Gosip Artis Malaysia |
Posted: 11 Jan 2011 11:57 PM PST Dia mengakui bertambah selesa berdampingan dengan calon Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) pada waktu lapang. "Saya tidak keluar dengan orang lain secara eksklusif, tetapi jika saya mempunyai masa lapang, saya selesa meluangkan masa dengan Yuna," katanya kepada pemberita semasa pelancaran Field Trip! USA musim kedua di sini, Isnin. Qi ialah hos rancangan pengembaraan televisyen itu yang bakal bersiaran setiap Rabu, pada pukul 9.30 malam bermula 28 September 2011 di saluran 8TV. Kerana masing-masing meminati muzik, Qi, yang berusia 34 tahun berkata, dia senang berkomunikasi dengan Yuna yang lebih muda sembilan tahun daripadanya. "Saya tak rasa janggal bersamanya. Mula-mula, saya mengakui segan berkawan dengannya kerana dia merupakan artis yang pernah memenangi banyak anugerah," katanya. Menurut Qi, mereka mula berkenalan dalam rancangan Kawanku Bintang Coca-Cola baru-baru ini. Dalam program di saluran TV9 itu, Yuna merupakan salah seorang juri manakala Qi menjadi pengacara. Dari situlah, perhubungan mereka semakin rapat. Sementara itu, Qi memberitahu, dia hadir menyaksikan AJL25 Ahad lalu di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini untuk memberikan sokongan kepada Yuna. Bagaimanapun, katanya, dia beredar sebaik sahaja rancangan itu berakhir kerana mempunyai kerja pada keesokan paginya. "Saya kata, rezeki itu masing-masing. Ada masa kita kalah, insya-Allah kita menang (lain kali)," katanya yang berharap Yuna dapat menang tetapi akur saingannya hebat-hebat belaka. |
Aman Shah didenda RM3,000 berkhalwat dengan ibu tunggal Posted: 11 Jan 2011 11:52 PM PST PUTRAJAYA 12 Jan. - Penyanyi dan pelakon tahun 80-an, Aman Shah Abu Kassim, 57, bersama ibu tunggal beranak dua, Rohana Awang, 32, didenda RM3,000 setiap seorang atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat pada pukul 12.15 tengah malam, 26 September tahun lalu. Hukuman terhadap mereka dijatuhkan oleh Hakim Abu Zaky Mohamad selepas mendengar rayuan tertuduh. Perbuatan tersebut dilakukan di Blok C1, tingkat 2 unit 5, Presint 15 Fasa 15-12B, Putrajaya. Fakta kes dikemukakan Pegawai Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Silayah Persekutuan Putrajaya, Mohd. Hafiz Idris menyebut pintu rumah tersebut hanya dibuka selepas 23 minit diketuk. Aman Shah yang tidak diwakili peguam, mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia mempunyai masalah. Dia sehubungan itu memohon maaf kepada Allah dan mahkamah atas perkara yang berlaku serta merayu agar tidak dipenjarakan. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |