Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Jun 2011 06:01 PM PDT Hip WAJAHNYA seumpama perempuan Melayu terakhir. Nampak semula jadi tanpa calitan solekan tebal tetapi masih mampu membuatkan mana-mana jejaka berpaling dua kali ke arahnya dengan hanya melontarkan senyuman manis. Mungkin keunikan wajahnya dan pakej yang ada pada personalitinya itu antara sebab dia diberi penghargaan membintangi drama bersiri Alauddin yang kini sudah mula bersiaran di TV AlHijrah? Kehadirannya itu pula dilihat bakal meninggalkan kesan mendalam dengan membawa watak utama sebagai Raja Fatimah, bergandingan pula bakat muda yang tidak kurang juga ketampanannya, Lash Mokhtar sebagai Sultan. Ketika ditemui baru-baru ini, empunya nama yang cukup sedap didengar, Widya Irani, cukup ramah mengatur bicara berkenaan dirinya dan perjalanan kariernya yang masih jauh untuk ditempuhi."Saya bermula dari pentas program Anak Wayang dan antara 25 finalis pada program itu. Walaupun tidak memenangi program berkenaan, saya tidak putus asa untuk memulakan kehidupan sebagai anak seni," katanya. Masih tersipu-sipu ketika ditemubual mungkin kerana masih baru dalam arena seni, Widya memberitahu dia pada mulanya menjadikan bidang seni secara sambilan sebelum berubah fikiran untuk terus berada dalam dunia yang diminatinya itu. Dalam drama Alauddin yang dilihat berpotensi melangkah lebih jauh dalam drama epik tanah air , gadis lemah lembut kelahiran Pahang ini membawa watak sebagai Raja Fatimah, isteri pertama kepada Sultan Alauddin yang tidak dapat melahirkan anak dan berkongsi kasih bersama, Tun Senaja, isteri kedua kepada Alauddin.
"Sebelum ini, saya hadir untuk uji bakat untuk watak kakak kepada Alauddin sebelum kak Liza (produser) tukar watak saya kepada watak permaisuri, iaitu isteri kepada Sultan Alauddin," katanya jujur. Menceritakan serba sedikit naratif drama epik yang dibintanginya ini, Widya menerangkan watak yang dibawakan itu berkisarkan kepada watak Raja Fatimah yang berdarah raja, yang dikahwinkan atas pilihan nenda Alauddin. "Kiranya watak Raja Fatimah dan Sultan Alauddin ini adalah sepupu jauh yang jodohnya atas tangan keluarga. Di sini saya perlu membawa watak dan konflik dalaman antara Raja Fatimah dan Alauddin yang tidak tidur sebilik dan tidak mesra. "Namun dalam pada masa itu juga, Raja Fatimah banyak membantu Alauddin dalam urusan pentadbiran," katanya yang mengakui banyak menerima sokongan dan tunjuk ajar daripada produksi dan artis berpengalaman lain. Mengakui baru sangat baru dalam bidang lakonan, membuat dia melakukan kerja rumah dengan mencari banyak sumber termasuk internet untuk memahami dan seterusnya menghayati karekor Raja Fatimah. Ternyata inisiatif yang dilakukan itu memang tidak sia-sia kerana bukan saja mencari maklumat yang diperlukan tetapi juga memperolehi pengetahuan am berkaitan dengan sejarah kesultanan Melayu. "Semua ini untuk membantu saya mengenali Raja Fatimah dengan lebih dekat lagi dan akhirnya saya jatuh hati pada watak Raja Fatimah ini yang bijaksana dengan membantu suaminya memimpin seperti Harun Al Rasyid. Baginda permaisuri juga adalah seorang yang suka memendam rasa dan penyabar," katanya yang gemar membaca bagi menambah ilmu di dada. Sedar bahawa untuk berada di landasan seni perlukan kesungguhan, kemahiran dan kelebihan tersendiri bagi menempa nama sebaris dengan pelakon terkenal lain, gadis ayu berusia 29 tahun ini bakal mengambil kelas lakonan bagi memantapkan lakonannya. "Saya sudah berkira-kira untuk ambil kelas lakonan dan mahu beri yang terbaik dalam perjalanan sebagai anak seni," katanya yang tuurt meminati bidang pengacaraan. Anak kedua dari tujuh beradik ini juga berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa menyokong perjalanan yang mahu ditempuhinya ini dan kepercayaan yang diberikan keluarganya akan digenggam sebaik mungkin. "Walaupun tidak seorang pun dari keluarga saya berada dalam bidang seni mereka tetap menyokong kemahuan saya. "Saya akan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya yang mengakui hatinya masih belum dimiliki mana-mana lelaki. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Jozan, Nabil pilihan Maharaja Lawak Posted: 22 Jun 2011 06:00 PM PDT Hip Sengatan Sepah, Jambu boleh berbisa pada saat akhir malam esokSIAPAKAH antara mereka bakal dinobatkan peserta paling kelakar di negara ini, sekali gus meraih wang tunai sebanyak RM300,000 sebagai ganjaran dalam program akhir Maharaja Lawak, malam esok. Segala debaran terus memuncak apabila peserta akhir yang bertanding bukan terdiri daripada calang-calang pelawak, antara mereka pernah diangkat sebagai juara menerusi program Raja Lawak sejak 2007. Selain itu, ada peserta ini juga sudah terbabit di dalam beberapa produksi drama dan filem. Daripada 12 peserta yang terpilih di peringkat awal, tiga kumpulan dan satu solo berjaya meneruskan cabaran di peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 10 malam. Siaran langsung boleh disaksikan menerusi saluran Astro Warna (132). Mereka terdiri daripada tiga kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Sepah, manakala peserta solo terdiri daripada Nabil. Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan adalah peserta Raja Lawak musim pertama dan hanya menduduki tempat kedua dan ketiga.Namun populariti mereka terserlah selepas dipertanggungjawabkan mengendalikan program itu untuk musim kedua hingga kelima. Jambu yang terdiri daripada Yus adalah juara Raja Lawak musim pertama dan Tokey juga adalah finalis musim itu. Trio yang menggelarkan diri mereka Sepah dan dianggotai Jap, Mamat dan Shuib dinobatkan juara Raja Lawak musim ketiga, manakala peserta solo, Nabil juara musim kedua.
Banyak yang mengandaikan populariti Jozan yang sebelum ini pernah menjadi pengacara program Raja Lawak empat tahun berturut-turut menjadi faktor utama mereka disukai pengundi, sekali gus menjadi peminat mereka. Tidak terkecuali juga keserasian mereka yang mengendalikan program itu turut diiktiraf di dalam penganugerahan antarabangsa sebagai program realiti terbaik yang berlangsung di Singapura tahun lalu. Namun jangan sesekali memandang ringan terhadap keupayaan kumpulan Jambu, mereka antara kumpulan yang konsisten sejak minggu pertama lagi. Walaupun pernah tersingkir pada minggu lalu bersama kumpulan R2, namun berjaya meraih simpati juri untuk menggunakan satu-satunya imuniti membawa mereka masuk kembali. Walaupun komedi yang disampaikan agak ringan, namun penggunaan gerakan tubuh serta mimik muka mereka menambat hati penonton yang menganggap mereka adalah pelawak yang comel. Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik, namun pengajaran yang berguna juga adalah kumpulan yang paling konsisten sejak menyertai Maharaja Lawak. Setiap minggu mereka tidak pernah mengecewakan kesemua juri malah pujian demi pujian turut diberikan. Walaupun mereka sering menduduki tangga ketiga teratas setiap minggu, namun masih lagi gagal meraih undian daripada pengundi. Jika kesemua peserta bernasib baik kerana mempunyai gandingan, namun satu-satunya peserta solo, Nabil juga tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Ada saja idea dan perkara baru yang cuba dipentaskan pada persembahannya setiap minggu. Sebagai artis pelawak kedua yang pernah menggenggam trofi Artis Paling Popular 2009 di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Nabil mempunyai kekuatan yang luar biasa di saat-saat akhir. Maharaja Lawak adalah rentetan daripada program Raja Lawak yang mula disiarkan sejak 2007, peserta yang bertanding di dalam Maharaja Lawak terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang pelawak kerana antara mereka pernah dinobat sebagai juara Raja Lawak mengikut musim. Disebabkan program ini menghimpunkan mereka yang terbaik, justeru Maharaja Lawak hanya boleh diterbitkan untuk lima tahun sekali. Namun segala-galanya bakal berubah apabila dikhabarkan kesinambungan program ini, Mahaguru bakal diterbitkan dalam masa terdekat. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |