macam macam hiburan terkini |
- Gambar seksi, hot, panas farahdhiya
- Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir
- Shaw Brothers Digesa Bayar Royalti Kepada Waris P.Ramlee
- Nabil Rapat Dengan Pramugari, Nafi Sudah Merisik
- Ana Raffali Tidak Masam Muka Dengan Sohaimi
- Radhi (OAG) Mampu Solat Lima Waktu
- 'Inspirasi' Buah Tangan Terbaru Man Bai
Gambar seksi, hot, panas farahdhiya Posted: 23 Jun 2011 01:51 AM PDT |
Rozita Che Wan Malu 'Berguling' Dengan Shahir Posted: 23 Jun 2011 01:50 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon jelita Rozita Che Wan mengakui berasa segan apabila terpaksa melakonkan babak romantik bersama Shahir (AF8) dalam telefilem Cer Citer Cinta. Kata Rozita, dek kerana malu bergandingan bersama, kedua-dua mereka terpaksa mengulangi semula babak-babak romantik beberapa kali sepanjang penggambaran berlangsung pada awal Mei lalu di Perlis. "Kami serasi digandingkan dalam telefilem ini. Cuma apabila tibanya babak-babak romantik, kami asyik nak tergelak saja. "Bayangkan, salah satu babak ialah adegan berguling-guling dan kami terpaksa lakonkan banyak kali kerana tergelak sakan semasa penggambaran. Ye lah, rasa malu sangat berlakon begitu," selorohnya ketika dihubungi mStar Online, Rabu. Tambah Rozita, walaupun Shahir nampak seperti seorang pemalu dan tidak banyak bercakap, dia sebenarnya mempunyai bakat lawak semula jadi dalam dirinya. Salah satu adegan Rozita dan Shahir terpaksa berguling beberapa kali. "Shahir merupakan seorang lelaki yang kelakar sebenarnya. Sepanjang penggambaran berlangsung saya asyik ketawa tak henti-henti kerana lawaknya. "Tambah pula telefilem ini genre komedi romantik, riuh jadinya set penggambaran kami. Cuma ada sebuah adegan yang memerlukan Shahir mengaji, membuatkan saya ternganga sekejap kerana kagum dengan suaranya," tutur Rozita Telefilem Cer Citer Cinta terbitan Zeel Production itu turut dilakonkan oleh Tomok serta beberapa bekas pelajar AF9 dan akan ditayangkan pada Khamis (hari ini), pukul 9 malam, di Astro Ria. Bagaimanapun, dia tidak menganggap kontroversi cinta yang berlaku terhadap dirinya serta Shahir baru-baru ini boleh menaikkan rating penonton telefilem berkenaan. "Entahlah, kalau hal rating ni, susah kita nak mengagak. Cuma saya harap, para penonton akan terhibur menyaksikan telefilem ini," ujarnya. Telefilem ini mengisahkan bagaimana seorang jurulatih sebuah kem bina semangat iaitu Cik Zaleha (lakonan Rozita Che Wan) yang terpaut hati dengan Ustaz Sarjan (Shahir). Dalam masa yang sama juga ia turut memaparkan hubungan seorang budak kampung bernama Tomok (lakonan Tomok) dengan seorang gadis bandar. |
Shaw Brothers Digesa Bayar Royalti Kepada Waris P.Ramlee Posted: 23 Jun 2011 01:49 AM PDT GEORGE TOWN: Syarikat produksi zaman filem hitam-putih, Shaw Brothers digesa membayar royalti yang dikautnya berjuta-juta ringgit kepada waris atau ahli keluarga Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Peguam Datuk Hamzah Mohd Kassim yang mewakili ahli keluarga seniman Agung itu berkata, setakat ini ahli keluarga atau waris P.Ramlee tidak pernah menerima royalti sepenuhnya tetapi sekadar satu jumlah yang kecil sahaja. "Pembayaran royalti mesti diberikan walaupun terdapat kekaburan dari segi peruntukan undang-undang terhadap filem-filem yang dihasilkan beberapa dekad lalu," katanya kepada pemberita di galeri bersebelahan rumah P.Ramlee membesar dekat sini, Rabu. Turut hadir ialah Presiden Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Melayu, Datuk Seri Mohd Yussof Latiff dan Pengarah Kembara Dunia Travel And Tours Sdn Bhd, Roslina Bahari. Difahamkan syarikat produksi Shaw Brothers telah menerima royalti berjuta-juta ringgit hasil penayangan filem-filem P.Ramlee sejak lebih tiga tahun lalu. Kata Hamzah, tiada siapa menjangka filem-filem P.Ramlee akan terus disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan selepas kematiannya pada tahun 1973. Oleh yang demikian katanya, ahli keluarga atau waris Allahyarham berhak untuk mendapat hak mereka sebagai pendapatan tambahan terhadap filem-filem yang ditayangkan. Hamzah berkata beliau akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk mengadakan perbincangan dengan Shaw Brothers dalam isu tersebut. Beliau berkata setakat ini, ahli-ahli keluarga Allahyarham hanya menerima kira-kira RM200,00 daripada syarikat-syarikat rakaman pada tahun lepas. "Kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan dengan pihak di Indonesia yang turut memainkan lagu-lagu Allahyarham di negara berkenaan," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Hamzah berkata terdapat perancangan untuk membangunkan kawasan sekitar Rumah P. Ramlee. |
