Adsense

Selasa, 11 Januari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Juri AJL25 Bertelagah? Azmeer Kurang Setuju Keputusan M.Nasir

Posted: 10 Jan 2011 03:45 PM PST


KUALA LUMPUR: Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.

Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.

"Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini Isnin.

Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.



Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.

Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.

Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa (malam ini).

Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.

Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).

Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.



Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.
Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.

Bersifat jujur - M.Nasir

Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.


Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.
"Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.

"Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak 'besar'. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya," kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.

Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.

"Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.

"Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular," ujarnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.

"Semua kena tanya M.Nasir," katanya

Kemelut Rumah Tangga, Jimmy Ajak Peminat Berdoa

Posted: 10 Jan 2011 03:41 PM PST


PETALING JAYA: Pengacara Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh,30, enggan mengulas mengenai ikatan perkahwinan yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, yang dikatakan semakin rapuh apabila dia dilihat muncul di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, Isnin.

Jimmy dalam satu kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online berkata, dia tidak dapat memberi sebarang komen kerana mahu menjaga hati keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu berhubung perkara terbabit.

"Saya tahu isu rumah tangga saya masih ramai yang buat spekulasi. Saya minta maaf kepada semua wartawan. Bukan saya tak mahu kongsi masalah ini tetapi saya harus jaga nama naik keluarga mertua dan pihak-pihak tertentu," katanya, Isnin.

Jelas Jimmy dalam SMS tersebut, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.

Katanya, sudah menjadi adat sesebuah perkahwinan itu mesti ada pasang surutnya tetapi dia menganggap apa yang dilaluinya hari ini adalah ketentuan Allah.

"Mungkin juga dugaan awal yang kami lalui ini akan menguatkan lagi ikatan perkahwinan kami pada masa akan datang," ujarnya.

Bagaimanapun pengacara Trek Selebriti ini berharap semua peminat dan orang ramai dapat berdoa agar perkahwinan mereka itu akan terus kukuh dan kekal buat selama-lamanya.

mStar Online difahamkan, Jimmy hadir ke mahkamah bersama peguamnya bagi menyelesaikan tuntutan nusyuz atau perintah kembali taat yang dibuat terhadap isterinya sebelum ini.

Bagaimanapun isterinya dikatakan tidak menghadirkan diri sehingga menyebabkan kes berkenaan terpaksa ditunda sehingga Februari depan.

Kata Jimmy lagi, dia akan memaklumkan kepada pihak media sekiranya terdapat apa-apa perkembangan positif dan menggembirakan mengenai rumah tangga mereka itu.

Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, Selangor dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Dipanggil Lagu 'Sampah', Ana Raffali Beri Pandangan

Posted: 10 Jan 2011 03:40 PM PST


KUALA LUMPUR: Selepas kontroversi tidak dibenarkan memegang gitar bagi sesi fotografi profil Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25), penyanyi Ana Raffali sekali lagi dipalit dengan kontroversi apabila kemenangannya sebagai juara AJL25 dipertikai.

Ramai pihak yang mempersoalkan kemenangan lagu Tolong Ingatkan Aku karya lirik dan ciptaan Ana sendiri setelah rancangan berprestij itu melabuhkan tirai di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam Ahad lalu.

Kejayaan Ana yang merangkul hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 itu mengundang suasana yang kurang manis sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang apabila kebanyakan penonton di stadium berkenaan bangun meninggalkan kerusi masing-masing.

Ia seperti isyarat peminat dunia hiburan tidak dapat menerima keputusan juri yang diketuai M.Nasir itu mengenai pemilihan berkenaan.


Lebih dahsyat lagi, semasa sidang media diadakan ada wartawan yang melabelkan lagu berkenaan umpama sampah dan mempersoalkan kenapa ia harus diangkat sebagai pemenang.

Sebaliknya, anak didik komposer Aidit Alfian ini menerima keputusan juri yang sebulat suara membuat keputusan memilihnya sebagai pemenang.

Ana tidak kecewa dengan keceman orang ramai kerana dia tidak bersalah sebaliknya menerima keputusan itu dengan rasa syukur.

"Peluang memenangi juara lagu AJL25 tidak akan dapat di mana-mana. Saya berharap lagu Tolong Ingatkan Aku untuk menang tetapi tidak fikir dipilih terlalu tinggi seperti ini.

"Mungkin lagu itu tidak popular dan tidak selalu dimainkan di radio tetapi kita perlu melihat sejauh mana lagu itu digambarkan.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kemenangan ini dan akan terus berkarya dalam industri muzik," katanya ketika sidang media selepas acara itu berlangsung.

Bercerita lanjut tentang lagu berkenaan, Ana akui lagu itu sebagai mengingati arwah kakaknya yang meninggal pada 9 Januari 2003.

"Saya menulis lagu itu sebagai satu peringatan untuk orang yang tersayang. Benci dan marah merupakan satu lumrah dalam kehidupan.

"Saya akan berkongsi hadiah wang tunai itu dengan orang yang banyak berjasa kepada saya selain ingin mengadakan sedikit jamuan.

"Trofi yang saya menangi ini akan lebih mengingatkan saya tentang kenapa saya memilih muzik sebagai karier sekali gus sebagai lambang keseriusan dan perjuangan saya dalam bidang muzik," ujarnya.

Ana juga berharap penganjur konsert akan lebih menghargai penyanyi dan pemuzik tempatan pada masa akan datang.

Apa kata pemenang lain?

Dalam pada itu, pemenang lain dalam AJL25 turut meluahkan perasaan syukur dan gembira mereka.



Black ketika menyanyikan lagu Drama King.
Naib juara: Drama King ciptaan Taja serta lirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000

Taja- "Lagu Untukmu dan Drama King merupakan lagu yang berlainan. Kami tidak menolak untuk berkolaborasi dengan Black lagi selepas ini.

"Ramai yang mengatakan lagu ini sebagai lagu sindiran tetapi kami tak nafikan. Semuanya bergantung kepada konklusi masing-masing. Seperti kata Ana Raffali, kita luahkan apa yang ingin diluahkan dalam hati melalui lagu."

Tempat ketiga: Noktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000



Hafiz menyampaikan lagu Noktah Cinta.
Ajai - "Muzik seperti fesyen. Memang betul seperti kata M. Nasir, setiap kali AJL, mesti ada ketidakpuasan tetapi muzik sangat halus untuk orang seni bentangkan.

"Pada saya, menang atau kalah, saya lihat pada generasi baru yang boleh membuat lagu sendiri. AJL merupakan platform yang bagus dan kita juga memerlukan populariti artis."


Persembahan lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir turut menjadi perhatian.
Vokal terbaik: Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi dan wang tunai RM10,000)

Hafiz- "Syukur, ini merupakan kali pertama saya mendapat tempat ketiga dan vokal terbaik dalam AJL25. Terima kasih kepada komposer dan penulis lirik. Saya sangat bangga dengan kemenangan ini."




Persembahan terbaik: Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000)

Faizal Tahir: "Ramai yang cakap tahun siapa pada setiap kali ada AJL tetapi sebenarnya peminat artis itu yang akan berkata begitu. Sebenarnya AJL adalah tahun untuk semua orang dan tidak patut dipandang rendah.

"Saya anggap, menang atau kalah, tidak menjadi masalah besar dalam hidup. Sebagai pemuzik, kita mahu muzik yang menyentuh jiwa dan sampai kepada penonton.

"Paling penting, saya puas hati dengan persembahan saya dan persembahan peserta lain. Saya puji AJL25."

Ahmad Idham : Watak Ustaz Halau Hantu Masih Relevan

Posted: 10 Jan 2011 03:38 PM PST


PETALING JAYA: Watak ustaz dalam sesebuah filem atau drama yang dipaparkan sebagai penghalau hantu dan jin dianggap relevan sebagai individu yang mempunyai kehebatan mengakis kejahatan makhluk halus itu.

Pengarah filem Ahmad Idham (gambar) berkata, seseorang ustaz dilihat bukan hanya berkebolehan menyampaikan ceramah agama atau pendakwah sahaja sebaliknya boleh membantu merawat individu yang diganggu makhluk halus.

"Watak seseorang ustaz dalam filem yang diperlihatkan sebagai penghalau makhluk halus itu adalah bersesuaian dengan cerita yang dipaparkan.

"Kelebihan sebagai seorang ustaz bukan sahaja sebagai penceramah dan pendakwah sebaliknya sebagai pengamal agama yang boleh memberikan ayat pendinding diri daripada dirasuk. Jika saya menggelar golongan itu sebagai dukun atau bomoh, lagi tahyul.

"Setakat ini, ada atau tidak jampi serapah yang menunjuk kelemahan Tuhan? Sebagai pengarah, saya lihat ayat al-Quran lebih banyak ditonjolkan dalam filem atau drama seram," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Ahmad Idham mengulas kenyataan Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Ustaz Mohd Azahari Yusuf dalam satu kenyataan kepada Bernama pada Ahad lalu yang menegur elemen jampi serapah dalam sesebuah filem atau drama.

Kata Mohd Azahari, penulis skrip genre seram yang mahu mewujudkan watak ustaz perlulah peka dengan peranan besar yang dimainkan golongan itu dan bukannya menyempitkan peranan mereka hanya setakat menjadi penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata.

Sebelum ini, Idham menghasilkan filem dan drama seram seperti Congkak, Jangan Tegur, Niyang Rapik dan terbaru Damping Malam.

Menurut Idham dia mengalu-alukan sekiranya pihak yang tidak berpuas hati dengan hasil filem atau drama seram supaya sama-sama turun padang dan berbincang tentang perkara tersebut.

Sementara itu, pengarah drama Azman Yahya (Jinggo) menganggap kewujudan watak ustaz sebagai penghalau hantu dan jin disebabkan trend masyarakat yang menyukai drama atau filem seperti itu.

Bagaimanapun, dia yang pernah menghasilkan drama seram menerusi syarikatnya, JS Pictures setakat ini belum pernah menampilkan watak ustaz sebagai penghalau hantu dan jin.

"Dalam drama Roh yang kami terbitkan, watak ustaz ditonjolkan sebagai orang yang mengajar tentang cara untuk berhadapan dengan syaitan di mana kita berada. Pada setiap penghujung cerita itu, ada diselitkan ayat suci al-Quran.

"Saya tak nafikan skop seorang ustaz amat besar untuk mengajar, memberi nasihat tentang Islam kepada masyarakat. Tetapi JS Pictures tidak pernah terlepas dari membuat cerita yang bermesej. Selain untuk berhibur, kami turut menyelitkan rujukan dalam Islam," beritahunya lagi.

'Gadis Semasa Sunsilk' Di TV3 Hari Ini

Posted: 10 Jan 2011 03:38 PM PST


KUALA LUMPUR: Sebuah rancangan realiti yang memaparkan kehidupan seorang gadis yang bakatnya dikesan melalui laman portal YouTube, akan menemui penonton setiap Selasa bermula hari ini, pukul 6 petang.

Rancangan realiti di TV3 itu diterbitkan sebanyak 13 episod dan diberi judul Gadis Semasa Sunsilk.

Program ini bertujuan meningkatkan gaya peribadi wanita muda bagi membolehkannya menikmati kehidupan dengan penuh keyakinan.

Gadis yang masih dirahsiakan identitinya itu mempunyai bakat yang luar biasa. Dia akan mendapat bimbingan ke arah pembentukan imej dan bakat oleh komposer Ajai, pelakon Wardina dan pakar dandanan tempatan Bambang Sateto.

Rancangan itu diterbitkan oleh syarikat produksi Red Comunications Sdn Bhd. Ia diarahkan oleh Bernard Chauly.

Siri drama realiti itu akan merakamkan transformasi saat-saat manis, pahit, tawa dan tangisan yang bakal di tempuhi gadis berkenaan dalam perjalanan hidupnya.

Benard berkata, pada tiga episod pertama, rancangan tersebut akan memaparkan detik-detik penting dalam mengenal pasti seorang wanita untuk dipilih menyertai pencarian itu.

Selepas itu pula para penonton akan diperlihatkan bagaimana gadis berkenaan diberi pendedahan kepada dunia glamor selain khidmat nasihat serta bimbingan pakar dalam merealisasikan hasratnya untuk mengejar impian.

"Penonton akan dapat menyaksikan bagaimana seorang gadis yang begitu naif mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan keyakinan dalam mengejar impian hidupnya. Ia sebuah rancangan yang menarik bagaimana sukarnya mencari seseorang melalui laman YouTube," kata Benard.

Mahu Baiki Kelemahan, FFM24 Diserah Kepada Gafim

Posted: 10 Jan 2011 03:37 PM PST


KUALA LUMPUR: Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Ahmad Puad Onah yang diberi mandat oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sebagai penganjur baru Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) bertekad untuk memperbaiki segala kelemahan dan sekali gus meningkatkan mutu penganjuran festival itu.

Menurut Ahmad Puad, sebagai langkah permulaan, dia akan mengadakan perjumpaan dengan ahli persatuan itu dalam masa terdekat bagi membincangkan dengan terperinci mengenai perkara tersebut.

"Saya akan mengadakan mesyuarat bersama ahli persatuan dalam masa terdekat bagi melantik jawatankuasa khas dan berbincang dengan lebih terperinci mengenai penganjuran festival ini.

"Banyak perkara yang perlu kami semak termasuklah aspek majlis, kategori yang dipertandingkan, lokasi, bajet dan sebagainya.

"Saya akui ia bukan tugas yang mudah tetapi kami bersedia menyahut cabaran ini," katanya yang ditemui pada majlis penyerahan replika cek kos penganjuran FFM24 pada tahun ini di Kompleks Studio Merdeka, Finas, di sini, Isnin.


Ahmad Puad tekad perbaiki mutu dan standard FFM24.
Tambah Ahmad Puad, kepercayaan yang diberikan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan standard anugerah itu, sekali gus menjadi penanda aras yang baru pada pembangunan industri filem tanah air.

"Apa jua kekurangan dan kelemahan daripada festival-festival sebelum ini akan kami semak dan perbaiki. Kami akan meneliti sama ada semua kategori yang sedia ada perlu ditambah, dibuang atau dipinda bergantung pada kesesuaian.

"Kita juga akan mempertimbangkan sama ada untuk terus mengekalkan penyertaan filem-filem berbahasa Malaysia saja atau membuka pada filem-filem Mandarin dan Tamil tempatan.

"Mungkin juga kami akan membuka penyertaan kepada pelakon-pelakon Singapura pada FFM24. Semua ini akan dilaksanakan selepas mendapatkan pandangan menyeluruh daripada pihak kerajaan, Finas dan media," katanya.

Pada tahun lalu, pihak Finas dikritik hebat apabila banyak keputusan mengenai pemenang FFM23 dipertikaikan banyak pihak.

Mengulas mengenai replika cek bernilai RM1 juta sebagai simbolik kepada kos penganjuran festival itu, Ahmad Puad berkata, jumlah yang diperuntukkan itu sebenarnya tidak mencukupi.

Memandangkan jumlah yang diperuntukkan untuk trofi dan wang tunai kepada para pemenang saja mencecah hampir setengah juta, baki daripada dana tersebut adalah tidak memadai bagi menampung kos keseluruhan penganjuran acara berprestij itu.

"Kalau diikutkan jumlah RM1 juta itu adalah tidak memadai untuk menganjurkan FFM. Berdasarkan pengalaman daripada penganjuran yang sudah-sudah, kos keseluruhan FFM adalah di antara RM1.8 juta hingga RM2 juta.

"Kami perlu mencari sebarang bentuk penajaan bagi merealisasikan tugas ini, tidak kiralah sama ada dalam bentuk lokasi, wang tunai atau barangan," katanya.


Mohd Mahyidin yakin Gafim mampu menganjurkan FFM yang lebih baik.
Ahmad Puad turut berkata, walaupun Gafim dilantik sebagai penganjur FFM, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Finas dan persatuan yang berkaitan bagi melancarkan penganjuran festival itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd Mahyidin Mustakim berkata, penyerahan tugas menganjurkan FFM kepada Gafim sebenarnya sudah dibincangkan sejak akhir tahun lalu lagi.

Sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan mutu penganjuran FFM, sudah tiba masanya acara itu dikendalikan sendiri oleh penggiat industri.

Selepas mendapat persetujuan daripada kementerian, Gafim telah dimaklumkan mengenai penyerahan tugas itu dan hanya menunggu waktu yang sesuai bagi mengumumkannya.

"Sebenarnya kami sudah berbincang sejak akhir tahun lalu lagi. Selepas mendapat keizinan daripada menteri, Finas sudah berjumpa dengan Gafim untuk memaklumkan hal ini.

"Sudah tiba masanya festival ini dianjurkan oleh penggiat filem sendiri. Finas bagaimanapun akan memantau dan terus membantu apa yang perlu," katanya.

FFM24 yang bakal diadakan pada sekitar bulan Oktober depan dan dijangka akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Gambar majlis harijadi datuk siti nurhaliza 11.1.2011

Posted: 10 Jan 2011 03:30 PM PST

Kredit gambar di SINI








google: datuk siti nurhaliza 2011, majlis hari jadi datuk siti nurhaliza 2011, parti harijadi datuk siti nurhaliza 2011, sekitar gambar majlis harijadi datuk siti nurhaliza 2011, foto majlis harijadi datuk siti nurhaliza 2011, terkini datuk siti nurhaliza 2011, terbaru datuk siti nurhaliza 2011, promosi datuk siti nurhaliza 2011, album datuk siti nurhaliza 2011, hadiah harijadi datuk siti nurhaliza ke 32 2011

Diana Danielle Dalam Remaja. Cun sangat dia nie..

Posted: 10 Jan 2011 03:23 PM PST

Kredit gambar di SINI





google: diana danielle. diana danielle dalam remaja, diana danielle remaja, gambar diana danielle dalam remaja, foto diana danielle dalam majalah remaja, terkini diana danielle majalah remaja, terbaru diana danielle dalam majalah remaja, diana danielle seksi, diana danielle hot, diana danielle bogel, buah dada diana danielle, putih gebu diana danielle