Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Syamsul, Liyana saling memujiKATA Liyana Jasmay dan Syamsul Yusof, mereka tidak bercinta. Namun daripada keintiman yang ditunjukkan pada sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini, ia boleh diklasifikasikan sebagai terbit bunga-bunga cinta antara kedua-dua pelakon utama filem Khurafat itu. Barangkali tempoh penggambaran Khurafat sepanjang 25 hari sudah cukup bagi mereka untuk mencipta kemesraan meskipun ia adalah gandingan pertama mereka. Tatkala disuakan persoalan kelas hubungan mereka, mereka menafikan sedang menyulam kasih. Apatah lagi menurut gadis 22 tahun itu, dia tidak pernah sekali pun mengenali 'suaminya' itu secara rapat sebelum terbabit dengan Khurafat. "Saya tidak pernah kenal dengan dia (Syamsul) secara rapat dan gandingan pertama bersama dia membuatkan saya berasa kekok. Mungkin sebab sebelum ini kami tidak pernah berkawan dan hanya kenal sebagai rakan artis," katanya. Terus-terusan memuji, Liyana turut mengangkat martabat Syamsul sebagai antara bujang terhangat dan pada usia 26 tahun, anak kepada pengarah dan penerbit ternama, Datuk Yusof Haslam itu turut dilihat mempunyai sisi yang matang serta mampu menggalas tanggungjawab dengan baik andai kata bergelar suami kelak.
Bagaimanapun selepas diasak lagi dengan kisah percintaan antara mereka, Liyana sambil ketawa memberitahu, jika boleh, dia ingin berkasih dengan mat saleh. "Kalau boleh saya nak mat saleh. Apa-apa pun saya kini masih solo. Lainlah kalau sudah ada orang masuk meminang dan pada ketika itu, sudah tentu sudah ada cincin di jari manis saya dan pada waktu itulah saya bukan lagi solo," sambil menunjukkan jari manisnya. Tidak mahu lagi mendesak Liyana yang sudah cukup memberikan pengakuan, persoalan cinta dialihkan pula kepada Syamsul untuk pemeriksaan balas. Ditanya mungkinkah Liyana adalah calon terbaik mengisi hatinya selepas melalui episod duka dengan Diana Danielle, pemuda itu hanya mampu tersenyum sambil memandang si genit yang duduk di sebelah. "Bagi saya, dia (Liyana) seorang yang gila-gila. Saya seronok bekerja dengan dia, tetapi kami hanya teman biasa. "Saya juga menginginkan seorang isteri yang tidak tinggal solat serta memahami karier seni saya sekiranya dia bukan dalam bidang yang sama seperti saya," tutur Syamsul yang kredibilitinya semakin mendapat pengiktirafan banyak pihak. Kembali kepada realiti 'hubungan' mereka dalam Khurafat, Syamsul memberitahu dia gemar untuk bekerja dengan lawan main yang tidak pernah berganding dengannya. Pertama kali berganding dengan Liyana, Syamsul menyifatkan aktres tersebut sangat komited. "Dia juga sesuai untuk membawa watak Aishah, iaitu seorang isteri yang bertudung dan saya berpuas hati dengan mutu lakonannya," katanya yang sudah pernah berganding dengan beberapa pelakon wanita lain seperti Fasha Sandha, Nabila Huda dan Scha Al-Yahya.
Sementara itu, penyandang Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22), Liyana mengaku gementar pada babak awal membawa watak tersebut apatah lagi ini adalah gandingan pertama kali mereka. Katanya: "Saya mengambil masa seminggu untuk menyesuaikan diri dengan 'suami' saya itu." Menurutnya lagi, untuk menjayakan watak sepasang suami isteri, hubungan kimia perlu wujud di antara mereka agar keserasian mudah dicapai. "Kami berjaya membina kimia semasa di set penggambaran dalam masa seminggu. Namun begitu, saya akui bergelut untuk menyampaikan dialog kerana cara Syamsul berbeza dengan saya, jadi saya perlu berhati-hati sebab takut terikut-ikut dengan cara dia. | ||||
Seo In Young obses kasut tinggi Posted: Seo In Young obses kasut tinggiIN YOUNG sudah terbiasa memakai kasut tumit tinggi dan memakai kasut bertapak tinggi sehingga mencecah 30 sentimeter bukan suatu masalah buat dirinya. PENYANYI terkenal Korea, Seo In Young yang dikenali dengan kegilaannya terhadap kasut tumit tinggi mendedahkan dia memiliki kasut setinggi 30 sentimeter ketika dia muncul dalam episod kelapan program Quiz to Change the World baru-baru ini. Malah, kasut itu turut dibawanya ke situ. Apabila pengacara program itu menyoal adakah benar dia turut memakai kasut dengan tapak yang tinggi di rumah, In Young menganggukkan kepalanya dan berkata: "Saya pakai kasut tinggi ketika memilih pakaian pada waktu pagi. Kasut paling tinggi pernah saya miliki adalah setinggi 30 sentimeter yang dibuat khas." INILAH kasut dengan tapaknya mencecah ketinggian 30 sentimeter yang digunakan In Young di kediamannya. Pengacara tersebut yang cuba berjalan menggunakan kasut itu bagaimanapun gagal melakukan sebagaimana In Young yang membuktikan bahawa dia sudah terlalu biasa memakai kasut tumit tinggi. "Saya suka kasut. Ia umpama anak kesayangan saya yang dijaga penuh cermat dan kasih sayang," katanya sambil diiringi hilai tawa penonton. | ||||