Nabil Rapat Dengan Pramugari, Nafi Sudah Merisik Posted: 23 Jun 2011 01:48 AM PDT Kata finalis program Maharaja Lawak (ML) itu, sekiranya sesuatu cerita itu bukan datang daripada mulutnya sendiri, maka ia bukanlah suatu perkara yang sahih. "Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa. "Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat. "Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya kepada mStar Online, Rabu. Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu. "Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang. "Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut. "Kalau ada perancangan hendak berkahwin, tentu saya kongsi dengan semua, buat apa hendak sorok perkara yang baik," katanya. Beralih pula tentang persiapannya menjelang pentas akhir ML pada malam Jumaat, Nabil mengakui runsing apabila memikirkan bentuk persembahan terbaik untuk disajikan kepada para peminat. "Menang atau kalah perkara kedua. Saya lebih risau memikirkan bagaimana caranya untuk memuaskan hati penyokong menerusi komedi saya. "Lagi pun, saya sedar kedudukan saya pada masa ini bukan lagi menjadi peserta kegemaran ramai. "Apa yang menjadi keutamaan menjelang pentas akhir ML malam esok adalah untuk mempersembahkan komedi dengan mengekalkan stail dan identiti saya," katanya yang mengakui menggalas harapan daripada banyak pihak. |
Ana Raffali Tidak Masam Muka Dengan Sohaimi Posted: 23 Jun 2011 01:48 AM PDT Jelas Ana, hubungannya dan Sohaimi masih seperti dahulu, malah mereka akan bekerjasama sekali lagi dalam menghasilkan single terbarunya berjudul Sayang Abah. "Saya tidak pernah berselisihan faham atau bergaduh dengan uncle Sohaimi seperti yang dituduh. Memang kami kadang-kadang tidak dapat menyanyikan lagu Kalau Berpacaran bersama kerana komitmen masing-masing, tapi tidak bermakna kami bermasam muka atau tidak profesional. "Kami akan bekerjasama untuk 'single' terbaru saya berjudul Sayang Abah yang akan berduet bersama Ramli Sarip," ujarnya ketika ditemui di Malam Universal & Showcase 2011, di sini, Selasa. Dalam laporan sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip, Ahad lalu, Ana dikatakan bermasam muka dengan pasangan duetnya, Sohaimi Mior Hassan apabila dia sering menyanyi bersendirian tanpa penyanyi tersebut. Selain itu, dia juga dituduh sebagai kacang lupakan kulit apabila membuat keputusan keluar dari syarikat rakaman milik Aidid Alfian, Indah Karya Sdn Bhd. Dia juga dikatakan tidak selesa dengan imej berbaju kurung serta tidak pandai bermain gitar. Jelas Ana, dia tidak pernah keluar dari syarikat rakaman tersebut tetapi hanya pengurusan perjalanan kerjayanya sahaja diuruskan di bawah syarikat miliknya sendiri About The Letter A Sdn Bhd. "Akar Karya masih menerbitkan lagu dan album saya. Saya hanya meringankan beban mereka dengan mengambil alih tugas Kak Zaza untuk menguruskan kerjaya saya sendiri. "Bagaimanapun perkara itu bukan disebabkan perselisihan faham seperti yang dilaporkan akhbar tersebut. "Segala keputusan yang dibuat selepas membuat perbincangan kedua-dua belah pihak, namun sehingga sekarang kami masih menerima nasihat dari pihak mereka," jelasnya. Berikutan imej berbaju kurung, kata Ana, ia adalah keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri dan bukan paksaan daripada mana-mana pihak. "Saya dikenali di YouTube dengan imej tersebut dan abang Aidid hanya beri cadangan untuk teruskan imej berkenaan. "Secara jujur saya selesa dengan imej itu, namun saya tidak kata saya memakainya 24 jam sehari. Jika di luar saya juga mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan tempat dan keadaan, tapi tidaklah seksi seperti yang mereka dakwa," katanya yang kesal dengan tuduhan-tuduhan tersebut. |
Radhi (OAG) Mampu Solat Lima Waktu Posted: 23 Jun 2011 01:47 AM PDT Radhi berkata, setiap kali mendengar azan berkumandang, dia terus akan melakukan solat secara berjemaah. "Saya sudah tidak tinggal solat lagi dan setiap kali saya teringat tentang kisah silam, saya akan cepat menunaikan solat. "Saya juga tidak menghisap rokok lagi. Ia juga sebagai persediaan untuk saya melakukan konsert 'Radhi Back On Stage' tidak lama lagi," katanya. Radhi dengan kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan kepadanya di Rumah Pengasih. Konsert tersebut akan diadakan di Downtown@Bukit Dukung, R&R Lebuhraya Cheras-Kajang pada 25 Jun ini, pukul 8.30 malam. Paling menarik Radhi berkata dia seronok selepas berada di Pengasih kerana dia dapat kembali aktif bermain bola sepak kerana telah lama saya meninggalkan sukan itu. Dalam masa yang sama dia turut berbangga apabila jadual waktunya lebih teratur, selalu mengerjakan solat dan tidur pada waktu yang awal. "Saya rasa waktu tidur memberikan nikmat paling bermakna kepada saya kerana sebelum ini waktu tidur saya tidak menentu," ceritanya. Selain melalui kehidupan bermaknanya itu, dia yang masih kekal dengan kumpulan OAG, menubuhkan sebuah lagi kumpulan baru iaitu Outlet bersama-sama ahli-ahli Pengasih iaitu Hafizi Harun (dram) dan Muhammad Kamil Muhammad Muazam (gitaris). Tubuh Radhi semakin berisi. "Seperti yang semua tahu, kumpulan OAG lebih kepada konsep remaja. Lagipun, saya bukannya remaja lagi. "Untuk kumpulan baru ini, saya perlukan konsep yang berlainan dan lebih matang. Saya mungkin akan menghasilkan lagu alternatif yang lebih bercorak kerohanian seperti norma-norma hidup dan falsafah," katanya. Radhi berkata, sepanjang menghabiskan masa lima bulan di Pengasih, dia ada juga mencipta lagu dan membuat latihan nyanyian bersama-sama kawannya di situ setiap tiga kali seminggu. Radhi kini hidup solo setelah bercerai dengan isterinya, Shazlin Sharif pada Jun 2010. Anak tunggal mereka Mohd Rifdhi Muslim, 6, tinggal bersama-sama Shazlin. |
'Inspirasi' Buah Tangan Terbaru Man Bai Posted: 23 Jun 2011 01:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Abdul Rahman Osman (Man Bai), 44, yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air kembali dengan album solo berjudul Inspirasi. Album memuatkan lapan buah lagu tersebut akan berada di pasaran mulai 30 Jun ini. "Inspirasi dipilih kerana semua lagu dalam album ini adalah sumber inspirasi saya. "Apa yang menguatkan diri saya untuk kembali menghasilkan album adalah keinginan untuk berkarya dan menyanyi," katanya dalam satu sidang media di pejabat Sony Music Entertainment, di Solaris Dutamas, di sini, Rabu. Biarpun sedikit teruja dan lega dengan penghasilan album yang mengambil masa selama empat bulan sejak dirakamkan pada Januari lalu, dia akui berasa gentar dengan penerimaan peminat. "Saya takut dengan reaksi peminat sebab negara ini mempunyai ramai penyanyi. Saya juga tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dalam industri ini. "Walaupun begitu, saya tetap akan cuba mengalih perhatian peminat kepada Man Bai," ujarnya bersungguh-sungguh. Selain mengekalkan jiwa 'cinta' yang terkenal menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini seperti Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa, dia turut akan membawa peminat mengimbau semula kenangannya bersama kumpulan Gersang yang popular era 80an. "Saya mengilhamkan lima lagu baru iaitu Air Mata, Tentang Cinta, Sendiri, Awan Berlalu Pergi dan duet bersama Datuk Khadijah Ibrahim iaitu Kita Cinta yang diterbitkan sendiri oleh saya. "Selain itu, saya turut menyanyikan semula lagu Kau Ilhamku dan Masih Aku Terasa dengan susunan muzik yang diubah sebanyak 60 peratus berbanding lagu lama," jelasnya. Katanya lagi: "Untuk menyanyikan lagu Masih Aku Terasa, saya terpaksa mengawal suara agar tidak lari daripada suara ketika saya menyanyikan lagu itu pada usia 18 tahun dulu." Bersempena dengan kemunculan album ini, Sony Music akan menganjurkan peraduan 'Inspirasi Man Bai' di stesen radio yang akan ditetapkan pada bulan hadapan. Pemenang bertuah akan memenangi hadiah sebuah gitar yang ditandatangani oleh penyanyi itu sendiri. Selain itu, dia akan muncul dengan klip video dua buah lagu baharu daripada album itu yang masih dalam proses pembikinan. Dia juga sedang popular dengan lagu duetnya bersama kumpulan Pop Shuvit berjudul Seperti Syurgamu yang dimuatkan dalam album kumpulan itu. Mereka dijangka akan membuat persembahan bersama-sama di konsert MTV World Stage di i-City Shah Alam pada 24 Julai depan. Bukan itu sahaja, dia turut merancang dengan anggota kumpulan Gersang untuk kembali aktif menghasilkan album baru yang turut menampilkan semula lagu lama yang menaikkan nama kumpulan itu. Bapa kepada tiga orang anak iaitu Imran Fitri, 14, Luqman Hakim, 12, dan Sarah Aishah, 10, ini pernah menghasilkan dua album solo berjudul Man Bai dan Positif sekitar tahun 1995 dan 1999. Dia yang turut popular dengan kumpulan Gersang menerusi lagu Suratan Takdir dan Bersama Suara Hati ini pernah berehat sementara dari industri akibat penyakit tonsil. |
You are subscribed to email updates from macam macam hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |