Adsense

Selasa, 11 Januari 2011

borak kosong

borak kosong


Lelaki gigit sampai mati ular yang gigitnya kerana marah

Posted: 11 Jan 2011 09:00 PM PST

Ianya tidak pelik jika seekor ular menggigit seorang manusia, tetapi ianya adalah pelik jika seorang manusia menggigit seekor ular kerana membalas dendam.

Seorang tukang kebun, Ramesh Jamda yang bekerja di sebuah taman kerajaan di New Delhi , India, telah digigit oleh seekor ular yang kemudiannya dia membalas dengan menggigit kembali ular tersebut dan menguyah sedikit cebisan daging ular tersebut.

Tukang kebun yang berusia 25 tahun itu terlalu marah dengan ular yang menggigitnya sewaktu dia menjalankan kerja-kerjanya itu.Kerana tidak tahan sakit, lelaki itu menggigit ular yang menyerangnya itu sehingga mati.

"Saya gigit dia kerana itulah cara untuk melawan balik," kata Ramesh.

Menurut akhbar itu, Ramesh telah muntah beberapa kali sebelum pengsan selepas menggigit ular itu.
 Dia kemudiannya tidak sedarkan diri dan dibawa untuk mendapatkan rawatan.

Dia telah selamat dari gigitan ular tersebut sebaliknya ular itu telah mati akibat gigitannya.(link)

Nenek 93 tahun terselamat walaupun terjatuh dari tingkat 4 rumahnya

Posted: 11 Jan 2011 08:45 PM PST

Seorang nenek yang berusia 93 tahun, bergelar Pan, penduduk Xi'an, wilayah Shaanxi, telah selamat daripada kematian selepas terjatuh dari tingkat empat rumahnya Rabu lalu.


Pan berkata bahawa dia hanya memandang ke luar tingkap ketika dia terpeleset dan jatuh keluar. Tiga tenda rumah di tingkat kedua dan ketiga, dan wayar elektrik pertama telah membuatkannya patah-patah ketika jatuh. Walaupun bahagian pelvis nenek itu retak, dia berada dalam keadaan stabil, kata doktor.

Sumber - China Daily

[hebat] Cara orang tua di Korea Selatan mengatasi anak suka main game dan tengok tv

Posted: 11 Jan 2011 07:40 PM PST

Kalangan orang tua di Korea Selatan (Korsel) punya pendekatan unik untuk mendidik anak-anak mereka yang terlampau suka bermain game komputer dan menonton televisyen. Supaya tidak malas,remaja  ini dikirim ke kem tentera.


Menurut stesen televisyen ABC News, anak-anak yang rata-rata mula memasuki kelompok usia remaja ini menjalani suatu program yang sangat berat, yang dibuka pada akhir Desember lalu. Selama sepuluh jam setiap hari, sekitar lebih dari 180 peserta harus menjalani gerak badan dan ketahanan fizik ala tentara.

Bahkan, mereka harus membuka baju untuk merasakan dinginnya cuaca di luar. Apalagi cuaca di Korea Selatan tengah bersalju. Suhu di Kota Ansan, yang menjadi lokasi pelatihan, mencapai minus 8 darjah celcius.


"Orang tua mengirim saya ke kem ini kerana saya suka bermain game komputer," kata seorang anak berusia 15 tahun bernama Kang Han-sol. Dengan menjalani pelatihan ala tentara itu, menurut Kang, dia berharap dia akan menjadi disiplin dan giat belajar serta tidak terlalu asyik bermain.

"Akhir-akhir ini, banyak murid yang sudah jadi egois dan kurang cergas serta pemalas," kata seorang pelatih bernama Park Tea-joon.






sumber: vivanews.com

Wanita jatuh dalam mesin pemotong batu

Posted: 11 Jan 2011 06:30 PM PST

Malang tidak berbau..inilah yang menimpa seorang wanita
yang jatuh dalam mesin pemotong batu...saya petik dari kosmo online


NANNING, China - Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa mesin pemotong batu selepas seorang pekerja mendengar jeritannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Chen Xiangjin tergelincir jatuh ke dalam mesin itu di sini baru-baru ini ke dalam timbunan batu menyebabkan kakinya tidak boleh bergerak.

Seorang pekerja yang mendengar jeritan wanita itu bertindak segera dengan menutup enjin mesin tersebut.

Wanita itu diselamatkan oleh beberapa anggota bomba dengan menggunakan tali bagi menariknya keluar dari timbunan batu dengan hanya mengalami kesan-kesan calar. - Agensi

[Pelik] Kucing boleh cakap 'mama' dan mengira

Posted: 11 Jan 2011 05:40 PM PST

Lagi satu keajaiban...seekor kucing boleh bercakap perkataan
mama,mami dan mengira.....saya petik dari kosmo online



JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.

Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil.

"Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbar detikSurabaya.com semalam. 

Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya.

"Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya.

Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan.

Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.

Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi

515 bahan kimia masuk dalam tubuh wanita setiap hari kerana produk kecantikan

Posted: 11 Jan 2011 04:40 PM PST

Menurut satu kajian baru, wanita biasanya menggunakan hingga 13 produk, yang sebahagian besar mengandungi lebih daripada 20 bahan, termasuk aditif (bahan penambah).

Sebahagian besar kosmetik kegemaran kita adalah campuran yang dihasilkan secara industri dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kesihatan kita dan, dalam beberapa kes, bukan memberikan kita potensi 'anti-penuaan' tetapi menyebabkan kita nampak tua dengan lebih cepat. Minyak wangi mengandungi campuran rata-rata daripada 250 bahan, dengan beberapa mengandungi sebanyak 400.

Penyelidikan oleh Bionsen, syarikat yang membuat deodoran yang kata mereka 'bebas aluminium', mengatakan beberapa bahan aditif dalam produk-produk lain telah dikaitkan dengan kanser, masalah hormon, kondisi kulit dan alergi.

Lipstik mengandungi purata 33 bahan, losyen tubuh 32, maskara 29, dan produk yang paling murni, pelembap tangan, 11.

Poll (pungutan suara) dari 2,016 orang wanita oleh Bionsen mengatakan sebahagian besar dari bahan tercemar adalah ditimbulkan sendiri oleh wanita yang menyemburkan deodoran, menyapu pelembab tubuh dan memakai lipstik pada setiap pagi.

Lapan daripada 12 daerah di tubuh ditandakan oleh Bionsen sebagai tempat di mana para wanita menggunakan produk kosmetik yang mengandungi bahan kimia itu pada wajah atau kepala dan termasuk pelembab, fondasi, pemerah muka, make-up mata, spray rambut dan parfum kepala atau wajah.

Penelitian dari University of Medicine Wilayah Kyoto menunjukkan bahawa beberapa parabens yang dahulu kita anggap selamat, seperti Methylparaben, boleh bermutasi dan menjadi racun bila terkena sinar matahari. Parabens adalah salah satu bahan pengawet yang paling banyak digunakan di dunia, dan dijumpai dalam syampu, gel rambut, gel pencukur dan losyen tubuh. Tetapi penggunaan menjadi semakin kontroversial - pelbagai kajian telah menghubungkan mereka dengan masalah kesihatan yang serius termasuk kanser payudara, serta masalah kesuburan pada lelaki.

Penelitian sebelumnya menemukan satu pertiga wanita di bawah usia 25 tahun memakai produk yang ditujukan untuk mereka yang lebih daripada 40-an, berpotensi mendedahkan diri mereka kepada kerosakan yang tidak diingini dari rawatan yang dibuat khusus untuk kulit yang lebih tua.

Pesakit Eksema yang menggunakan produk yang terlalu berminyak sering menderita suatu keadaan yang disebut oklusi folikulitis (occlusive folliculitis) - iaitu keringat tidak boleh keluar melalui liang-liang roma yang tersumbat, menyebabkan bengkak merah gatal.

Ada beberapa undang-undang yang direka untuk melindungi kita daripada bahan kimia berbahaya dalam kosmetik, namun para penyelidik bimbang bahawa mereka tidak pergi cukup jauh. Sebagai contoh, pengeluar kosmetik wajib menyenaraikan bahan-bahan mereka, tetapi mereka tidak perlu memberi tahu kita mengenai kotoran yang ditemui pada bahan mentah ataupun digunakan dalam proses pembuatan, selama mereka tidak menyiapkan produk.

Jika anda ingin melindungi diri daripada bahan kimia yang berlebihan, kurangkanlah penggunaan kosmetik anda secara keseluruhan, beralih kepada produk-produk alamiah dan organik, serta membaca label pada produk-produk penjagaan kecantikan dengan lebih berhati-hati.



Sumber:

1 - Telegraph.co.uk

2 - Dailymail.co.uk

18SG Dibunuh Dengan Kejam

Posted: 11 Jan 2011 10:01 AM PST






Menonton filem porno ada kebaikan?

Posted: 11 Jan 2011 09:01 AM PST

Ramai lelaki merasa khuatir dan tidak percaya diri ketika didiagnosis menderita mati pucuk. Namun kini, ada cara mudah untuk mengobati masalah keperkasaan lelaki ini. Dengan menonton adegan  dalam video porno, lelaki yang menderita masalah ejaksi mungkin boleh disembuhkan.

Seperti dikutip dari laporan The Star Online, Sin Chew Daily melaporkan bahawa seorang lelaki yang didiagnosis dengan prostatitis (gangguan di bagian prostat yang boleh sebabkan sakit ketika ereksi) berusaha mencari pengubatan di sebuah hospital di Guizhou, China dan akhirnya dia diminta untuk menonton filem porno. Hasilnya, kesakitanya berkurang, dan lelaki itu lama kelamaan boleh kembali bercinta tanpa rasa sakit.

Selain itu,pakar Urologi Singapura Dr Lin Fa Cai mengatakan filem porno juga memiliki peranan penting dalam kesuburan lelaki. Salah satunya, dia sering meminta pesakitnya bermasturbasi sambil menonton filem, agar boleh membuang cairan sperma yang tidak sihat dalam tubuhnya. Metode ini boleh merangsang produksi hormon lelaki yang berefek meningkatkan.

Tak hanya itu, manfaat lain dari menonton adegan dalam filem porno menurut Dr Yang Zhi Jian dari klinik kesihatan lelaki di Singapura mengatakan, menonton film porno boleh membantu pesakit memperbaiki kehidupan seks mereka dengan belajar berketerampilan baru.

Namun, meskipun ada manfaatnya bukan bererti ketagihan menonton filem porno tidak menyimpan bahaya. Lelaki yang ketagihan menonton filem porno, dapat merasa sangat kecewa dengan kemampuannya seksual mereka sendiri. Mereka cenderung membandingkan persembahan seksualnya dengan aktor filem porno yang punya kemampuan bercintanya hebat.-VIVAnews

Ayah tembak anaknya sendiri kerana adakan hubungan seks dengan adik tirinya

Posted: 11 Jan 2011 08:41 AM PST

Seorang ayah dari Highland Park, Michigan, USA dituduh membunuh anaknya - yang merayu-rayu agar jangan dibunuh - setelah mengetahui bahawa anaknya itu telah melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya.

Jamar Pinkney Hero, 37, yang sangat marah setelah mendengar bahawa anak lelakinya yang berusia 15-tahun iaitu Jamar Pinkney Jr melakukan hubungan seksual dengan adik tirinya yang berusia baru 3 tahun, menelanjanginya kemudian menggiringnya ke sebuah tanah kosong dan menembaknya hingga mati meskipun dirayu oleh anak lelaki itu dan ibunya, kata relatif.

Pihak berkuasa Michigan memfailkan dakwaan pembunuhan peringkat pertama terhadap Pinkney pada hari Rabu kerana menembak anaknya pada hari Isnin.

Peguam bela O'Meara Corbett berkata bahawa pihak pendakwa harus mempertimbangkan bukti daripada keadaan fikiran ayah itu setelah mengetahui tentang gangguan seksual tersebut.



"Ini adalah sesuatu yang sukar untuk ditangani oleh semua pihak yang terlibat, termasuklah polis," kata ketua polis iaitu Ted Caldwell.

"Highland Park adalah sebuah bandar kecil. Mereka adalah orang-orang yang telah menjadi ahli masyarakat selama bertahun-tahun."

Penembakan terjadi pada Khamis malam di sebuah tanah kosong di bandar itu. Ibu kepada anak itu, Lazette Cherry, mengatakan kepada Detroit Free Press bahawa anak laki-lakinya mengatakan ia sudah melakukan hubungan seksual yang salah dengan budak perempuan itu.



Sumber - NyDailyNews

Chef terseksi di dunia

Posted: 11 Jan 2011 07:30 AM PST

image
Akibat terlampau sibuk sampai lupa nak pakai baju…..

18SG BUDAK TERTUSUK GUNTING

Posted: 11 Jan 2011 06:00 AM PST

Niat budak 4 tahun ini ingin membantu orang tuanya yang sedang memotong pita sebagai persiapan acara festival musim semi, tiba tiba budak  yang bernama Xiao Yu tersebut tersangkut dan terjatuh, malangnya Yu terjatuh tepat pada tempat dimana terdapat satu gunting besar yang dipakai memotong pita berada dan terus tercucuk dibahagian mukanya.

Yu  4 tahun inipun boleh tersenyum kembali setelah 8 hari pembedahan

Kasihan sekali, bedah sekecil ini harus menahan keasakitan. Akhirnya Yu dibawa ke rumah sakit terdekat di kota Qinglong kota Propinsi Qinghuangdao Cina. Menurut berita yang diambil ruanghati.com dari People Daily menyebutkan bahwa akhirnya pasukan doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan gunting dari mukanya agar dapat kembali normal seperti sedia kala. ~~ruanghati

Jom tengok kepala buaya masak tiga rasa

Posted: 11 Jan 2011 05:00 AM PST

image
Wow!!! ada juga kepala buaya masak tiga rasa….

[Pelik] Sega lancar game yang dikawal oleh air kencing

Posted: 11 Jan 2011 04:25 AM PST

Jepun memang punya idea yang unik dan mungkin buat sebahagian orang terdengar gila dan aneh. Tapi para pengguna toilet umum di Jepun bakal  dihibur dengan video games ketika mereka pipiskencing.
Perusahaan Sega telah mengumumkan rencana mereka untuk menginstal games Toylet di dalam toilet yang memperbolehkan para penggunanya  untuk bermain dalam 4 macam tentangan yang terpisah  yang mana dikontrol oleh air kencing mereka.

Menurut AkihabaraNews.com, alat-alat elektronik tersebut bakal tersedia di 4 stesen metro Jepang dalam beberapa minggu ke depan dan mengutamakan 4 judul.


Salah satu game, Graffti Eraser, memerlukan pemain-pemain untuk kencing  sekuat yang mereka mampu untuk menghancurkan tulisan atau graffiti dari sebuah tembok, sementara The North Wind and Her harus menggunakan air kencing mereka sebagai angin  dan berusaha mengangkat baju seorang wanita dengan 'ledakan' alat kelamin mereka.

Games-games tersebut menggunakan  sebuah sensor yang diletakkan di ruang/ bilik  porcelain yang kemudian mengirim informasi ke layar LCD 31-cm  yang ada di atasnya. Para pemain boleh menyimpan skor mereka di sebuah flash drive.



Kereta BMW daripada batu-bata

Posted: 11 Jan 2011 03:38 AM PST

Seorang seniman China dengan tekunnya membuat sebuah kereta mewah BMW daripada batu bata. Hasilnya pun luar biasa, dengan ratusan batu tersebut kereta yang dibuatnya nampak serupa dengan yang asli.

Dai Geng menghabiskan selama lebih dari 1 tahun menyatukan batu batu yang kemudian dia pahat menjadi sebuah model kereta sport BMW Z4. Lebih hebat lagi, Dai bahkan mampu membuat pintu kereta batu bata itu terbuka seperti sebuah kereta pada umumnya.

"Hanya bahagian kaca keretanya yang tidak terbuat dari batu bata. Keseluruhan kereta termasuk, tayar kereta, stereng, knalpot serta lis kereta terbuat dari batu bata," ucap Dai.

Kereta bata tersebut kini dipamerkan di Shenzeng, Daerah Guangdong dan menarik perhatian banyak orang. "Kereta itu saya pamerkan selama setahun lebih. Kini saya ingin menjualnya," lanjut Dai.

Dai menghargai mobilnya itu sebesar 80 ribu poundsterling.Dia mengaku keretanya kemungkinan besar akan dibeli oleh seorang orang kaya baru China, yang ingin menjadikannyakereta batu itu sebagai hiasan tamannya.

Terlalu Mabuk, Seorang Pencuri Minta Bantuan 911

Posted: 11 Jan 2011 02:30 AM PST



Seorang pencuri di Amerika ditahan setelah jadi mabuk di rumah yang dia masuki.

John Finch masuk ke sebuah rumah kosong di Bellefonte, Delaware, namun bukannya mencuri barang-barang milik tuanpunya rumah, John memutuskan untuk pergi ke tempat simpan minuman.

Pencuri 44 tahun itu pun menghabiskan 3 hari berpesta minum 3 botol gin dan 2 botol wiski.

Dan ketika si pemilik rumah balik untuk memeriksa beberapa hal dirumahnya, John pun sembunyi di sebuah almari.

Ketika tuan punya rumah pergi, John berusaha keluar dari rumah. Namun sayang, dirinya terkunci di dalam sehingga John - yang sedang mabuk- menelefon 911 untuk minta bantuan.

Menurut Michael Bingnear, petugas berkata John terlalu mabuk untuk memanjat kembali ke pintu dimana dirinya tadinya masuk dan tidak tahu caranya bagaimana membuka kunci di depan dan belakang pintu.Dia kemudiannya ditangkap dan sedang menanti perbicaraan.


Rupanya puntung rokok ada kegunaannya

Posted: 11 Jan 2011 01:30 AM PST

Merokok dapat menyebabkan kanser, serangan Jantung,gangguan kehamilan dan janin. Baik buat perokok ataupun orang disekitar perokok. Kerana impak rokok sangat merugikan kesihatan, cubalah berhenti merokok.

Tapi ternyata para ilmuwan di China telah menemukan manfaat positif puntung rokok yang dibuang. Bahan kimia yang diambil dari filter puntung rokok boleh melindungi batang paip agar tidak berkarat.

Hasil penelitian ini diterbitkan dalam jurnal Masyarakat Kimia Amerika dan bboleh menghasilkan prospek bagi penggunaan semula puntung rokok, demikian dilasir BBC.

Sekitar 4,5 billion puntung rokok berada di lingkungan kita setiap tahun. Puntung-puntung rokok boleh bertahan sampai 15 tahun di laut, dan filter yang mengandung bahan racun kimia boleh mematikan berbagai jenis ikan.

Sekarang para penyelidik di China mengatakan mereka menemukan cara yang dapat menggunakan puntung rokok dan dapat menguntungkan dari sisi ekonomi.

Mereka menemukan bahawa dengan mencelupkan puntung rokok ke dalam air mereka dapat mengeluarkan sembilan jenis bahan kimia termasuk nikotin.

Bila bahan-bahan ini diolahkan ke sejenis baja yang sering digunakan industri minyak, bahan-bahan kimia itu ternyata sangat efektif untuk mencegah paip itu berkarat dalam kondisi sulit sekalipun.

Selama ini industri minyak memerlukan belanja yang sangat besar untuk mengganti batang paip yang berkarat.
China sendiri tidak akan kekurangan puntung rokok untuk melakukan uji kaji. Sepertiga rokok dunia dihisap oleh masyarakat di China.

[Gila] Ada pasangan suka tunjuk buntut bila bergambar

Posted: 11 Jan 2011 12:40 AM PST

Macam dah tak ada cara posing...kemana-mana pun mereka
pergi dan akan mengambil gambar sambil menunjukkan buntu mereka...








[Hebat] Aksi lelaki kudung main bola

Posted: 10 Jan 2011 11:40 PM PST

Bola sepak bukan hanya untuk manusia normal saja. Penderita cacat pun dapat memainkan permainan terpopular itu. Seperti yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki kudung di Haiti.
Pertandingan ini dilakukan antara Team Zaryen (biru) melawan TeamNational (putih). Reuters





Kegigihan dan kesungguhan membuat mereka
seperti manusia yang normal...


Ketumbuhan pelik pada badan gadis China membingungkan doktor

Posted: 10 Jan 2011 10:30 PM PST

Sungguh sedih tetapi pelik, seorang gadis yang digelar manusia penyu telah membingungkan para doktor dengan ketumbuhan-ketumbuhan aneh dan pelik pada badannya.

Tumor itu yang terjadi dari bengkak secara pukal pembuluh darah atau kelenjar limpa - membuatkan Tian Yunting yang berusia 23 tahun ini tampil dengan kulit bersisik yang keras.

Namun pada kenyataannya, keadaan perubatan yang jarang berlaku ini bererti bahawa sekecil apa pun mengetuk atau menyentak boleh meletupkan pembuluh darah yang bengkak itu dan dia akan berdarah terus sehingga yang mungkin boleh membawa maut.

Tian juga telah terpaksa berhenti kuliahnya kerana perjalanan bas di atas jalan beralun yang belum dirapikan boleh membunuhnya.


"Walaupun saya dapat sampai ke sana saya tidak boleh duduk kerana kerusi yang keras akan meletupkan saya," jelasnya.

Doktor di Zhangjiajie, selatan China, mengatakan keadaan ini disebabkan oleh kekurangan genetik yang jarang berlaku yang disebut angiomas - tetapi belum pernah melihatnya pada skala yang besar seperti itu.

"Ianya dapat dikawal dengan membuang tumor tu secara tetap tetapi ianya harus dilakukan di hospital kerana akan berlaku banyak pendarahan. Ini adalah kes terburuk yang pernah kami lihat," kata salah seorang ahli bedah.


Via - Austrian Times