Posted: Teka-teki 'adik' WardinaOleh SAHLIZAH MOHAMED TENAGA penting drama bersiri realiti TV, Gadis Semasa Sunsilk (dari kiri), Bambang, Lina, Wardina, Bernard (belakang) dan Ajai. KLISE perjalanan sebuah program realiti televisyen adalah ia berkisarkan penyingkiran peserta yang kurang menyerlah, manakala yang menonjol akan disimpan sebelum dinobat sebagai juara. Berbeza dengan format yang diketengahkan oleh produk kecantikan Sunsilk, biar berlandaskan program realiti, mereka mengolahnya dalam bentuk drama bersiri. Melancarkan siri drama realiti, Gadis Semasa Sunsilk sebanyak 13 episod yang mula disiarkan semalam setiap Selasa, di TV3 pada pukul 6 petang, ia merungkai kisah transformasi seorang gadis biasa yang bakatnya dikesan oleh pihak penerbitan melalui laman YouTube. Menariknya, identiti 'gadis' tersebut menjadi rahsia. Malah, pada hari pelancaran program tersebut, tunjang utama drama bersiri itu tidak hadir. Pengurus Jenama Kumpulan Perniagaan Produk Isi Rumah dan Penjagaan Diri Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd. Emily Chong berkata, pihaknya sengaja mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan identiti 'gadis' pada pelancaran tersebut. Namun katanya: "Dia memang wujud dan merupakan seorang pelajar. Beri dia sedikit masa. Selepas berbincang dengan pakar-pakar, kami merasakan dia amat sesuai untuk memberi inspirasi kepada penonton kerana itulah matlamat Sunsilk." Lina Tan dari Red Communications Sdn. Bhd. diberi kepercayaan untuk menggarap jalan cerita kehidupan 'gadis' ke kaca TV sementara Bernard Chauly diberi penghormatan untuk mengarah drama berkenaan. Menurut Lina, dia memperuntukkan masa hampir sebulan untuk mencari gadis sebenar yang menepati kriteria Gadis Semasa Sunsilk di Internet dan akhirnya watak itu ditemui di laman YouTube. "Di YouTube, ramai yang letak video mereka baik yang hebat menyanyi atau yang sebaliknya. Tetapi saya perlu memilih gadis yang berpotensi selain turut menyentuh cita rasa gadis semasa. "Kini saya lihat ramai gadis yang lebih cenderung ke arah kecantikan dan muzik gandingan dua ciri tersebut adalah tunjang dalam drama realiti tersebut kerana kita mahu memaparkan kisah yang sebenar berdasarkan situasi sekarang.
"Sungguh tidak disangka, video 'gadis' yang kami pilih itu merekod ratusan ribu hit walaupun tanpa menunjukkan wajah sebenar beliau," katanya yang ditemui pada pelancaran drama tersebut, baru-baru ini. Bagi Bernard pula, dia mengharapkan drama tersebut akan mendapat sambutan penonton meskipun ia memaparkan watak yang belum pernah ditonton di mana-mana saluran televisyen. "Ini adalah kali pertama saya mengarahkan drama yang bercorak realiti dan saya akui gembira untuk mengarah drama yang watak utamanya tidak pernah berlakon atau terdedah kepada mana-mana penerbitan lagi," jelasnya. Tiga orang kuat industri iaitu Ajai selaku pakar vokal, pelakon Wardina Safiyyah sebagai pakar personaliti dan pakar dandanan rambut tempatan, Bambang Soteto pula diberi tanggungjawab membentuk impian 'gadis' dalam Gadis Semasa Sunsilk. Bagi Ajai pula, selepas melihat 'gadis' itu, dia berpendapat drama tersebut bertujuan untuk memberi platform selain untuk membantu 'gadis' yang dilihat sangat berbakat. "Kali pertama saya jumpa dia, saya lihat dia mempunyai potensi yang besar dan saya juga pasti dia akan mampu diterima oleh umum," ujarnya yang terkejut didekati oleh Sunsilk pada peringkat awal sebelum mengetahui khidmatnya diperlukan untuk melancarkan perjalanan drama Gadis Semasa Sunsilk. Wardina yang menyifatkan dia sebagai kakak dalam drama ini berkata 'gadis' itu pada awalnya tidak mendapat persetujuan keluarganya untuk dikomersialkan sebagai seorang yang ikhlas. "Namun bagi saya, dia sangat ikhlas dan tidak langsung memperlihatkan sisi dirinya yang mahu menjadi bintang terkenal. Dia sangat berbakat dan saya boleh rasa keikhlasan itu. Dia hanya menjadi dirinya sendiri," ujar Wardina. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |