Nabi (setiap Isnin-Jumaat 9 pagi, mulai 1 Ogos)

12. Diari Sahabat (setiap Isnin–Jumaat 9.30 pagi, mulai 1 Ogos)

13. Serambi Anak Soleh (setiap Selasa 6 petang, mulai 2 Ogos)

Drama:

Barisan pelakon drama bersiri Ramadan Terakhir dalam slot Samarinda yang bersiaran setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10.30 malam mulai 26 Julai ini di TV3.

14. Ramadan Terakhir (Selasa-Khamis, 10.30 malam, mulai 26 Julai sebanyak 15 episod)

15. Sehelai Rambut Dibelah Tujuh (Sabtu, 10 malam, 6 Ogos)

16. Perempuan Di Hujung Ramadan (Sabtu, 10 malam, 13 Ogos)

17. Mengurai Rindu (Sabtu, 10 malam, 20 Ogos)

Senarai program di bawah kempen Ramadan Di Hatiku TV9 pula adalah seperti berikut:

Variasi:

1. Solat Isya' & Tarawikh dari Masjidil Haram, Mekah (setiap hari, 1-3 pagi)

2. Ini Kisahku (Rabu & Khamis, 6.30 petang, mulai 3 Ogos)

3. Jom Berbuka (Sabtu & Ahad, 7 malam, mulai 6 Ogos)

Pengajaran:

4. Tanyalah Ustaz Ramadan (setiap hari, 7 pagi)

5. Sirah Ameerah (Sabtu & Ahad, 7.30 malam, mulai 6 Ogos)

Majalah:

6. Mencari Resipi Temurun (Isnin & Selasa, 6.30 petang, mulai 1 Ogos)

Drama:

7. Jiman (Rabu, 8.30 malam, 3 Ogos)

8. Sekilas Qalbu (Rabu, 8.30 malam, 10 Ogos)

9. Isnin Selasa Rabu (Rabu, 8.30 malam, 17 Ogos)

10. Lailatulqadar (Rabu, 8.30 malam, 24 Ogos)

google: hari raya 2011, rancangan raya hari raya 2011, program hari raya 2011, rancangan tv hari raya 2011, jadual program hari raya 2011, drama hari raya 2011, filem hari raya 2011, 

Kasari Wartawan, Raul Bersedia Hadapi Tindakan Undang-Undang

Posted: 27 Jul 2011 04:14 PM PDT

JAKARTA: Suami kepada penyanyi Krisdayanti, Raul Lamos bersedia untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana melakukan kekerasan terhadap wartawan Zaky Makmum dan Adit ketika petugas Global TV dalam kejadian Isnin lalu.

Seperti dilaporkan, selepas berlaku kejadian tersebut, Zaky telah melaporkan perkara tersebut di Balai Polis Bandara Soetta dan sehingga kini kes tersebut masih di bawah siasatan polis.

"Saya tahu setiap negara mempunyai undang-undang, saya tahu undang-undang di negara ini dan apa pun yang terjadi saya akan mengikuti proses undang-undang yang ada," ujarnya seperti dipetik daripada Inilah.com.

Raul dikhabarkan tidak menyenangi kehadiran wartawan lalu menolak Adit yang sedang mengambil gambarnya namun dihalang oleh Zaky yang turut menjadi mangsa kemarahan Raul.

Tambah Raul, dengan proses undang-undang yang sudah berjalan, dia juga bersedia apa juga tindakan atau hukuman yang dikenakan kepadanya.

Hal yang sama turut dijelaskan oleh Krisdayanti yang sentiasa menyokong suaminya dan memohon maaf atas perkara yang berlaku.

"Saya mohon maaf, sebagai isteri saya sentiasa memberi sokongan kepada dia, jika terpaksa menjalani proses undang-undang kami sedia," tuturnya