Adsense

Selasa, 11 Januari 2011

Zon Artis

Zon Artis


Angelina Sah Anak Watie Elite, Bukan ‘Anak Tidak Sah Taraf’

Posted: 11 Jan 2011 08:37 PM PST

ANGELINA ANAK WATIE ELITE

Post terdahulu: Angelina Anak Watie Elite?

Straight to the point. Untuk pengetahuan anda semua, abang ipar Watie telah membuat kenyataan bahawa Angelina sememangnya adalah anak kepada Watie Elite dan pengakuan yang dibuat oleh Angelina mengenai dia adalah anak tidak sah taraf juga tidak benar sama sekali kerana Angelina dilahirkan hasil pernikahan Watie dengan bekas suaminya 15 tahun dahulu.

Berikut adalah kenyataan abang ipar Watie itu:

Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.

Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.

Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.

Menurut abang ipar Watie lagi, apa yang berlaku ini adalah bermotifkan duit. Ini kerana, ibu angkat Angelina itu sudah menjadi ibu tunggal dan sedang kesempitan wang. Jadi mereka menggunakan Angelina untuk mendapatkan wang daripada Watie. Tapi disebabkan Watie enggan memberikan wang, perkara ini berlaku dengan niat untuk mengaibkan Watie.

Untuk baca lebih lanjut kenyataan dari abang ipar Watie, boleh baca DI SINI

Psstt: Siapa lagi nak kena cukur rambut guna sabit?

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.