Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan

Pasangan selebriti Bollywood, Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan sedang melalui saat-saat bahagia apabila masing-masing bakal bergelar ibu dan bapa kerana  Aishwarya Rai di khabarkan sedang hamil anak pertama mereka.

Kehamilan Aishwarya Rai telah diumumkan oleh ayah Absishek, Amitabh Bachchan melalui akaun Twitter miliknya.

"Berita! berita! berita! Saya akan menjadi datuk. Aishwarya hamil… sangat bahagia dan tak sabar," tulisnya seperti dipetik dailymail.uk.

Dalam pada itu, Aishwarya yang diwawancara oleh David Letterman memberitahu tidak akan berpindah ke Hollywood biarpun namanya sudah dikenali di sana.

Dia yang telah membintangi beberapa buah filem di Hollywood memilih untuk tinggal di India bersama keluarga tercinta.

Matkepoh- Gembira betul Amitabh Bachchan bakal jadi datuk. Rasanya semua peminat mereka pun gembira sebab anak mereka pun mesti jadi hero/heroin Bollywood nanti.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , , ,