Adsense

Khamis, 23 Jun 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


RM300,000 milik siapa?

Posted:

RM300,000 milik siapa?

RM300,000 milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar UNIT FOTO UTUSAN MALAYSIA



SELAMA 12 minggu bersiaran, program realiti paling popular terbitan Astro Warna, Maharaja Lawak (ML) sudah tiba ke penghujungnya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, ML merupakan program realiti yang cukup diminati dan digilai oleh masyarakat ketika ini sehingga ia mampu menjadi satu fenomena baru.

Populariti ML memang melangkaui segala-galanya. Sebagai penyiar rasmi, Astro sendiri tidak pernah menyangka sambutan di luar dugaan yang diberikan terhadap ML.

Belum pernah berlaku dalam sejarah untuk mana-mana rancangan realiti di negara ini yang melanjutkan tempoh siarannya sehingga ke minggu ke-12.

Gelanggang akhir ML akan berlangsung malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan bakal menyaksikan persaingan sengit empat finalis.

Keempat-empat finalis merupakan calon kegemaran yang memang sudah diduga akan melangkah kemas ke peringkat akhir.

Mereka yang dimaksudkan ialah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan dan satu-satunya peserta solo, Nabil di mana masing-masing akan berentap untuk merebut gelaran ML sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM300,000.

Bagi naib juara pula, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 manakala tempat ketiga pula RM100,000.

Di sebalik populariti masing-masing yang turut menyumbang ke arah undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), persembahan mereka setiap minggu juga sebenarnya membuktikan bahawa keempat-empat finalis ini mempunyai kualiti serta kelas tersendiri.

Untuk menghangatkan lagi kemeriahan ML, Hits mahu membawa pembaca melihat empat finalis yang berpotensi untuk dijulang sebagai juara sulung ML.

Sayugia diingatkan, ini hanyalah sekadar ramalan semata-mata dan tidak mempengaruhi mana-mana pihak dalam menentukan pemenang ML yang dinilai berdasarkan 50 peratus undian SMS dan selebihnya daripada pihak juri.

Apakah dengan dua tema yang ditetapkan iaitu bebas dan komedi muzikal akan membawa tuah kepada empat finalis ini? Semuanya akan terjawab malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yuna tak melatah

Posted:

Yuna tak melatah

Yuna tak melatah

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


YUNA doakan kejayaan rakan-rakannya yang tercalon di APM tahun ini.


BIARPUN sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna tidak melatah apabila namanya tidak tersenarai untuk pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) yang bakal berlangsung pada 15 Julai ini di Singapura.

Bagi Yuna atau Yunalis Zarai, semua itu adalah suratan yang sudah tertulis yang perlu diterimanya dengan hati terbuka.

Tidak mahu fokusnya terganggu kerana sedang menyiapkan album sulung yang masih belum ditentukan judulnya, Yuna yang berada jauh di perantauan menganggap mungkin tahun ini, APM bukan rezekinya.

"Apabila nama tidak tercalon, saya tidak berkecil hati sebaliknya mungkin bukan rezeki saya untuk tercalon dalam APM tahun ini.

"Terus terang saya katakan kepada Hits, walaupun timbul rasa kurang senang dengan cara penganjur membuka pencalonan, saya tidak boleh berbuat apa-apa.

"Saya kenalah terima dan hormat dengan keputusan mereka. Dan saya percaya, Allah itu maha adil.

"Insya-Allah, mungkin rezeki saya ditempat lain. Apa yang penting, saya harus terus berusaha dan jangan mengalah," ujar Yuna yang album terbarunya akan dilancarkan September ini.

Tambah anak kelahiran negeri Jalapang Padi itu lagi, dia mempunyai sebab yang kukuh mengapa tidak menghantar nama untuk pencalonan APM.

Jelasnya, dalam kesibukan berulang alik ke Amerika Syarikat, dia tidak sedar bahawa borang pencalonan APM perlu sampai ke tangan penganjur dalam tempoh waktu tertentu.

"Mungkin sebab saya banyak berulang ke Amerika membuatkan saya terlepas pandang tempoh pencalonan yang dibuka.

"Lagi pun, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pencalonan APM kali ini agak senyap dan tidak diuar-uarkan.

"Jadi, saya sendiri tidak tahu akan had waktu pencalonan. Sedar-sedar sudah ada senarai calon," luah Duta Canon itu.

Katanya, dia tetap mendoakan yang terbaik untuk rakan-rakan artis seangkatannya yang tersenarai dalam APM tahun ini.

"Saya doakan yang terbaik untuk mereka dan berharap kejayaan menggondol trofi APM menyebelahi mereka," jelasnya.

Belum bersedia

DItinggalkan seketika topik pencalonan APM, Yuna tidak dapat lari daripada menjawab soalan tentang percintaannya dengan Qushairi Mohammed Razali atau Qi.

"Buat masa ini saya masih belum lagi memikirkan soal jodoh atau perkahwinan. Rasanya masih terlalu awal untuk saya memikirkan soal itu.

"Tumpuan saya adalah kepada kerjaya dan andai sampai jodoh yang telah ditentukan untuk saya kelak, saya mahu menjadi seorang isteri yang baik.

"Sebab itu saya perlu betul-betul bersedia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin," ujar Yuna yang akan tampil dengan single terbarunya Ketakutan.

Katanya lagi, dia tidak pula meletakkan usia sasaran untuk menamatkan zaman solonya sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada takdir.

Justeru, katanya, apabila sampai waktunya nanti, berkahwinlah dia seperti mana insan-insan lain di luar sana.

"Hubungan saya dengan dia masih lagi terlalu awal. Kami melalui proses berkawan untuk mengenali hati budi masing-masing.

"Banyak lagi perkara yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang keputusan.

"Lagi pun, bukan senang untuk melalui asam garam hidup berumah tangga, sebab itulah saya ingin betul-betul bersedia sebelum menerima kehadiran seorang suami dalam hidup saya," jelas Yuna yang telah menjelajah enam negeri di Amerika Syarikat bagi mempromosikan bakatnya di negara Uncle Sam itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.